Terokai dan bermain di dalam dunia penuh keseronokan dan tenaga tanpa henti di pusat arked Resorts World Genting. Daripada pengalaman permainan yang imersif dan cabaran mendebarkan hingga hiburan mesra keluarga dan permainan kompetitif, setiap sudut menjanjikan keseronokan untuk semua. Arked kami menawarkan pengalaman tanpa henti siang dan malam. 

Lebih banyak arked menanti anda di:

  • Lobi First World Hotel: 9 pagi – 1 pagi
  • Studio Plaza: 9 pagi – 8 malam
  • Awana SkyWay (Tingkat 1): 11 pagi – 7 malam

Promotions


**Semua kredit mainan yang dipaparkan adalah termasuk Duti Hiburan.

Maklumat Penting: Pusat Permainan Video Vision City adalah pusat permainan tanpa tunai. Kami hanya menerima jenis pembayaran tanpa sentuh lain seperti Kad Debit dan Kredit, QR Pay, e-Dompet dan Genting Points di kaunter tiket atau kiosk tiket layan diri .

Apakah itu Tap & Play?
Kad Tap & Play ialah sistem pembayaran tanpa tunai yang mudah di mana nilai kewangan disimpan dalam kad untuk digunakan di terminal yang ditetapkan bagi membolehkan pengguna bermain permainan dengan lebih mudah.

Bagaimanakah kad Tap & Play berfungsi?
Untuk bermain, sentuh kad pada pembaca kecil yang ditetapkan pada mesin yang memaparkan ikon Tap & Play. Harga setiap permainan akan ditolak daripada nilai kad.

Di manakah saya boleh menggunakan kad Tap & Play?
Kad Tap & Play boleh digunakan di semua mesin simulasi video, mesin penebusan, permainan kemahiran, tunggangankanak-kanak dan tunggangan kanak-kanak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Di manakah saya boleh membeli kad Tap & Play?
Kad Tap & Play boleh dibeli di kaunter juruwang yang terletak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Bolehkah saya menambah nilai Tap & Play jika kredit tidak mencukupi?
Ya, tetamu boleh menambah nilai di kaunter dan kiosk juruwang yang terletak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Bolehkah baki kredit Tap & Play dikembalikan?
Tidak. Kredit Tap & Play sah selama 90 hari dari aktiviti terakhir. Sebarang baki yang tidak digunakan tidak boleh dikembalikan.

  1. Promosi ini terbuka kepada ahli Genting Rewards sahaja.
  2. Promosi sah dari 22.05 – 07.06.2026.
  3. Ahli yang membeli atau menambah nilai kredit Ezicash bernilai RM300 atau RM500 dalam satu resit di kaunter atau kiosk Vision City/Sky Arcade layak menebus dua (02) hadiah percuma/anak patung plush.
  4. Ahli Genting Rewards perlu menunjukkan visual promosi/laman web ini untuk melayakkan diri menerima hadiah percuma/anak patung plush.
  5. Ahli perlu berjumpa staf bertugas dan menunjukkan resit tambah nilai asal bersama kad Genting Rewards atau kod QR keahlian melalui Aplikasi RWG semasa penebusan.
  6. Penebusan hadiah mesti dibuat pada tarikh tambah nilai yang sama. Resit dari tarikh lain tidak akan diterima.
  7. Penebusan hanya boleh dilakukan di kaunter servis Vision City @ Lower Lobby, Genting Grand dan Sky Arcade @ Skytropolis, Resorts World Genting mengikut waktu operasi biasa.
  8. Ahli boleh memilih pelbagai jenis permainan/plush/alat tulis yang dipamerkan di rak berhampiran kaunter servis.
  9. Setiap ahli layak untuk maksimum satu (0) penebusan sehari.
  10. Semua resit yang dikemukakan akan disahkan dengan cop khas daripada pihak peniaga dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.
  11. Pihak pengurusan berhak meminda terma & syarat hadiah tanpa notis awal.
  12. Hadiah percuma adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.
  13. Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi, diskaun atau tawaran lain serta tidak boleh digunakan bersama baucar lain.
  14. Pihak pengurusan berhak meminda terma & syarat tanpa notis awal.