

BRYAN ADAMS SO HAPPY IT HURTS TOUR 2023 LIVE IN MALAYSIA
11.03.2023 (Sabtu)
8:30pm
Arena of Stars
Artis dengan rekod jualan album platinum dan pemenang Anugerah Grammy, pemuzik Bryan Adams kembali ke Malaysia untuk jelajah Asia. Diiktiraf sebagai salah seorang pemuzik rock paling ikonik di dunia, Adams mempunyai banyak pengiktirafan termasuk tiga pencalonan Anugerah Akademi, lima pencalonan Golden Globe dan Anugerah Grammy.
Nantikan persembahannya yang bertenaga, bersama stage presence dan vokal luar biasa, Adams pastinya adalah salah seorang pemuzik yang paling mengujakan di dunia.
Sempena meraikan ulang tahun pertama Album So Happy It Hurts beliau pada 11.03.2023, acara ini dipromosikan oleh InTour Live. Tiket ke konsert jelajah 2023 Bryan Adams So Happy It Hurts Live di Malaysia berharga dari RM298 (tidak termasuk bayaran tempahan RM4). Tiket akan mula dijual pada pukul 10 pagi waktu tempatan pada 01.12.2022 (Khamis) melalui rwgenting.com dan www.ticketcharge.com.my.
Harga Tiket
Jenis Tempat Duduk | Harga Biasa |
Kadar Ahli Genting Rewards (melalui tunai / pembelian kad kredit ) |
---|---|---|
VIP |
RM798 |
RM718.20 |
PS1 |
RM668 | RM601.20 |
PS2 |
RM548 |
RM493.20 |
PS3 | RM398 |
RM358.20 |
PS4 | RM298 | RM298.00 |