Pernahkah anda berhasrat untuk berbuka puasa di tempat dingin dengan hidangan yang enak serta harga berpatutan? Jangan risau, kami telah menyenaraikan 11 restoran makanan halal dan Muslim-friendly bersertai promosi-promosi istimewa sempena bulan Ramadan yang wajib anda cuba! Dari lobster dan hotpot hingga hidangan tempatan yang pedas dan padu, semuanya ada!

 

SkyAvenue

 

1. Burger & Lobster
 
beat boredom

Image credit: @memewani/Instagram

beat boredom

Image credit: @burgerandlobstermy/Instagram

Lokasi: Aras 1, SkyAvenue

Mari berbuka puasa di restoran Burger & Lobster tertinggi di dunia, dan bersedia untuk sebuah pengalaman makan yang pasti tidak akan dilupakan! Dengan tawaran berganda, peminat restoran dapat menikmati cita rasa hidangan kegemaran termasuk Cheeseburger klasik, Mini Lobster Roll yang selalu diminati, dan separuh pound lobster yang lazat disediakan untuk berbuka puasa. 

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

2. Harry Ramsden
beat boredom


Lokasi: High Line Rooftop Market

Jangan risau kalau tak tahu nak buka puasa di mana. Harry Ramsden menawarkan ikan Atlantik Utara berkualiti tinggi disalut dengan adunan segar yang rangup dengan resepi rahsia Harry sendiri, dihidangkan dengan sampingan kerepek yang tentunya akan memenuhi citarasa semua orang. Jangan lupa juga untuk cuba Harry’s Chips yang dikupas dan digoreng dua kali untuk ciptakan tekstur dan rasa yang lebih lazat.

KETAHUI LEBIH LANJUT



3.Jom Makan Street Food
beat boredom


Lokasi: Aras 4, SkyAvenue

Nikmati makanan “street food” Malaysia yang lazat dengan harga berpatutan di medan selera ini. Nak nasi ayam claypot? Ada. Nak nasi goreng petai? Ada jugak. Nak cendol dan ais kacang? Boleh order saja di kaunter Minuman & Pencuci Mulut. Dan yang paling penting, semua makanan di sini halal dan pasti memuaskan selera anda selepas seharian berpuasa. Jadi, jangan terlepas peluang untuk merasa pengalaman berbuka puasa yang padu di Jom Makan Street Food!

     Promosi Ramadan (23.03 – 21.04.2023)

  1. Set Nasi Tomato dengan harga RM32 termasuk:
  • Seketul ayam (ayam masak merah/ goreng berempah/ panggang madu)
  • Tiga (03) biji kurma
  • Satu (01) minuman sejuk (ais teh lemon/ oren/ limau)
4. Medan Selera
beat boredom

Image credit: @jackmagnifico/Instagram

Lokasi: Aras G, SkyAvenue (di bawah Bona Cinemas)

Nikmati pelbagai pilihan hidangan nasi, mi, makanan ringan dan masakan yang diilhamkan daripada masakan Barat, Asia dan Timur Tengah. Tak lupa juga hidangan kuih-kuih tradisional dan pencuci mulut seperti karipap, samosa, som som gula Melaka dan buah potong yang amat menyelerakan setelah berjam-jam berpuasa. Lagi best, harga pun berpatutan!

beat boredom


Promosi Ramadan (23.03 – 21.04.2023)

Medan Selera Set Hidang Ramadhan Jimat sehingga 33% dengan set makan untuk dua (02) orang! Dengan harga RM59, anda boleh menikmati:

  • Dua (02) hidangan nasi putih
  • Satu (01) ikan tilapia bakar dengan sambal
  • Satu (01) ikan keli masak lemak cili padi
  • Kerabu selom
  • Ulam-ulam dengan perencah
  • Air Asam dan sambal belacan
  • Kurma
  • Kuih tempatan
  • Dua gelas 12oz ais teh limau

Promosi Istimewa

Dapatkan cap Coca-Cola percuma apabila anda belanja minimum RM50 dalam satu resit dengan satu pembelian minuman Coca-Cola! Tersedia setiap hari dari 11 pagi - 9 malam sahaja.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

5. JR Curry
beat boredom

 

Lokasi: Unit 2

Segera singgah ke JR Curry untuk merasai nikmatnya masakan India dan Malaysia yang autentik. Dijamin puas hati dengan konsep makanan India yang asli, JR Curry menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti ayam masak rempah, gulai, kari, sayur-sayuran dan macam-macam lagi sampai rambang mata.

 

Genting Grand

6. The Bakery
beat boredom


Lokasi: Aras lobi, Genting Grand

Kepada yang mereka berbuka puasa atau sahur sambil terus bergerak di atas jalan, kunjungi The Bakery di Genting Grand untuk dapatkan pastri dan kek yang dibakar dengan sempurna dengan resipi-resipi tradisional. Anda boleh mencuba croissant gebu mereka yang merupakan best-seller serta Pai Ayam Genting homemade mereka yang mudah diambil dan dimakan di dalam perjalanan. Sama ada anda sedang tergesa-gesa untuk ke destinasi atau hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, pastri dan kek dari The Bakery adalah pilihan yang tepat.

Promosi Istimewa

Set combo dengan harga RM20 disertakan satu (01) minuman:

  • Nasi lemak bungkus + Minuman bandung + Kurma
  • Bihun bungkus + Minuman bandung + Kurma


KETAHUI LEBHI LANJUT

 

7. The Olive
beat boredom

Lokasi: Lobi, Genting Grand

The Olive di Resorts World Genting kini berwajah baharu dan menawarkan pelbagai hidangan Malaysia yang lazat dari seluruh tradisi masakan tempatan. Dengan konsep open kitchen, pengunjung boleh mengintip dan menyaksikan kesibukan penyediaan makanan dalam dapur sambil menjamu kepelbagaian hidangan yang disajikan nasi beriani dalam batang buluh, gulai ayam kampung Nangka, ekor lembu panggang yang diperap bersama madu dan banyak lagi. Oleh itu, pastikan anda menambahkan The Olive ke dalam senarai MUST-TRY semasa bulan puasa.

Promosi Istimewa

Set Nasi Tomato dengan harga RM68

  • Mengandungi ayam masak merah, acar timun, papadom, lamb dalcha, cendol, susu pandan laici, kurma.

Set Nasi Minyak dengan harga RM68

  • Mengandungi ayam percik, acar timun, papadom, lamb dalcha, cendol, susu pandan laici, kurma.

 

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

8.The Junction
beat boredom


Lokasi: Lobi, Genting Grand

Terletak di lobi First World Hotel, bertentangan dengan pintu masuk Menara 2, The Junction adalah destinasi ideal untuk berbuka puasa dengan pelbagai hidangan enak seperti nasi hainan, nasi tomato serta kek-kek yang baru dihasilkan. Anda pasti tidak akan terlepas peluang untuk menikmati pilihan-pilihan pastri, roti dan kek yang lazat di sini.

Promosi Istimewa

Grab and Go! Set kombo istimewa di The Junction akan berputar pada setiap hari. Setiap set juga akan disertakan dengan kuih tradisional, kurma dan minuman.

  1. Nasi hujan panas kari daging dengan harga RM32
  2. Nasi tomato dengan harga RM32
  3. Nasi briyani set dengan harga RM32
  4. Nasi ayam percik dengan harga RM32
  5. Murtabak set dengan harga RM22

 

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

9. Flavours of Genting 
beat boredom


Anda kini boleh membawa pulang buah tangan berbentuk kulinari apabila anda datang bersiar ke Resorts World Genting dengan pelancaran produk terbaharu Flavours of Genting. Sebanyak tujuh (07) item telah dipilih mengikut kriteria rasa asli dan autentik.

Setiap barangan makanan dipek dalam kotak hadiah sempurna untuk dijadikan hadiah cenderahati yang mudah. Kebanyakan produk Flavours of Genting disahkan muslim-friendly dan bebas daging khinzir, kecuali kek buah (RM55) yang mengandungi alkohol cognac.

Anda boleh membeli cenderahati manisan istimewa Genting di lokasi berikut dari 10am - 8pm di: 

  • Coffee Terrace, Lobby Floor, Genting Grand 
  • Lobby Floor, First World Hotel Lobby
  • Malaysian Food Street entrance, Level 4, SkyAvenue 

Anda boleh membawa pulang:

  • Biskut Durian - RM 58nett [Ahli Genting: RM 48nett]
  • Talam Nanas, 12 biji setiap kotak (SIGNATURE) – RM47nett [Ahli Genting: RM33nett]
  • Biskut Kacang Hijau [tau sar peah], 12 biji setiap kotak – RM26nett [Ahli Genting: RM 23nett]
  • Biskut Kacang Merah, 12 biji setiap kotak - RM 26nett [Ahli Genting: RM23nett]
  • Biskut Pandan, 2 keping setiap pek – RM 6nett 
  • Loaf Kek Buah dicampurkan dengan Cognac - RM 55nett
  • Kek Teh Pu Er Masak – RM98 nett [Ahli Genting: RM78nett]
  • Kek Teh Pu Er Mentah – RM98 nett [Ahli Genting: RM78nett]

Siri set hadiah untuk keluarga dan sahabat:

  • Bundle 4 dalam beg – RM98nett [np: RM123]
    Set Hadiah 1: Talam Nanas [12 biji setiap pek] + Kek Buah-buahan + Biskut Kacang Hijau + 2 x Biskut Pandan atau;
    Set Hadiah 2: Talam Nanas [12 biji setiap pek] + Kek Buah-buahan + Biskut Kacang Merah + 2 x Biskut Pandan 
  • Bundle 4 dalam beg – RM138nett [np: RM168]
    Set Hadiah 1: Talam Nanas [12 biji setiap pek] + Kek Buah + Kek Teh Pu Er Masak / Mentah + 2 x Biskut Pandan
  • Bundle of 5 dalam bag – RM163nett [np: RM201]
    Set Hadiah 1: Talam Nanas [12 biji setiap pek] + Kek Buah-buahan + Biskut Kacang Hijau + Kek Teh Pu Er Masak / Mentah + 2 x Biskut Pandan

 

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Genting Highlands Premium Outlets

10. Santai Yamch'a Dimsum
beat boredom

Image credit: @conanrose97/Instagram

Lokasi: Lot 1508, Low Street, Genting Premium Outlets

Ingin bersantai lepas berpuasa? Santai Yamch'a Dimsum di Genting Highlands Premium Outlets boleh jadi pilihan utama! Suasana nyaman dan sejuk, nikmati dim sum tradisional dan hidangan signature seperti bao lava krim kastard dan bao kacang merah, serta ayam madu dan mi tarik dengan dumpling ayam untuk dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan.

 

11. Absolute Thai Highlands
beat boredom

Image credit: Absolute Thai Malaysia/Facebook

Lokasi: Suite 1100 & 1102, Middle Street, Genting Highlands Premium Outlets

Anda tak perlu pergi jauh untuk mencari hidangan Thai yang sedap, Absolute Thai Highlands di Genting Highlands Premium Outlets sudah cukup untuk memuaskan keinginan anda! Dalam suasana yang menyegarkan, santai dengan keluarga dan rakan-rakan di dengan hidangan lazat seperti tomyam, pad thai dan ikan siakap stim untuk memulihkan tenaga selepas seharian berpuasa.