

KERJA-KERJA PEMBINAAN DAN PEMASANGAN PINTASAN DI KM 11, JALAN BATANG KALI PADA 25 DAN 26 MAC 2025 | Ketahui Lebih Lanjut
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI JALAN ION DELEMEN | Ketahui Lebih Lanjut
Amaran Laman Web Palsu | READ MORE
Amaran Video Penipuan | Ketahui Lebih Lanjut
Pembukaan Semula Laluan B66 Jalan Batang Kali – Genting | Ketahui Lebih Lanjut
Pastikan data anda selamat daripada aktiviti penipuan | Ketahui Lebih Lanjut
Pertukaran talian utama untuk tempahan | Ketahui Lebih Lanjut
Notis Penting: Penggunaan logo dan nama Genting Malaysia Berhad yang tidak mendapat kebenaran untuk aktiviti perjudian atas talian | Ketahui Lebih Lanjut
Keselamatan di Resorts World Genting | Ketahui Lebih Lanjut
Perubahan trafik di Genting Highlands Premium Outlets | Ketahui Lebih Lanjut
Temui Genting’s Highland Heroes! Rakan-rakan berbulu dan comel – Tabby the Tiger, Allie the Elephant, Joe the Orangutan, Benny the Entertainer, Callie the Dragon, dan Geno the Dinosaur bersedia untuk tunjukkan sisi mereka yang tidak pernah diperlihatkan kepada orang ramai. Bersedia untuk sesi meet & greet, aktiviti menyeronokkan, dan keajaiban yang akan membuatkan lawatan anda benar-benar diingati.
Lokasi: Lobi Hotel Genting SkyWorlds
Waktu: Setiap Sabtu dan Ahad 1:30 petang & 2:30 petang
Lokasi: Taman Tema Indoor Skytropolis
Waktu: Setiap Jummat hingga Ahad 2:30 petang, 3:30 petang, 4:30 petang & 5:45 petang
* Masa penampilan karakter tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
MoonBunny adalah dunia yang penuh dengan watak yang menceriakan di permukaan Bulan, di mana pengembaraan magik menanti bersama stesen angkasa, tumbuhan bercahaya dan langit malam yang terang.
Dunia di mana rakan-rakan MoonBunny PING, ZOOSIE, ZINK, TIKA, dan MOJO menghadapi pengembaraan yang ceria dan pengalaman menyeronokkan setiap hari. Setiap MoonBunny boleh dikenal pasti melalui warna tersendiri, kekuatan, dan personaliti, mereka semua memakai helmet merah dengan antena.
Peranti istimewa ini membenarkan rakan-rakan MoonBunny untuk berkomunikasi dengan satu sama lain apabila mereka berjauhan. Helmet ini berfungsi sebagai konduktor untuk tenaga yang kuat apabila ia diperlukan untuk menghidupkan stesen angkasa, membawa tetamu dari kapal angkasa khas untuk parti, atau membawa kegembiraan dalam pesta di bulan ke tahap yang paling meriah. MoonBunny sentiasa seronok, bersemangat dan tidak pernah mengecewakan anda. Setiap kali anda memerlukan harapan dan semangat, dunia MoonBunny adalah destinasi anda.
PING
Ping adalah ketua terbaik dan dia adalah harapan rakan-rakannya. Kecerahan bulu putihnya membuatkan dia bersinar terang dikalangan semua. Apabila perkara yang tidak diingini berlaku, Ping sentiasa mempunyai rancangan dan bekerjasama dengan rakannya. Dia juga suka berseronok dengan alunan muzik dan menari kerana dialah yang selalunya akan memulakan parti bersama-sama!
ZOOSIE
Zoosie adalah MoonBunny yang lucu, ceria dan selalu melihat kebaikan dalam segala perkara! Warna fuchsia nya yang terang sesuai dengan personaliti yang ceria dan riang. Dia selalu dapat dilihat sedang menyanyi dan menari dengan rentaknya sendiri. Dia selalu memainkan lagu-lagu cinta kerana Zoosie adalah seekor MoonBunny yang romantik.
ZINK
Zink sangat suka bermain, lucu dan nakal. Dengan bulu hijau terang dan personalitinya yang ceria, dia selalu membuat rakan-rakan MoonBunny nya ketawa, walaupun dalam saat-saat yang genting! Selain itu, Zink amat menjaga persekitaran dan sentiasa kehadapan untuk melindungi semua makhluk dan alam semula jadi.
TIKA
Tika terkenal dengan kepintaran dan sifat keterbukaannya! Bulu orennya juga sesuai dengan semangat dan sifatnya. Dia adalah MoonBunny yang penyayang dan juga gemar untuk berlatih dan belajar. Tika selalu teruja untuk menerokai benda-benda baharu, membuatkannya seorang yang pakar dalam menyelesaikan masalah dan teka-teki.
MOJO
Dengan bulu birunya yang kelihatan ranggi, Mojo adalah MoonBunny dengan penampilan dan sifat yang sangat santai, tetapi jangan terpedaya dengannya! Dia akan selalu bersedia untuk apa-apa cabaran yang mendatang dan selalu membuat kejutan dimana sahaja dia pergi. Sama ada di dalam sukan lasak, atau penerokaan tempat baharu, Mojo selalu mengajak rakannya untuk berseronok bersama-sama.
KEKAL BERHUBUNG
Dapatkan berita dan perkembangan eksklusif terkini
© 2025 Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U). All Rights Reserved.
This website uses cookies. By continuing to use our website, you are agreeing to the use of cookies.
Accept and Close