event-rwg


Haa.. Min nak tanya ibu bapa yang baca artikel ni semua dah plan belum nak bercuti bersama anak-anak di mana? Maklumlah cuti sekolah dah nak dekat ni! Apa kata korang pergi bercuti di Resorts World Genting!

Min faham, mencari sebuah destinasi percutian yang mampu menyediakan pelbagai aktiviti yang mesra untuk keluarga dan kanak-kanak bukan perkara yang mudah kan.

Tapi korang tahu tak, dekat Resorts World Genting ni terdapat 10 jenis aktiviti yang sangat sesuai untuk seisi keluarga tau. Setiap aktivti yang ada memang menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan keluarga tau.

 

event-rwg

Selain itu, korang dapat menikmati permandangan cantik dan iklim sejuk sangat sesuai untuk melarikan diri daripada cuaca panas ni kan.

Jadi, korang nak tau aktiviti dilakukan di Resorts World Genting? Baca artikel ni sampai habis dulu!

 

1.  Luangkan Masa Satu Hari Di Taman Tema Terbesar Di Asia Tenggara

event-rwg

Haa.. korang tahu tak Taman Tema Genting SkyWorlds ni antara taman tema terbesar di Asia Tenggara tau dengan kawasan seluas lebih daripada 26 ekar tau.

Dekat sini korang boleh menikmati lebih daripada 20 permainan dengan 8 zon tema tarikan yang berbeza tau. Setiap zon tersebut mempunyai tema unik seperti Eagle Mountain, Central Park, Andromeda Base, Robots Rivet Town.

Selain itu, korang juga boleh menikmati landskap taman tema melalui roller coaster yang mencabar tahap adrenalin tau. 

Bukan itu sahaja, kanak-kanak boleh nikmati aktiviti seperti permainan air, pertunjukan maskot dan aktiviti VR.

Taman Tema Genting SkyWorlds sesuai untuk seisi keluarga nikmati satu hari bersama pelbagai permainan, tarikan dan aktiviti. Korang boleh dapatkan tiket dengan link ini!

 

event-rwg

 

2.  Tak Suka Taman Tema Luar? Takpa, Ada Taman Tema Indoor Skytropolis

 

event-rwg


Haa.. selain daripada Taman Tema Genting SkyWorlds, terdapat Taman Tema Indoor Skytropolis tau yang turut menawarkan lebih daripada 20 permainan serta tarikan.

Taman tema ini turut mempunyai yang menawarkan permainan mesra untuk kanak-kanak, seperti family rides, adventure rides dan thrill rides.

Jadi, korang dah tak perlu risau tau! Memang sesuai untuk biarkan anak-anak meluangkan masa dari pagi sampai malam. 

Selain itu, terdapat Pusat Permainan Video BigTop menawarkan lebih daripada 100 permainan arked klasik dan moden untuk korang cuba. Memang sesuai untuk korang yang ingin meluangkan masa bermain permainan mengambit nostalgia.

event-rwg


Kalau korang nak tahu, dekat sini pun ada pengalaman realiti maya tau iaitu Sky VR membawa korang ke dunia dan persekitaran yang berbeza melalui realiti maya.

Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh tekan link ini!

 

3.  Resorts World Genting Dilanda Virus Zombie? Takutnya! 

event-rwg

IG: ripleysadventurelandmy

Korang tahu tak virus zombie telah serang Resorts World Genting tau! Macam mana boleh berlaku?

Sebab itulah korang kena bawa anak-anak korang ke Ripley’s Adventureland untuk melihat tarikan Zombie Outbreak yang dicipta oleh syarikat Amerika terkenal ini.

Selain itu, korang juga boleh menikmati pengalaman bersifat interaktif seperti 4D Cinema, Laser Maze dan Mirror Maze.

event-rwg


Bukan itu je tau! Korang juga boleh mencuba pelbagai permainan yang menguji kemahiran seperti memanah, menembak ataupun menguji keseimbangan yang terdapat pada taman tema ini.

Oleh itu, apa kata korang nikmati pengamalan yang menggabungkan permainan interaktif dan penceritaan yang dapat mencipta pengalaman unik dan sukar dilupakan. Korang tejkan link ni untuk dapatkan info lebih lanjut!

 

4.  Bawa Anak-Anak Menikmati Suasana Flora & Fauna

event-rwg


Untuk mereka yang inginkan sebuah pengembaraan sambil menikmati keindahan alam min rekomen sangat untuk korang lihat Pakej Awana Nature Trail Escapade.

Pakej ini memang sesuai untuk korang yang suka hiking kerana laluan ini akan membawa korang ke dalam kawasan hutan hujan berumur 130 juta tahun tau yang meliputi seluruh resort Awana.

Selain itu, korang jugak boleh melihat pelbagai burung eksotik yang berada di kawasan ini. Korang boleh tekan link ini untuk ketahui lebih lanjut.

 

5.  Nikmati Suasana Dalam Hutan Hujan Tropika Bersama Keluarga

event-rwg


Terletak di antara ketinggian 3,000 hingga 6,000 kaki di atas paras laut, Genting Nature Adventures bakal membawa korang menikmati suasana dalam hutan hujan tropika yang tertua serta unik dalam dunia tau.

Selain itu, kawasan ini turut menjadi kediaman pelbagai habitat flora dan fauna di kawasan Genting Highlands.

Korang dapat melihat kepelbagaian kehidupan tumbuhan dan binatang yang menjadikan kawasan ini habitat mereka seperti burung tropika, tanaman pitcher serta berberapa haiwan terancam. 

Menarik kan? Korang boleh tekan link ini! Untuk dapatkan info lebih lanjut!

 

6.  Luangkan Masa Bersama Dengan Mengajar Anak-Anak Korang Bercucuk Tanam!

event-rwg


Selain daripada menikmati keindahan flora dan fauna terdapat di Resorts World Genting ini adalah program Nature’s Little Planters untuk mengembangkan bakat berkebun kepada anak-anak korang tau.

Kanak-kanak di bawah usia pada 12 tahun sangat sesuai dengan aktiviti ini untuk memberikan mereka sebuah pengalaman yang dapat mengembangkan bakat serta minda mereka tau.

Aktiviti ini bukan sahaja mengajar bercucuk tanamn tapi memberikan mereka peluang untuk mengenal cari berkebun seperti menanam pokok secara praktikal tau.

Tapi aktiviti ini mempunyai slot terhad dan perlu lakukan tempahan sebelum ditutup pada jam 8 pagi setiap hari tau.

Untuk dapatkan info lebih lanjut, korang tekan link ini!

Lokasi: Resorts World Awana
Jadual Program: Setiap Sabtu dan Ahad dari Jam 3 Petang hingga 4
PetangBayaran: RM20 setiap kanak-kanak

 

7.  Menikmati Persembahan ‘Live’ & Sesi Meet And Greet Wira Genting’s Highland Heroes

event-rwg


Kalau korang nak tahu, terdapat berberapa persembahan live yang korang boleh kunjungi bersama kanak-kanak tau.

Anak-anak juga berpeluang untuk menikmati persembahan yang bakal buat mereka ketawa sepanjang hari dengan Wira Genting’s Highland Heroes! Maskot utama Resorts World Genting.

Korang boleh tekan link ini untuk ketahui jadual persembahan serta lokasi persembahan.

 

8.  Perut Dah Lapar, Nak Makan Kat Mana? Jangan Risau Dekat Resorts World Genting Ada Macam-Macam Kedai Makanan Yang Mesra Keluarga Tau!

event-rwg


Haa.. sampai je dekat Resorts World Genting ni korang dah tak perlu pening kepala nak makan apa tau sebab terdapat bukan satu tapi pelbagai jenis kedai makanan yang menawarkan makanan dari merata dunia tau!

Dekat Resorts World Genting, korang boleh dapatkan makanan asli daripada pelbagai kedai-kedai yang terkenal merata dunia tau. Haa.. korang tinggal buat keputusan je nak makan kat mana lepas ni.

Korang jangan risau, Min akan sediakan list di bawah untuk korang jadikan panduan nak makan dekat mana apabila korang berada di Resorts World Genting.

event-rwg
  • Burger & Lobster (Aras 1, SkyAvenue)

Isnin hingga Khamis: 12 tengah hari - 10 malam
Jumaat: 12 tengah hari - 11 malam
Sabtu: 11 pagi - 11 malam
Ahad: 11 pagi - 10 malam

  • Flavours of Genting (Pintu Masuk Malaysian Food Street, Aras 4, SkyAvenue)
    Setiap hari daripada 10 pagi - 8 malam

  • The Olive (Aras Lobi, Genting Grand)
    Setiap hari daripada 5 petang - 11 malam 

  • Jom Makan Awana (Aras Lobi, Resorts World Awana)
    Setiap hari daripada 7 pagi - 10:30 malam

  • Taiko Ramen (Aras 1, First World Plaza)
    Setiap hari daripada 11 pagi - 9 malam

  • The Laughing Fish by Harry Ramsden (Aras 4, SkyAvenue)
    Isnin hingga Khamis: 11 pagi - 10 malam
    Jumaat & Sabtu: 11 pagi - 1 pagiAhad: 11 pagi - 11 malam

  • Harry Ramsden World Famous Fish & Chips (Aras 4, SkyAvenue)
    Isnin hingga Khamis: 11 pagi - 11 malam
    Jumaat & Sabtu: 11 pagi - 1 pagi

  • Trattoria II Lago (Central Park/Aras G, SkyAvenue)
    Setiap hari daripada 12 tengah hari - 8 malam
    Diskaun sehingga 20% dengan pembelian minimum RM120 untuk juadah Itali terbaik sehingga 30 June 2023

  • Vila Festa (Genting SkyWorlds)
    Setiap hari daripada 11 pagi - 6 petang
    Hidangan Kombo Kanak-Kanak (4 Keping Nuget Ayam Dengan 1 Kentang Goreng + 1 Milo Ais) @ RM15

  • Classic Burgers, Eagle Mountain Harry Ramsden World Famous & Chips, Central Park Golden Gate Garage, Liberty Lane (Genting SkyWorlds)
    Setiap hari daripada 11 pagi - 6 petang
    Tambah RM2 untuk dapatkan Gelas Besar
event-rwg


9.  Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi Bersama Keluarga di The AYU Awana Brunch Club

event-rwg


Apa kata selepas korang sudah menikmati keseronokan sepanjang hari apa kata korang nikmati brunch di tepi kolam renang di AYU Awana sambil menikmati keindahan alam semula jadi sekelilingnya.

Kalau korang nak tahu, acara brunch di AYU Awana direka khas untuk keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak tau. Datang bersama keluarga pada hujung minggu untuk menikmati hidangan yang unik dan sedap.

event-rwg

@donnypalon/ Instagram

Makanan-makanan dimasak dengan panggang api sewaktu pesanan dengan menggunakan bahan kualiti yang tinggi direka khas oleh chef eksekutif Resorts World Genting bagi memastikan setiap suapan meninggalkan kenangan selama-lamanya.

Korang terliur ke tu? Korang boleh tekan link ini untuk ketahui lebih lanjut!

 

10.  Nikmati Penginapan Eksklusif Di Resorts World Awana!

event-rwg


Haa.. kalau korang nak tahu, Resorts World Awana sedang meraikan ulang tahun ke-37 tahun tau. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak hanya 35 minit dari pusat bandar akan melengkapkan pengalaman cuti korang nanti!

Selain itu, terdapat 3 jenis bilik mengikut yang korang boleh pilih mengikut keselesaan korang tau iaitu Superior Deluxe Room, Club Suite Room dan Executive Suite Room.

Bukan itu sahaja tau, terdapat pelbagai aktiviti popular yang korang boleh lakukan di Awana tau seperti bermain golf, trekking melalui kawasan hutan hujan berumur 130 juta tahun dan melihat keindahan burung-burung eksotik sekitar kawasan.

Psst.. best kan? Korang boleh tekan link ini! Untuk mendapatkan kombo bilik Taman Tema Genting Skyworlds tau. Selain itu, Resorts World Awana turut menyediakan tawaran terhad kalau korang tekan link ini!

Haa.. ibu bapa yang baca artikel ni dah boleh mula pelan percutian korang di Resorts World Genting lepas ini! Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan bina pengalaman yang sukar dilupakan.