Sempena ulang tahun Malaysia yang ke-66 ini, kami ingin berkongsi #RWGMerdekaCaraKita sambil meraikan perpaduan dan kepelbagaian di ketinggian 6,000 kaki. Dari 01.08 hingga 16.09.2023, ikuti kami untuk menikmati pelbagai promosi, acara, dan tawaran istimewa yang berlangsung sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Dengan Hari Merdeka jatuh pada hari Khamis, inilah peluang anda untuk mengubahnya menjadi percutian hujung minggu yang panjang di Resorts World Genting. Nikmati pakej 4H3N kami dan anda sekeluarga boleh menginap dalam kemewahan dengan bilik Superior Deluxe kami, semuanya pada kadar yang luar biasa iaitu hanya RM540nett. Percutian sempurna anda menanti!
Sebaik sahaja check-in hotel, anda sekeluarga juga boleh nikmati pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang bertemakan Hari Merdeka di Resorts World Awana. Dalam senarai pilihan, terdapat:
Ceriakan si kecil anda dengan aktiviti dekorasi biskut bertemakan Merdeka dan Hari Malaysia! Anak-anak juga boleh menyertai dengan ibu bapa/penjaga dengan hanya RM37 untuk tiga (03) biskut.
Jom menari dengan irama lagu “Saya Anak Malaysia” yang menarik sambil beraksi sesi tarian “line dance”, percuma bagi semua!
Mari kita eratkan hubungan, membina dan bergembira dengan mengikuti sesi seni dan kraf bertemakan Hari Merdeka.
Apabila matahari terbenam, anda dijemput menjamu selera ditepi kolam dengan permainan, hiburan dan tarikan utama – promosi satu slice pizza dengan harga murah RM6!
Singgah sahaja ke Kaunter Sambutan di lobi Resorts World Awana untuk maklumat lanjut.
Kadang-kadang, memang sukar untuk menikmati semua permainan di Genting SkyWorlds hanya dalam satu hari. Syukurlah, dengan promo 2-Hari Tiket ini, anda bukan hanya mendapat satu (01) hari, tetapi dua (02) hari penuh keseronokan dan pengembaraan tanpa henti di atas awan.
Rasai keajaiban Hari Merdeka dengan acara-acara eksklusif yang disediakan oleh Resorts World Genting. Acara-acara yang menanti anda:
Diinspirasikan oleh pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong, mari kunjungi Gohtong Way di mana anda sekeluarga boleh berjalan-jalan dan bersantai dalam Genting SkyWorlds untuk menikmati kebersamaan, persatuan, dan harmoni sambil nikmati hidangan enak dan hiburan langsung. Sertai kami di sini pada malam sebelum Hari Merdeka untuk menyaksikan persembahan bunga api yang tidak akan terlupakan!
Saksikanlah pertunjukan spektakuler di SkySymphony untuk penceritaan visual yang menakjubkan. Untuk Merdeka ini, bersiap sedia untuk menyelami kisah-kisah menarik yang menyambut semangat perpaduan, kepelbagaian dan keharmonian di Resorts World Genting.
Terletak di Taman Tema Indoor Skytropolis, jom membeli-belah dengan pelbagai pilihan pakaian, headwear, cenderahati, hiasan rumah dan alat tulis dengan tawaran sehingga 60%! Lawati pusat jualan bertentangan dengan permainan Super Glider.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom saksikan #RWGMerdekaCaraKita dengan pemandangan puncak bukit yang indah, keseronokan taman tema dan makanan tempatan yang lazat, semuanya ada sahaja di puncak!