Impikan setahun yang penuh dengan keseronokan, gelak tawa, dan kenangan yang tidak dapat dilupakan? Realisasikannya sekarang kerana kami telah melancarkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds!

Dengan harga dua (02) tiket, ya hanya berharga dua (02) tiket sahaja anda boleh menikmati akses tanpa had selama setahun penuh ke semua permainan, pertunjukan, dan keseronokan dalam sembilan (09) dunia bertema yang menakjubkan.

Bermula dari 23.08 – 31.12.2024, dapatkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda pada RM280. Nikmati akses tanpa had selama setahun dan tiga (03) tempahan VQ setiap kali anda melawati Taman Tema Genting SkyWorlds

event-rwg


Kenapa perlu dapatkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds?

1.  Nilai TERBAIK!

Ia diibaratkan seperti anda melawat Taman Tema Genting SkyWorlds secara percuma pada lawatan yang ketiga dan seterusnya selama setahun.

2.  Keseronokan Yang Spontan!

Fleksibiliti adalah kunci! Tidak perlu merancang berbulan-bulan lebih awal, gunakan Pas Tahunan Genting SkyWorlds bila-bila masa yang anda mahu.

3.  Alami Pelbagai Tema Bermusim

Dari pelbagai keseronokan perayaan umum di Malaysia, raikan semua perubahan di taman tema sepanjang tahun.

4.  Kenangan yang Kekal Sepanjang Hayat

Cipta detik-detik berharga bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang tahun pada waktu berbeza.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan Taman Tema Genting SkyWorlds rumah kedua anda sepanjang tahun kerana kami sedia menanti kehadiran anda. Ayuh berseronok dan gembira bersama-sama tanpa henti.