Dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, pemandangan yang menakjubkan, dan khidmat pelanggan yang tidak tertandingi, tidak hairanlah bahawa Crockfords di Resorts World Genting menjadi pilihan utama untuk para pelancong yang mencari pengalaman bercuti yang tak terlupakan!

 

michelleyoeh


Kadang-kala kita perlu rehatkan minda dan badan sebelum menghadapi rutin kehidupan harian. Kalau ada yang ingin mencari tempat percutian yang sejuk dan tidak jauh dari bandar, tak perlulah jauh-jauh pergi ke luar negara. Percutian di Resorts World Genting kan ada! Destinasi percutian di kawasan tinggi pahang inilah yang paling sesuai bagi anda yang ingin menikmati udara sejuk dan pemandangan yang memukau tanpa perlu membuat passport. Dekat sini juga, terletak Crockfords yang menawarkan kemewahan dan khidmat pelanggan yang tak tertandingi. Oleh itu, kami telah mengumpulkan 10 sebab kenapa Crockfords Hotel di Resorts World Genting patut menjadi hotel destinasi pilihan anda.

 

1. Kemewahan yang diiktiraf
michelleyoeh


Crockfords masih merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima Anugerah 5-Bintang daripada Forbes Travel Guide untuk lima tahun berturut-turut (2019 – 2023). Jadi, anda tahu anda memilih yang terbaik apabila menginap di Crockfords.

 

2. Hiasan dalaman ala British
michelleyoeh


Dekorasi hotel yang berinspirasi British di Crockfords memang satu nikmat yang perlu disaksikan. Mulai dengan pokok emas di pintu masuk hingga ke pameran seni direka oleh artis British seni terkenal, Rebecca Louise Law, semua ini pasti akan membuatkan anda merasa seperti raja atau ratu yang menginap di istana diraja.

 

3. Mematuhi piawaian keselamatan global

Dalam situasi pandemik yang kini berterusan, memilih penginapan yang mematuhi piawaian keselamatan global adalah satu keperluan penting. Untunglah, Crockfords telah disahkan oleh Sharecare Health Security VERIFIED™, jadi anda boleh bercuti dengan tenang dan yakin bahawa keselamatan anda adalah keutamaan mereka.

 
4. Pelbagai pilihan bilik penginapan
michelleyoeh


Crockfords juga menyediakan pelbagai jenis bilik untuk semua jenis acara khas, sama ada untuk menyambut hari jadi, ulang tahun perkahwinan, atau bercuti hujung minggu bersama kawan-kawan. Dari bilik Superior hingga ke bilik Executive Suite, pasti adanya bilik yang sesuai untuk keperluan individu.

 

5. Sajian makanan Cina yang menggoda selera (pork-free)
michelleyoeh


Bagi semua rakan foodie, tentunya anda akan jatuh cinta dengan restoran FUHU Pop-up  di Crockfords Club. Nikmatilah masakan Cina yang diolah dengan sentuhan unik yang akan membuat lidah anda bergelora dengan selera.

 

6. Akses mudah ke SkyAvenue dan Taman Tema Indoor Skytropolis
michelleyoeh


Dengan SkyAvenue dan Taman Tema Indoor Skytropolis yang terletak bersebelahan, anda pasti tidak akan kebosanan semasa bercuti di Crockfords. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk memastikan setiap saat percutian anda sangat menyeronokkan dan berharga.

 

7. Sarapan yang menggugah selera
michelleyoeh


Mulai hari anda dengan sarapan yang menarik nafsu makan anda di Crockfords Café. Dari hidangan kontinental hingga masakan tempatan, pilihannya berlimpah dan pasti akan memenuhi selera semua.

 

8. Perkhidmatan pelayan peribadi
michelleyoeh



Dapatkan pengalaman hidup seperti seorang bangsawan dengan memilih bilik-bilik yang dilengkapi dengan perkhidmatan butler peribadi di Crockfords. Nikmatilah keselesaan dan kemewahan sepanjang penginapan anda dengan layanan istimewa yang disediakan.

 

9. FREE Wi-Fi dan Turndown Service

Nikmati pengalaman penginapan yang lebih selesa dengan berhubung tanpa had melalui Wi-Fi percuma yang disediakan di setiap bilik. Kami juga menyediakan turndown service untuk memberikan keselesaan tambahan bagi semua tetamu.

 

10. Parking percuma bagi tetamu in-house

Tidak perlu bimbang tentang pembayaran parking ketika bersiar-bersiar di Resorts World Genting kerana kepada yang menginap di Crockfords, anda boleh menikmati kemudahan parking percuma tanpa had.

 

Siapa sangka, pengalaman menginap di Crockfords mungkin akan menjadi kenangan terbaik seumur hidup. Tunggu apa lagi? Rancang penginapan anda sekarang!

michelleyoeh


       Crockfords Hotel kini menawarkan pakej eksklusif bermula dari RM1,400 satu malam untuk ahli Genting Rewards dan RM1,500 untuk bukan ahli. 

       Pakej ini termasuk:

  • Penginapan 2H1M di mana-mana jenis bilik pilihan anda
  • Sarapan pagi untuk dua (02) orang di Crockfords Café 
  • Tempat letak kereta percuma
  • Perjalanan ulang alik Awana SkyWay untuk dua (02) orang
  • Aktiviti Awana trail Genting Nature Adventures untuk dua (02) orang
  • Koktel malam untuk dua (02) orang di Crockfords Club
  • Makan Malam FUHU Pop Up di Crockfords Club (hanya untuk pakej Bilik Superior sahaja)
  • Akses eksklusif ke Crockfords Club Lounge dan termasuk minuman sepanjang hari (hanya untuk pakej Junior Suite, Executive Suite dan Villa)

TEMPAH SEKARANG