Dari jelajah pulau-pulau yang menakjubkan hingga menyelam di Lautan Andaman yang memukau, bersiap sedialah untuk percutian yang penuh kegembiraan dan detik-detik yang pasti tidak dilupakan.
(Kredit imej: @avishadaga / Instagram)
Mulakan percutian anda dengan pengembaraan semula jadi yang mencuit hati selama 3 hari 2 malam dengan pakej “Syok-Nya Island Hopping”. Sepanjang percutian di bawah pakej ini, anda sekeluarga boleh menyertai aktiviti jelajah pulau, bersantai di bawah sinaran matahari, berenang di perairan jernih, dan mencipta kenangan manis yang istimewa.
Bukan hanya itu saja, sambil menikmati momen-momen berharga ini, ibu bapa juga dapat memanfaatkan in-room entertainment secara percuma serta menikmati diskaun 20% untuk semua kedai F&B di Resorts World Langkawi.
Pakej ini termasuk:
(Kredit imej: @gelombang.biru / Instagram)
Mari terokai Laut Andaman yang menakjubkan dengan aktiviti snorkeling dan saksikan keindahan terumbu karang dan pelbagai hidupan marin. Laut yang dipenuhi spesies ikan berwarna-warni pastinya akan memikat hati apabila dilihat dengan mata sendiri. Jangan pula lupa membawa underwater kamera untuk menangkap selfie atau rakam TikTok sebagai kenangan.
(Kredit imej: @shirahsharoman / Instagram)
(Kredit imej: @ruhsoraemn / Instagram)
Dengan harga serendah RM756 bersih, nikmati keindahan matahari terbenam di atas kapal layar peribadi anda di Laut Andaman dengan pakej Golden Hour Sunset Cruise. Pakej mewah ini menawarkan gabungan keindahan pulau dan gaya hidup mewah di tepi pantai, memberikan peluang sempurna untuk berehat dan mencipta kenangan berpanjangan bersama keluarga tersayang.
Pakej ini termasuk:
(Kredit imej: @world_luxury_travel_awards / Instagram)
(Kredit imej: @selyna84 / Instagram)
Dapatkan front row seat di kereta mono-kabel jangkauan bebas terpanjang di Langkawi SkyCab. Saksikan ekspresi kagum dan keterujaan pada wajah anak-anak sambil melihat keindahan flora dan fauna dari puncak pulau. Saat-saat manis dan pengalaman bersama alam semulajadi seperti inilah yang jarang dapat dilihat di tempat lain kecuali di Langkawi.
(Kredit imej: @resortsworldlangkawi / Instagram)
Selepas seharian yang penuh dengan pengembaraan dan detik yang tidak dapat dilupakan, manjakan diri anda dan keluarga dengan makan malam istimewa di Zest Boardwalk. Dengan suasana yang mempesonakan dan hidangan yang lazat, restoran-restoran di tepi pantai inilah pilihan terbaik untuk mengakhiri Hari Ibu Bapa Sedunia dengan bergaya.
Secara kesimpulannya, Resorts World Langkawi adalah destinasi yang amat istimewauntuk menyambut Hari Ibu Bapa Sedunia. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah kami ceritakan, percutian di resort ini merupakan pilihan terbaik untuk merayakan kehadiran dan kasih sayang kepada ibu bapa dalam suasana yang penuh keceriaan.