Dengan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, kami menjemput anda untuk alami sendiri pengalaman berbuka puasa di puncak. Dengan bertemakan Rasa Warisan Pantai Timur, pilihan juadah yang ada semestinya sempurna dengan selera anda kerana ia dimasak oleh cef kami yang telah memenangi pelbagai anugerah!

event-rwg


Terbahagi kepada pelbagai bahagian sajian seperti hidangan-hidangan dari menu utama seperti Kambing Golek, Aneka Sup, Rendang Tok, Singgang Kelantan, Ayam Cencalok, dan Daging Singgang hingga ke pencuci mulut dan pelbagai minuman boleh didapati di Bufet Ramadan di sini.

event-rwg


Hidangan yang tersedia pasti membuatkan anda terpesona dalam pilihan makanan, ia pasti menjadi pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.

event-rwg


Berita baik bagi ahli Genting Rewards, anda masih boleh membuat tempahan untuk pakej ini dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga biasa iaitu pada:

• Dewasa RM98 (Harga Biasa: RM118)
• Kanak-kanak / Warga Emas RM68 (Harga Biasa: RM96)

Pakej dan harga yang tertera adalah sah dari sekarang – 08.04.2024.


Bagi setiap pembelian pakej bufet berjumlah RM 500 dan ke atas, anda berpeluang untuk menebus tembikar kaca edisi terhad dari Chef Wan Lifestyle! Temui staf kami di Jom Makan Awana apabila anda menjamu selera di sana. Sementara stok masih ada, tersedia atas dasar siapa cepat dia dapat.

Jangan lepaskan peluang ini, ayuh jadi sebahagian dari ahli Genting Rewards dan nikmati harga istimewa ini. Kami ucapkan selamat berbuka puasa di Jom Makan Awana.