Rancang itinerari anda ke Terengganu dengan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama. Semua aktiviti mesra keluarga yang disenaraikan dibawah bakal memberikan kepuasan kepada anda sekeluarga bersama anak-anak!
Kredit imej: @rollinggrace, @ybcoffeee
Nikmati percutian anda seperti masyarakat setempat dengan pengalaman lokal yang tersedia di Terengganu. Di sekitar kijal, terdapat perkampungan nelayan dengan aktiviti menjaring pukat dan menjual hasil tangkapan di pantai, lemang kijal terkenal, keropok lekor yang tidak asing lagi di Terengganu dan santuari kelip-kelip di Sungai Yak Yah.
Kesemua aktiviti yang disebut tidak memerlukan kos yang tinggi malah berdekatan pula dengan penginapan kami, Resorts World Kijal. Kemudahan seperti ini perlu dimanfaatkan dan tidak boleh disia-siakan!
Kredit imej: @resorts.world.kijal & @BeautifulTerengganuMalaysia
Pengalaman melepaskan anak penyu adalah antara aktiviti yang jarang dilakukan dan tidak tersedia di semua tempat pelancongan tetapi bukan di Resorts World Kijal. Aktiviti yang menyeronokkan dan memupuk kesedaran seperti ini adalah antara aktiviti yang sinonim dengan resort ini.
Aktiviti pelepasan anak penyu ini bakal menjadi memori yang tidak akan dilupakan bagi anak-anak dan pencinta alam semula jadi. Pakej aktiviti pelepasan anak penyu kami tersedia hanya sehingga 30.09.2023 sahaja, jangan lepaskan peluang ini.
TEMPAH SEKARANG
Kredit imej: @fasihahmk, @resorts.world.kijal
Sukan lasak yang mencabar dan menyeronokkan seperti ATV juga terdapat di resort kami. Sesuai bagi keluarga yang inginkan aktiviti di tempat terbuka dengan privasi kerana pantai peribadi sepanjang 7.6km kami hanya tersedia untuk tetamu resort sahaja.
Kolam yang mesra kanak-kanak juga sangat digemari dan digunakan sepanjang masa oleh kerana akses dan keluasan yang mudah bagi ibu bapa memantau si cilik sedang berseronok. Juga terdapat ruang karaoke, permainan catur gergasi dan juga glamping bagi memenuhi hari percutian dengan aktiviti santai.
Kredit imej: @resorts.world.kijal
Resorts World Kijal juga tidak lupa akan akan keluarga yang selalu food hunting bersama-sama. Kewujudan restoran kami seperti Oasis Beach Bistro, Restoran Kampong Meraga Beris dan Hainan Ekspress menyajikan bukan saja hidangan antarabangsa tetapi juga hidangan tempatan yang menepati citarasa lokal.
Kredit imej: @sza_photo
Bayangkan makanan lazat yang menggiurkan disajikan terus kepada meja anda sekeluarga dengan suasana pantai peribadi yang tenang dan damai. Hanya di Resorts World Kijal.
RESTORAN DI RESORTS WORLD KIJAL
Kredit imej: @resorts.world.kijal
Jika anda merancang untuk adakan hari keluarga dengan kelengkapan lengkap, persekitaran yang terjaga dan berdekatan dengan segala kemudahan, Resorts World Kijal menyediakan segalanya di sini. Eratkan hubungan kekeluargaan dalam masa yang sama berseronok dalam kemeriahan hari keluarga.
Kredit imej: @resorts.world.kijal
Resort kami telah menjadi hos dalam banyak acara antaranya adalah Festival Kopi Kemaman yang diadakan pada 02 & 03.06.2023 yang di penuhi dengan bermacam-macam aktiviti menarik dinikmati pengunjung.
Akan datang, acara Pengembaraan Menyelamatkan Penyu Bersama-Sama bakal berlangsung di Resorts World Kijal pada 02.09.2023. Aktiviti seperti pameran penyu, pertandingan mewarna dan tarian kebudayaan akan diadakan maka jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara-acara yang diadakan nanti.
Ketahui lebih lanjut tentang Resorts World Kijal dan berita terkini di laman sosial Instagram dan laman web rasmi kami.