Adakah anda tahu bahawa pintu masuk ke Taman Tema Genting SkyWorlds terletak di Aras G, SkyAvenue? Bagi yang masih tidak menjumpai pintu masuk yang grand itu, anda boleh ikuti blog ini dan follow steps yang kami kongsikan secara terperinci di bawah.
Mulakan percutian anda dengan tetapan lokasi yang tepat supaya perjalanan anda menuju ke tempat yang penuh dengan keseronokan tidak terganggu.
Kami menawarkan pilihan pembayaran tanpa tunai (Touch N’ Go) bagi parkir di SkyAvenue dan kemasukan bertiket juga masih tersedia bagi yang tidak mempunyai kad Touch N’ Go (hanya di SkyAvenue).
Sebaik sahaja anda tiba, pergi ke tingkat 1, SkyAvenue.
Di tingkat 1, cari Swensen’s yang terletak betul-betul bersebelahan Taman Tema Indoor Skytropolis. Tak mungkin anda tak nampak restoran bertemakan galaksi ini!
Gunakan laluan di hadapan Swensen’s, jalan terus menuju ke eskalator yang dihiasi dengan pintu gerbang Gohtong Way menuju ke aras G. Anda perlu menuju ke bawah ya.
Jika anda dapat lihat Jom Makan, SkyAvenue di sebelah kanan anda, ini bermakna anda semakin hampir ke pintu utama! Bagi pengunjung yang hadir pada waktu pagi, anda dapat menonton mini flashmob yang dipersembahkan oleh kakitangan Taman Tema Genting SkyWorlds pada jam 10:30 pagi.
Bagi yang masih belum mempunyai tiket atau tidak mempunyai akses internet untuk membeli tiket dalam talian, jangan risau! Tiket kemasukan boleh dibeli di kaunter. Sebanyak 11 kaunter tiket yang ada tidak termasuk kaunter tiket VIP.
Anda inginkan tiket yang lebih berbaloi dengan harga? Beli terus dari laman web rasmi kami.
BELI TIKET DI SINI
Akhirnya, keseronokan dan keterujaan yang dinanti-nantikan bakal dialami sebentar lagi. Hanya beberapa langkah sahaja lagi sebelum saya memasuki Taman Tema Genting SkyWorlds!
Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds bagi segala kemudahan seperti pembelian tiket dalam talian, tempahan Virtual Queue (VQ), info waktu menunggu, pengalaman Photo+ dan banyak lagi!
Jika anda pergi ke Resorts World Genting menggunakan bas, anda akan tiba di Awana SkyCentral bersebelahan Genting Highlands Premium Outlets (GHPO). Terus bawa langkah anda menuju ke Awana SkyWay!
Cari The Coffee Bean & Tea Leaf untuk laluan ke eskalator menuju ke stesen Awana SkyWay. Jika anda tidak pasti akan kedudukan anda dengan eskalator/lif, anda boleh buat pertanyaan di Kaunter Informasi.
Dapatkan tiket anda di sini jika anda masih belum membeli tiket dalam talian. Bagi ahli Genting Rewards, anda dapat gunakan tiket Awana SkyWay percuma anda sekarang!
Terbang dari Stesen Awana di pertengahan bukit ke Stesen SkyAvenue di puncak dengan hanya 10 minit. Nikmati pemandangan Resorts World Genting yang indah dan tangkap segala gambar yang anda tidak boleh dapati di tempat lain! Gunakan masa 10 minit ini dengan sebaiknya!
Seterusnya ikuti langkah seperti di langkah pertama pada awal artikel. Senang sahaja bukan? Ketahui lebih banyak cara untuk jejakkan kaki anda di Taman Tema Genting SkyWorlds di bawah
Apa yang ada di dalam Taman Tema Genting SkyWorlds? Nantikan artikel seterusnya.