Lokasi: Pentas Times Square, SkyAvenue (bersebelahan Bona Cinema)
Waktu: Setiap Jumaat - Ahad (3pm, 4pm, 5pm, 7pm & 8pm)

Lokasi: Lobi Hotel Genting SkyWorlds
Waktu: Setiap Sabtu & Ahad (1.30pm & 2.30pm)

 

* Masa penampilan karakter tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

 

 


 

 

Lokasi: Pentas Times Square, SkyAvenue (bersebelahan Bona Cinema)
Waktu: Setiap Jumaat - Ahad (3pm, 4pm, 5pm, 7pm & 8pm)

* Masa penampilan karakter tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

shezam


Persembahan Tarian SHE-ZAM dan MoonBunny

Lokasi: Pentas Times Square, SkyAvenue (bersebelahan Bona Cinema)
Waktu: Setiap Jumaat & Sabtu (3:50pm)

 


Kenali Wira Genting’s Highland Heroes 


Tabby the Tiger

Tabby the Tiger berasal dari Tiger Town, tersembunyi jauh di dalam Highlands. Dia merupakan haiwan yang sangat bersemangat, bertenaga, dan sentiasa suka untuk berseronok dan gemar untuk mengembara. Tabby suka meneroka tempat-tempat baharu bersama rakan-rakannya. Kekuatan dan keberanian menjadikan Tabby rakan pelindung semulajadi yang boleh anda harapkan.


Allie the Elephant 

Sifat Allie the Elephant adalah sangat penyayang dan cukup pintar. Dia tinggal bersama keluarga besarnya di Highland Falls yang indah. Apabila Allie tidak sibuk atau sedang mengkaji persekitarannya, dia mungkin sedang seronok menari! Allie cukup minati muzik dan menari mengikut irama Hutan Hujan.


Joe the Orangutan

Joe the Orangutan tinggal di Bamboo Lagoon yang indah. Hobinya suka mendaki dan meneroka dunia baharu sepanjang hari. Rasa ingin tahu semula jadi Joe cukup kuat. Dia mendapat kegembiraan dalam berkongsi pengetahuan dan hasil penemuan bersama kawan baiknya, Geno the Dinosaur.


Benny the Entertainer

Benny the Entertainer ialah Beruang Matahari Malaya yang merupakan penghibur semula jadi yang mempunyai personaliti yang besar dan peramah. Dia mahir dalam helah kad, silap mata, menyanyi dan menari. Benny the Entertainer adalah contoh teladan kerana dia berani untuk mengikuti impiannya, walau apa jua halangannya.


Callie the Dragon

Callie the Dragon ialah makhluk kecil, comel dan sangat berkuasa dari Kuil Naga Mistik. Seperti kebanyakan naga yang lain, Callie mempunyai kuasa yang luar biasa dan perkasa. Dia juga merupakan kawan yang setia dengan kebolehan unik untuk melihat potensi dalam diri masing-masing.


Geno the Dinosaur

Geno the Dinosaur ialah dinosaur hidup sebenar bersifatkan anak anjing yang lembut dan jinak. Dia juga sentiasa gembira dan kuat bermain. JIka anda bertuah, anda boleh lihat Geno sedang berlari dan bermain di Bamboo Lagoon bersama rakan karib dan sahabatnya, Joe the Orangutan.