Kadang-kala kita perlu rehatkan minda dan badan sebelum menghadapi rutin kehidupan harian. Kalau ada yang ingin mencari tempat percutian yang sejuk dan tidak jauh dari bandar, tak perlulah jauh-jauh pergi ke luar negara. Percutian di Resorts World Genting kan ada! Destinasi percutian di kawasan tinggi pahang inilah yang paling sesuai bagi anda yang ingin menikmati udara sejuk dan pemandangan yang memukau tanpa perlu membuat passport. Dekat sini juga, terletak Crockfords yang menawarkan kemewahan dan khidmat pelanggan yang tak tertandingi. Oleh itu, kami telah mengumpulkan 10 sebab kenapa Crockfords Hotel di Resorts World Genting patut menjadi hotel destinasi pilihan anda.
Crockfords masih merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima Anugerah 5-Bintang daripada Forbes Travel Guide untuk lima tahun berturut-turut (2019 – 2023). Jadi, anda tahu anda memilih yang terbaik apabila menginap di Crockfords.
Dekorasi hotel yang berinspirasi British di Crockfords memang satu nikmat yang perlu disaksikan. Mulai dengan pokok emas di pintu masuk hingga ke pameran seni direka oleh artis British seni terkenal, Rebecca Louise Law, semua ini pasti akan membuatkan anda merasa seperti raja atau ratu yang menginap di istana diraja.
Dalam situasi pandemik yang kini berterusan, memilih penginapan yang mematuhi piawaian keselamatan global adalah satu keperluan penting. Untunglah, Crockfords telah disahkan oleh Sharecare Health Security VERIFIED™, jadi anda boleh bercuti dengan tenang dan yakin bahawa keselamatan anda adalah keutamaan mereka.
Crockfords juga menyediakan pelbagai jenis bilik untuk semua jenis acara khas, sama ada untuk menyambut hari jadi, ulang tahun perkahwinan, atau bercuti hujung minggu bersama kawan-kawan. Dari bilik Superior hingga ke bilik Executive Suite, pasti adanya bilik yang sesuai untuk keperluan individu.
Bagi semua rakan foodie, tentunya anda akan jatuh cinta dengan restoran FUHU Pop-up di Crockfords Club. Nikmatilah masakan Cina yang diolah dengan sentuhan unik yang akan membuat lidah anda bergelora dengan selera.
Dengan SkyAvenue dan Taman Tema Indoor Skytropolis yang terletak bersebelahan, anda pasti tidak akan kebosanan semasa bercuti di Crockfords. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk memastikan setiap saat percutian anda sangat menyeronokkan dan berharga.
Mulai hari anda dengan sarapan yang menarik nafsu makan anda di Crockfords Café. Dari hidangan kontinental hingga masakan tempatan, pilihannya berlimpah dan pasti akan memenuhi selera semua.
Dapatkan pengalaman hidup seperti seorang bangsawan dengan memilih bilik-bilik yang dilengkapi dengan perkhidmatan butler peribadi di Crockfords. Nikmatilah keselesaan dan kemewahan sepanjang penginapan anda dengan layanan istimewa yang disediakan.
Nikmati pengalaman penginapan yang lebih selesa dengan berhubung tanpa had melalui Wi-Fi percuma yang disediakan di setiap bilik. Kami juga menyediakan turndown service untuk memberikan keselesaan tambahan bagi semua tetamu.
Tidak perlu bimbang tentang pembayaran parking ketika bersiar-bersiar di Resorts World Genting kerana kepada yang menginap di Crockfords, anda boleh menikmati kemudahan parking percuma tanpa had.
Siapa sangka, pengalaman menginap di Crockfords mungkin akan menjadi kenangan terbaik seumur hidup. Tunggu apa lagi? Rancang penginapan anda sekarang!
Crockfords Hotel kini menawarkan pakej eksklusif bermula dari RM1,400 satu malam untuk ahli Genting Rewards dan RM1,500 untuk bukan ahli.
Pakej ini termasuk:
TEMPAH SEKARANG