Notis Umum: Video Palsu Janaan AI

12 November 2025

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat video palsu yang dijana menggunakan teknologi AI (deepfake) sedang digunakan secara tidak sah di media sosial untuk mempromosikan skim pelaburan yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Berhad. Video tersebut mempromosikan skim pelaburan yang mengelirukan dengan tawaran pulangan sehingga 200 kali ganda untuk pelaburan permulaan sebanyak RM1,200.

Kami ingin menegaskan bahawa Genting Malaysia Berhad serta Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif syarikat tidak terlibat, tidak menyokong, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim pelaburan palsu ini atau mana-mana skim seumpamanya di Malaysia atau di mana-mana tempat yang lain.

Kami menasihatkan orang ramai untuk:
• Berwaspada dan tidak terpedaya dengan kandungan video deepfake tersebut.
•Tidak berkongsi atau menyebarkan video berkenaan atau sebarang bahan berkaitan di media sosial.

Genting Malaysia Berhad tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti penipuan tersebut dan berhak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang mencipta, menyebarkan atau memperoleh manfaat daripada skim pelaburan palsu tersebut.

Kami menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan kesahihan sebarang maklumat berkaitan Genting Malaysia Berhad melalui laman web rasmi kami di www.gentingmalaysia.com dan/atau www.rwgenting.com.