1.  Lokasi yang strategik untuk privasi dan suasana yang aman

 

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @shobhit__nema, / kanan: @rodadanroti)

Terletak jauh dari hiruk pikuk bandar utama, percutian tropika dengan latar belakang Langkawi UNESCO Global Geopark dan Dayang Bunting Marble Geoforest merupakan destinasi yang sesuai  untuk pasangan yang inginkan privasi serta suasana nyaman dan tenang. Tambahan pula, akses untuk tiba di resort kami kini lebih mudah dan juga dekat dengan tarikan-tarikan utama membuatkan perjalanan percutian bulan madu anda lebih lancar tanpa masalah pengangkutan.

 

2.  Bilik dengan pemandangan panorama indah

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @fie.afiqah, / kanan: @yv_wong)

Berehat dan relaks dengan kemudahan bilik yang lengkap merupakan antara sebab utama bagi percutian bulan madu yang sempurna. Resorts World Langkawi menawarkan 212 bilik dengan enam (06) jenis pilihan yang bersesuaian dengan bajet anda. Sesuai untuk percutian anda kerana dekorasi dan rekaan bilik dengan pemandangan taman dan panorama laut yang mempesonakan bakal memberikan suasana yang intim dan damai.

 

3.  Mewah dengan hidangan yang pelbagai, khas untuk tetamu resort

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @yv_wong, / kanan: @william82sg)

Rasai kelazatan hidangan tempatan dan antarabangsa di lima pilihan restoran di Zest Boardwalk khas untuk tetamu resort. Daripada suasana warung moden hingga ke restoran Itali, pelbagai hidangan seperti masakan tempatan, masakan barat, pilihan snek dan sandwic, dan masakan Itali. Nikmati hidangan di bawah naungan payung atau berehat dengan makan malam yang intim dengan cahaya lilin.

 

4.  Pengalaman Pelayaran Matahari Terbenam dan Makan Malam BBQ

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @cassiegallyot, / kanan: @liana1412)

Pengalaman Pelayaran Matahari Terbenam di Resorts World Langkawi merupakan antara salah satu bucket list yang perlu anda lengkapi. Dengan status satu-satunya resort di Langkawi yang menawarkan jarak dekat antara penginapan dan marina peribadi, nikmati minuman tidak terhad, jamuan barbeku gourmet, bersantai di jongor kapal dan jakuzi air masin dengan berlatarbelakangkan panorama matahari terbenam.

 

5.  Eratkan hubungan dengan aktiviti pengembaraan yang santai

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @aeriazlan, / kanan: @fie.afiqah)

Percutian yang dipenuhi dengan pengembaraan yang santai seperti aktiviti menjelajah pulau, berkayak, dan lawatan safari paya bakau merupakan antara aktiviti yang tersedia di Resorts World Langkawi. Terdapat pakej keseronokan dan pengembaraan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan dengan harga yang berpatutan.

 

6.  Nikmati pelbagai kemudahan untuk pengalaman yang terbaik

event-rwg
event-rwg

Kredit gambar: Instagram (kiri: @cassiegallyot, / kanan: @fie.afiqah)

Dengan fasiliti dan kemudahan yang lengkap, anda pasti dapat bertenang sepenuhnya sepanjang percutian anda. Terdapat kemudahan seperti akses internet dengan kelajuan tinggi, gimnasium, ruang permainan, infinity pool dan servis shuttle. Nikmati semua kemudahan bagi pengalaman berbulan madu yang terbaik di Resorts World Langkawi

 


Dapatkan pengalaman pelayaran matahari terbenam bagi percutian bulan madu anda sekarang, tersedia sehingga 31.12.2023.

TEMPAH SEKARANG