event-rwg


Kalau korang sudah kehabisan idea untuk percutian hujung minggu yang best bersama anak-anak, jangan risau! Kami ada lokasi sempurna untuk yang ingin mencari pengalaman hujung minggu yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan! Terletak di tengah-tengah pegunungan yang subur, Resorts World Genting menawarkan peluang untuk rejuvenasi diri dan sekeluarga dari kesibukan dan keramaian bandar.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom pack bag, rasai kesejukan angin di puncak gunung, dan mari mulakan perjalanan yang tidak terlupakan yang penuh dengan kegembiraan dan gelak ketawa bersama seisi keluarga!

 

GENTING SKYWORLDS THEME PARK

event-rwg
event-rwg

    Kredit imej: @aniszahirah94 / Instagram            Kredit imej: @amila.ammara / Instagram

Bersiap sedia untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan saat anda memasuki dunia enchanting Genting SkyWorlds Theme Park. Dengan lebih daripada 20 permainan dan tarikan yang diinspirasikan daripada filem-filem blokbusterHollywood dan watak-watak terkenal, taman tema ini menjanjikan satu hari yang penuh dengan gelak ketawa dan kegembiraan. Dari permainan roller coaster hingga persembahan secara langsung yang interaktif, biarkan imaginasi anak-anak melonjak tinggi di Genting SkyWorlds!

TEMPAH SEKARANG

 

TAMAN TEMA INDOOR SKYTROPOLIS

  

event-rwg
event-rwg

Kredit imej: @lisa.chen88 / Instagram                            Kredit imej: @madhi_jay / Instagram

 

Tak perlu nak risau tentang cuaca di Resorts World Genting; boleh jer kunjungi Taman Tema Indoor Skytropolis! Hujan atau panas, anak-anak boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan di taman tema indoor yang menjanjikan keseronokan yang tiada kesudahan untuk anda sekeluarga. Kalau ada yang ingin mencari pakej yang berbaloi, cubalah Pakej Tarikan dan boleh jimat sehingga 68% dan nikmati sehari penuh tunggangan tanpa had!

[Pakej A] Ripley’s Adventureland Kombo Pakej - RM92 (JIMAT RM187)
- Pas Perjalanan Tanpa Had 1 Hari Skytropolis
- Satu (01) Permainan Boling dan penyewaan kasut boling
*Pakej A mesti dibeli dari kaunter tiket di Skytropolis Indoor Theme Park.

[Pakej B] Genting Bowl Kombo Pakej - RM80 (JIMAT RM11)
- Pas Perjalanan Tanpa Had 1 Hari Skytropolis
- Kemasukan sekali ke enam (6) tarikan di Ripley’s Adventureland: Ripley’s Believe It or Not! Odditorium, Jurassic Research Centre, Zombie Outbreak, 4D Trick Art Museum, Infinity Room, and Eagle Landing Zipline.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Nikmati sesi terapi membeli-belah sambil menghiburkan anak-anak di Genting Highlands Premium Outlets. Terdapat pelbagai jenama mewah dan rekaan terkenal dengan harga diskaun sehingga 68% setiap hari. Dengan laluan berjalan yang luas, tempat duduk yang selesa, dan kemudahan mesra kanak-kanak, tempat membeli-belah ini memastikan pengalaman yang menyenangkan untuk seluruh keluarga. 

 

REHAT & BERSANTAI DENGAN HARGA BILIK ISTIMEWA GENTING SKYWORLDS HOTEL

event-rwg


Kepada yang ingin elak parking jauh-jauh atau jimatkan masa memandu ke puncak Genting Highlands, jadikan percutian hujung minggu anda lebih istimewa dengan menginap di Hotel Genting SkyWorlds!

Dengan kadar bilik istimewa eksklusif untuk ahli Genting Rewards, anda boleh menikmati penginapan yang selesa dengan harga serendah RM252 sahaja! Cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga anda sambil menikmati kesejukan apabila menginap di hotel unik ini.

TEMPAH BILIK SEKARANG


Awana Trail at Resorts World Awana:

event-rwg


Reconnect semula hubungan dengan alam semula jadi dan jelajahi Awana Trail di Resorts World Awana! Trek yang indah ini membawa anda sekeluarga melalui hutan hijau, bukit-bukau yang megah, dan landskap yang menakjubkan. Laluan trek ini juga sesuai untuk semua peringkat umur dan kemahiran, membolehkan anak-anak anda menikmati perjalanan santai atau trekking yang mencabar, bergantung kepada pilihin tersendiri. Nikmati ketenangan alam semula jadi sambil mengeratkan lagi jalinan hubungan dengan anak-anak dan mencipta kenangan yang kekal selamanya.

Jika anda berminat, teringin tak nak cuba pakej Ekspedisi Jejak Awana kami?

Pakej eco-retreat ini termasuk:
- Penginapan 2H1M di bilik Superior Deluxe untuk dua (02) orang di Resorts World Awana
- Makanan Grab & Go untuk dua (02) termasuk satu (01) makanan dan minuman di Cheeky Grind (di buka dari 7pagi – 9 malam)
- Lawatan alam semula jadi berpandu (2 – 3 jam) di Jejak Awana (Awana Trail) selama dua (02) pada jam 9 pagi
- Daftar keluar lewat pada pukul 1 petang

 

TEMPAH SEKARANG