event-rwg


Adakah anda tahu terdapat tarikan baru dengan di Resorts World Genting? Acara kemasukan percuma ini sempurna untuk anda menikmati kedinginan bayu malam, pertunjukan pancuran air berwarna -warni dan menikmati hidangan street food! Gohtong Way telah dibuka di Central Park, Taman Tema Genting SkyWorlds untuk memperkenalkan dunia yang penuh cabaran selepas senja, dimana keseronokan dan keterujaan berterusan!

 

Tentang Gohtong Way

event-rwg


Dinamakan sempena mendiang pengasas kami, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong, Gohtong Way adalah tempat di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk menyambut kebersamaan, perpaduan dan keharmonian menerusi makanan yang melazatkan dan hiburan secara langsung. Ianya adalah tempat yang sempurna untuk sesi healing bersama rakan-rakan, meluangkan masa berharga bersama keluarga pada hujung minggu, atau tempat untuk anda bersendiri dengan pemandangan menakjubkan selepas hari yang panjang.

 

Nikmati hidangan di bawah kerdipan bintang-bintang

event-rwg

 

Jangan bimbang sekiranya anda merasa lapar ketika melawat Gohtong Way – dengan lebih 10 pilihan makanan dan minuman ada tersedia menanti anda! Dengan tawaran pilihan makanan street food yang banyak, seberapa kerapkah anda dapat belanja rakan anda dengan hidangan mamak di taman tema atau melihat pancuran air berirama sambil menikmati lok lok?

Cubalah restoran-restoran yang tersedia di Gohtong Way:

  • Starlet’s Hotpot: konsep hotpot farm-to-table di mana sayur-sayuran merupakan tarikan utama
  • Jom Makan: hidangan mesra-muslim di ruang makan yang selesa
  • Lakeside Market: minuman dan snek untuk menemani waktu bersantai anda
  • Harry Ramsden World Famous Fish & Chips: hidangan Fish and Chips tradisional  
  • Trattoria Il Lago – Simply Italian: hidangan autentik Itali
  • FUHU Restaurant & Bar: snek jenis fusion
  • Han’s Chicken Sandwich: bagi yang menjaga kesihatan
  • Harimau Lok Lok: lok lok yang mengenyangkan (makanan berlidi ala steamboat)
  • Muhibah Bro’s Arabian Bowl: mangkuk nasi yang penuh dengan isi bagi yang berselera besar
  • Muhibah Bro’s Roti Pratha with Chicken Curry: konsep mamak di taman

 

Nikmati persembahan secara langsung dengan bayu yang dingin

event-rwg


Semestinya, apakah itu tempat lepak tanpa hiburan? Nikmati persembahan daripada buskers dengan persembahan lagu hit pop atau berseronok dengan set DJ, persembahan yang menyeronokkan ini bakal menggegarkan malam anda. Lagipun, anda boleh serlahkan keterujaan anda dengan menonton seni pencahayaan dan irama pancuran air disatukan untuk pertunjukan pancuran air berirama setiap satu jam yang mengujakan di Lake of Dreams.

 

Alami permainan ikonik selepas senja

event-rwg


Pengalaman ini tersedia pada harga RM25 setiap permainan daripada 6 petang – 8 malam. Had ketinggian minimum adalah 90 cm, manakala individu berketinggian antara 90cm – 122cm mesti diiringi peneman. Bayaran untuk permainan ini adalah melalui transaksi tanpa sentuh di Stor Muzium.

 

Saksikan Pertunjukan Bunga Api Merdeka

event-rwg



Pengunjung yang hadir pada ambang hari Merdeka adalah bertuah kerana dapat menonton acara bunga api istimewa secara langsung di Gohtong Way! Acara bermula pada tengah malam, anda boleh memasuki Gohtong Way untuk menyaksikan pemandangan indah ini di lokasi-lokasi berikut bagi mendapatkan lokasi pemandangan terbaik:

  • Dek terbuka SkyAvenue (bersebelahan Beauty In The Pot)
  • Balkoni Burger & Lobster
  • Balkoni Wolfgang’s Steakhouse Lounge
  • High Line Roof Top Market
  • RedTail Genting (Tingkat 1, SkyAvenue)
  • FUHU Restaurant & Bar