Jika anda risau untuk merancang staycation di Resorts World Awana kerana kurangnya pilihan makanan, jangan risau kerana resort ini menawarkan bukan satu, bukan dua, tetapi EMPAT DESTINASI MAKANAN! Dari hidangan masakan tempatan hingga kelazatan Barat, pilihan makanan di Resorts World Awana pasti akan memuaskan selera semua orang.
Waktu operasi: Setiap hari dari 7 pagi – 10:30 pagi
Must-Try: Nasi Lemak Pandan, Rendang Tok, Gulai Ikan Tongkol & Kuey Tiaw Goreng
Diinspirasikan oleh restoran berkonsepkan bazar, Jom Makan Awana menawarkan pelbagai hidangan kontinental dan Asia yang autentik. Tidak kira sama ada ingin menikmati nasi lemak atau kuey teow goreng yang penuh rasa, kami berjanji anda tidak akan keluar daripada restoran ni dalam keadaan lapar!
(Kredit imej: @donnypalon / Instagram)
(Kredit imej: @ayuawana / Instagram)
Waktu operasi: Ahad-Khamis 7 pagi-11 malam Jumaat-Sabtu 7 pagi-12 malam
Must-Try: Grilled Platter, Pulled Beef Brisket, Pizza & Chicken Wings
Menu yang ditawarkan di Ayu Awana penuh dengan hidangan yang menggoda selera dan tidak hanya cantik dari segi visual tetapi juga nikmat dan memuaskan. Dari hidangan ‘smokehouse & grill’ hingga senarai cocktails yang pelbagai, Ayu Awana merupakan tempat idaman untuk menghabiskan masa hujung minggu.
(Kredit imej: @razlanshah88 / Instagram)
(Kredit imej: @oursabahtoday / Instagram)
Waktu operasi: Jumaat, Sabtu & Malam Cuti Umum 3 petang – 10:30 malam
Dengan suasana yang hijau dan sejuk, Awana Garden menawarkan hidangan hotpot yang merupakan satu pengalaman gastronomi yang mesti anda datang dan cuba. Dengan konsep farm-to-table, kami pasti bahan-bahan segar datang terus dari kebun kami. Makanan segar beserta sup hot pot yang panas dan sedap, pastinya akan memikat selera!
Waktu operasi: Setiap hari dari 7 pagi – 9 malam
Must-Try: Choc Marshmallow, Route 65, Choco Matcha, Coklat Nutella Dengan Meringue
Jika anda mencari tempat untuk bersantai sambil menikmati minuman atau makanan ringan, Cheeky Grind adalah pilihan yang tepat. Dengan aroma haruman kopi yang pelbagai dan rasa yang luar biasa, pastinya setiap penggemar kopi akan tertarik dengan hidangan kopi campuran artisanal kami
Nikmati potongan diskaun 37% untuk secawan kopi atau teh kedua anda dengan promosi Ulang Tahun Resorts World Awana ke-37!
Jadi, itulah lima destinasi makanan terbaik di Resorts World Awana yang anda perlu cuba. Perut berbunyi tengah malam? Tak payah risau nak cari makanan! Semua destinasi makanan mempunyai citarasa yang tersendiri dan menyajikan makanan yang lazat dan berkualiti. Jangan lupa merancang kunjungan anda ke sini dan nikmatilah pengalaman makanan yang tak terlupakan!
Raikan ulang tahun ke-37 Resorts World Awana dengan menikmati hidangan di mana-mana lima restoran kami. Dapatkan baucar makanan dan minuman bernilai RM50 untuk 10GP sahaja!