

Terengganu, negeri yang terkenal dengan makanan lazat, suasana tenang dan pelbagai aktiviti setempat boleh dilakukan bersama. Ayuh kita luangkan masa 3H2M bersama-sama di Resorts World Kijal, Terengganu dengan itinerari yang lengkap dalam lawatan ini.
Nikmati pemandangan laut yang menakjubkan sebaik sahaja anda membuka pintu bilik. Keindahan tiada tandingan!
Kini tiba masa untuk cabaran di laut! Anda bakal disambut oleh bakat laut terhandal! Segalanya termasuklah air minuman sejuk, kudap-kudapan dan makan malam.
Gabungan aktiviti yang mendebarkan dan menenangkan ini disajikan dengan keindahan laut yang tenang, healing 3H2M pun tak cukup. Latar belakang laut ketika sesi kembara memancing ini sangatlah damai dan tiada gangguan.
Turunnya senja, operasi candat sotong bermula. Setelah semua alatan siap sedia, nikmati pengalaman unik menangkap sotong di bawah cahaya lampu, seolah-olah anda sedang berburu harta karun di dalam laut.
Jangan risau, anda akan dibantu oleh petugas yang pakar! Setelah berhempas pulas mengail hasil laut segar, masa untuk berehat dengan selesa.
PAKEJ KEMBARA MEMANCING PAKEJ CANDAT SOTONG
Sarapan bufet disediakan segar setiap hari hanya di Restoran Kampong Meraga Beris. Pelbagai juadah enak boleh dinikmati dengan pemandangan laut dan bunyi keriangan anak kecil di kolam.
Teruskan hari anda dengan menguji kemahiran di padang golf atau di Driving Range bersama rakan-rakan dan keluarga.
Cuba Hainan Express yang terkenal dengan hidangan utama yang terbaik dan manisan yang lazat.
Sertai pelbagai aktiviti team building yang disediakan di pantai peribadi sepanjang 7.6km.
Menjelang petang, bersiap sedia untuk pengalaman Pelepasan Anak Penyu. Anda berpeluang untuk melepaskan anak penyu yang comel ke laut sekaligus menyumbang kepada pemuliharaan hidupan marin.
Anda boleh meminta cef profesional kami memasak* hasil laut anda ataupun mengadakan aktiviti barbeku sendiri.
*Cef profesional kami boleh memasak tangkapan anda dengan lazat pada harga yang minimum.
Aktiviti santai pada waktu malam seperti menonton movie under the stars, jualan juadah ringan dan basikal elektrik juga disediakan bagi keseronokan malam yang indah
Anda juga boleh menikmati dan mandi kolam renang yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Destinasi terkahir adalah ke jeti untuk menikmati pemandangan dan suasana tenang yang jauh dari kesibukan bandar.
Tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dengan hati yang tenang dan dipenuhi kenangan manis. Anda pasti akan membawa pulang pengalaman yang tak dapat dilupakan dari Resorts World Kijal
Nikmati percutian 3H2M yang sempurna di Resorts World Kijal. Tempah pakej anda hari ini!