Nikmati bayu laut dan pemandangan indah di kepulauan peribadi, Resorts World Langkawi. Dengan bertemakan percutian tropika, destinasi pilihan ini adalah sangat sesuai untuk berbulan madu, percutian keluarga dan percutian untuk mesyuarat perniagaan. Ini adalah antara tarikan di Resorts World Langkawi yang bakal menjadi pilihan destinasi untuk semua.
Dengan berlatarbelakangkan kehijauan hutan Langkawi UNESCO Global Geopark dan Dayang Bunting Marble Geoforest, anda bakal mendapatkan rehat yang cukup dengan keindahan pemandangan panorama pulau kedua terbesar Geopark yang terpelihara.
Marina Peribadi dengan pakej lengkap dengan pengalaman dan memori yang berbaloi. Juga terdapat jakuzi air masin yang tergantung di permukaan lautan di mana anda boleh menenangkan diri di tengah laut seolah anda berada di dalam jakuzi sambil dibadai ombak. Alami pesona keindahan matahari terbenam di atas kapal layar dengan pakej berharga serendah RM756.
Kendalikan mesyuarat sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau. Keindahan pantai dapat memberikan inspirasi kepada pasukan anda setelah sibuk bermesyuarat. Pihak resort menyediakan pakej yang lengkap dan kondusif dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.
Pelbagai pilihan bilik mengikut citarasa dan bajet masing-masing. Antaranya, bilik Premier Seaview yang merupakan bilik mampu milik yang telah diubahsuai dengan pemandangan laut biru yang sempurna. Juga terdapat Signature Suite bagi yang ingin mengekalkan kemewahan dalam percutian yang jauh dari rumah. Dekorasi bilik yang memukau bakal menjanjikan rehat yang cukup dan menenangkan.
Terdapat lebih 10 tarikan utama terdekat di kawasan sekitar resort. Antaranya adalah:
Tiba di resort dengan cepat dan mudah dengan pelbagai kemudahan logistik. Dengan anggaran satu jam, anda boleh berkunjung ke Langkawi dengan menggunakan khidmat penerbangan. Khidmat awam seperti feri, keretapi dan E-hailing juga boleh didapati dengan mudah.
Jamu selera dengan aneka pilihan makanan seperti masakan tempatan, Itali dan Barat tanpa perlu keluar dari resort. Suasana yang diinspirasikan sesuai dengan pelbagai juadah dapat memaksimumkan pengalaman dan kepuasan anda. Terdapat lima restoran khusus seperti Restoran Seagull, Zest Lounge, Zest Boardwalk, Salt Shack Bistro dan Jingga Jingga Pizzeria.
Nikmati sukan air terdekat dengan seleksi yang pelbagai sesuai untuk hiburan petang dan keakraban keluarga di pulau ala Mediterranean ini. Terdapat banyak pilihan yang disediakan di dalam kawasan resort antaranya;
Dengan Jaminan Harga Terbaik, anda bakal menikmati penginapan dengan harga terendah berbanding laman web yang lain. Ikuti tawaran menarik yang ditawarkan oleh Resorts World Langkawi termasuk aktiviti-aktiviti yang berbaloi untuk percutian anda yang seterusnya.