Para tetamu yang dihormati, kami sedang menaik taraf kemudahan pengecasan EV kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Stesen pengecasan akan ditutup sementara sehingga 22 Mei 2024. Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

 

Stesen pengecas kenderaan elektrik (EVs) kini tersedia di Resorts World Genting

Shell Malaysia, Porsche Malaysia, dan Genting Malaysia Berhad bekerjasama dalam penubuhan hab mobiliti EV pertama dengan pengecas berprestasi tinggi (HPC) 360kW ultra-fast, yang terletak di Genting Highlands Hilltop, bertentangan Highlands Hotel.

Ini adalah inisiatif Genting Malaysia Berhad ke arah pelancongan mampan dan meletakkan Resorts World Genting sebagai destinasi pelancongan yang paling mesra EV di Malaysia.

Infrastruktur Shell Recharge HPC adalah salah satu rangkaian pengecas terpanjang merentas sempadan di Asia Tenggara, membolehkan pemandu EV dari Malaysia, Singapura, dan Thailand dengan pengalaman pengecasan tanpa kerisauan sepanjang perjalanan mereka hingga ke puncak di Resorts World Genting.

 

Pengecas EV termasuklah:

  • Empat (04) petak pengecas berprestasi tinggi 360kW
  • Enam (06) petak pengecas EV AC 22kW

 

ev
ev
ev
ev