Tarikh:       05.12.2023 – 10.03.2024
Waktu:      12 tengah hari – 9 malam (Hari bekerja) / 11 pagi – 9 malam (Hujung minggu & Cuti Umum)
Tempat:     Pavilion Hall, Resorts World Genting

 

Berdasarkan francais filem animasi yang paling berjaya di dunia, Illumination's Despicable Me dan Minions, pameran jelajah antarabangsa ini menawarkan peluang kepada peminat dari semua peringkat umur untuk merasai sendiri dunia filem kegemaran yang telah memecahkan pelbagai rekod. Bersedia untuk terpesona dengan satu-satunya pameran menyeronokkan yang penuh dengan manis dan gelak tawa yang dibawakan oleh Minions untuk seluruh keluarga.

Selepas pameran ini berjaya diadakan di Seoul, Shenzhen, Shanghai, Pulau Jeju, Taipei, Singapura, dan Dalian, pameran seluas 1,800 meter persegi ini mempunyai 8 zon tematik di mana tetamu dapat merasai sendiri pengalaman mereka berada di dalam adegan paling ikonik dari filem-filem tersebut. Peminat boleh menguji kebolehan mereka dalam pelbagai permainan interaktif, mengambil gambar dengan watak kegemaran mereka, dan juga belajar menari seperti Balthazar Bratt.

Kedai jualan di A Minions Perspective akan menampilkan barangan eksklusif Despicable Me dan Minions yang sempurna untuk peminat dari semua peringkat umur! Dari filem-filem dan permainan video yang lucu hingga ke cenderahati yang unik dan permainan, pertunjukan, dan tarikan di destinasi & pengalaman yang menyeluruh, Gru, anak-anak perempuannya, dan Minions yang nakal akan terus menghiburkan peminat di seluruh dunia.

  

KategoriHarga
Dewasa (12 tahun dan ke atas)RM85
Kanak-kanak (Bawah 12 tahun)RM59
Bayi (Bawah 3 tahun)Kemasukan Percuma
Pakej Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak)RM256

Anda akan mengakses Laman Web Pihak Ketiga
Anda kini akan meninggalkan rwgenting.com dan memasuki laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu bukan di bawah kawalan kami. Anda akan tertakluk kepada terma dan dasar privasi tapak web lain yang akan anda lawati.

 

Promosi Kad Genting Rewards

Tunjukkan Kad Genting Rewards anda semasa pembelian di kaunter untuk peroleh diskaun 10% untuk semua harga.