Penyata Pemprosesan Data Peribadi


Penyata Pemprosesan Data Peribadi (“PPDP”) ini disediakan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan Tataamalan Umum Perlindungan Data Peribadi dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. PPDP menetapkan polisi dan prosedur Kumpulan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berkenaan dengan (1) Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah), (2) sumber Data Peribadi anda, (3) persetujuan anda, (4) tujuan penggunaan dan/atau pemprosesan (seperti yang ditakrifkan di bawah) Data Peribadi anda, (5) penzahiran Data Peribadi, dan (6) hak-hak anda di bawah Akta.

ANDA MESTI MEMBACA DAN MEMAHAMI PERUNTUKAN PPDP INI SEBELUM ANDA MENDEDAHKAN MANA-MANA DATA PERIBADI ANDA KEPADA KUMPULAN.

1. Definisi

1.1 “Personel Yang Diberi Kuasa” ertinya konsultan, penasihat, pembekal, pembekal perkhidmatan, ejen, kontraktor bebas, pekerja dan/atau kakitangan Kumpulan yang telah dan/atau bakal dilantik oleh Kumpulan dari semasa ke semasa untuk menjalankan, memenuhi, melaksanakan dan melakukan mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Perenggan 4 di sini, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya. Sebagai penjelasan, Personel Yang Diberi Kuasa adalah termasuk entiti-entiti yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia atau mana-mana bidangkuasa lain.

1.2 “Kumpulan” ertinya Genting Malaysia Berhad dan/atau syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutunya, dan syarikat-syarikat yang mengguna atau mungkin mengguna jenama “Genting” dan/atau “Resorts World”, tidak kira sama ada syarikat (atau syarikat-syarikat) itu diperbadankan di dalam atau luar Malaysia (secara kolektif dikenali sebagai “Sekutu”). Sebarang rujukan kepada “Kumpulan” dalam PPDP adalah merujuk kepada Genting Malaysia Berhad dan/atau Sekutunya, sekiranya berkenaan.

1.3 “Data Peribadi” ertinya data peribadi yang ditaksirkan dalam Akta, termasuk tanpa batasan nama anda, nama samaran, umur, jantina, tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, akaun bank, rakaman CCTV dan audio, imej, data biometric, gambar, pendapat, komen, pertanyaan, maklum balas, maklumat berkaitan dengan program dan/atau pakej yang anda telah sertai, data peribadi sensitif seperti agama, keadaan kesihatan (termasuk maklumat berkaitan penyakit berjangkit atau menular seperti ujian COVID-19 dan/atau rekod-rekod vaksinasi tersedia) yang tersedia pada masa yang berkaitan, dan apa-apa data peribadi yang telah dan/atau mungkin dikumpul, disusun, direkod, diterima, diguna, disimpan, dalam milikan, diproses, diselenggara, dikekal, dizahirkan dan/atau ditangani oleh Kumpulan dan/atau dizahirkan kepada Kumpulan (secara kolektif dikenali sebagai "Memproses") dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Kumpulan dari semasa ke semasa.

2. Sumber Data Peribadi (termasuk data peribadi sensitif) dan Persetujuan

2.1 Kumpulan akan dan mungkin mengumpul serta memperolehi Data Peribadi anda apabila anda memberi Data Peribadi anda kepada Kumpulan dalam apa-apa cara atau bentuk termasuk yang berhubungan dengan apa-apa transaksi dan/atau pertanyaan yang dibuat dengan Kumpulan atau atas permintaan daripada Kumpulan. Kumpulan juga akan Memproses Data Peribadi anda yang dikumpul daripada borang permohonan, tempahan, dokumen transaksi, pertanyaan, cookie, domain awam, perbualan lisan, surat-menyurat dan apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Kumpulan dari semasa ke semasa, termasuk tanpa batasan apabila anda mendaftar di dan/atau memasuki laman web, laman-laman web rangkaian sosial, aplikasi-aplikasi dan/atau blog-blog Kumpulan dan/atau mengambil bahagian dalam apa-apa acara atau aktiviti Kumpulan yang mungkin anda sertai pada bila-bila masa dan untuk apa-apa tujuan.

2.2 Kumpulan juga akan Memproses Data Peribadi anda yang diperolehi atau dimuat turun daripada domain awam dan/atau dibekalkan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak penguatkuasa dan perundangan dan pengendali kasino yang lain (sama ada di dalam dan/atau di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Personel Yang Diberi Kuasa), untuk tujuan yang relevan pada masa itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekalan perkhidmatan Kumpulan (contohnya, melakukan semakan yang bersesuaian dan penilaian risiko untuk memudahkan pembekalan perkhidmatan dan/atau kemudahan yang telah atau bakal dibekalkan oleh Kumpulan), mematuhi syarat-syarat perjanjian dan/atau untuk mematuhi atau memenuhi prosedur operasi standard yang berkaitan, obligasi-obligasi undang-undang dan kawal sedia Kumpulan.

3. Persetujuan anda dan Persetujuan Penjaga (seperti yang ditakrifkan berikutnya)

3.1 Persetujuan anda dan/atau perjanjian kepada Kumpulan untuk Memproses Data Peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif seperti tertakrif di dalam Akta) menurut PPDP ini (termasuk pemindahan Data Peribadi ke mana-mana bidangkuasa selain daripada Malaysia) diberi:

(a) apabila menerima persetujuan nyata anda, sama ada secara bertulis atau lisan;
(b) jika anda memberi Data Peribadi anda kepada Kumpulan secara sukarela;
(c) jika anda tidak membantah Pemprosesan Data Peribadi anda.

3.2 Jika anda terus (1) melawat dan/atau melayari laman-laman web, laman-laman rangkaian social dan/atau aplikasi-aplikasi, atau (2) menggunakan, mengekalkan, mengambil bahagian, menikmati atau menggunakan mana-mana satu atau lebih perkhidmatan dan/atau kemudahan yang ditawarkan pada masa kini dan/atau mungkin ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada bilik-bilik hotel, makanan dan minuman, taman-taman tema, program-program kesetiaan pelanggan, produk-produk, barang-barangan, utiliti-utiliti, perkhidmatan-perkhidmatan, kemudahan-kemudahan, acara-acara, aktiviti-aktiviti, promosi-promosi, program-program, pakej-pakej, alatan-alatan, peralatan-peralatan, yang telah atau mungkin dibekalkan, diperkenalkan, disediakan atau ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa dan/atau pada setiap satu masa (secara kolektif dirujuk sebagai “Perkhidmatan & Kemudahan”) dengan cara apa pun dan/atau untuk apa-apa tujuan.

Melainkan anda memaklum Kumpulan tentang hasrat anda untuk mengehadkan hak-hak Kumpulan untuk Memproses Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda seperti yang dinyatakan di sini, ianya dianggap bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju kepada Kumpulan Memproses dan/atau terus Memproses Data Peribadi anda.

3.3 Kumpulan tidak mengumpul Data Peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan daripada ibu bapa, penjaga, atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas kanak-kanak tersebut (secara kolektif dirujuk sebagai “Penjaga”). Sekiranya Kumpulan mendapati bahawa Data Peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun telah dikumpul untuk apa-apa sebab dan/atau melalui mana-mana saluran tanpa persetujuan yang diperlukan dari mana-mana Penjaga direkodkan, Kumpulan akan menghubungi Penjaga kanak-kanak tersebut dan/atau mengambil langkah-langkah yang Kumpulan difikir sesuai untuk mendapatkan persetujuan yang diperlukan dan sekiranya gagal, untuk mengeluarkan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dari rekod atau pangkalan data Kumpulan dalam masa yang munasabah.

4. Tujuan Pemprosesan

4.1 Kumpulan mungkin Memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana satu atau lebih tujuan-tujuan yang disenaraikan seperti berikut (secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”), iaitu:-

(a) Untuk Memproses permohonan anda dan/atau borang dan/atau pembelian mana-mana satu atau lebih Perkhidmatan & Kemudahan;
(b) Untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
(c) Untuk memberi respons kepada soalan-soalan dan komen-komen anda oleh Kumpulan;
(d) Untuk menyediakan Perkhidmatan & Kemudahan dan maklumat berkaitan yang anda minta atau berminat dari semasa ke semasa;
(e) Untuk tujuan pentadbiran;
(f) Untuk memaklumkan apa-apa perubahan kepada Perkhidmatan & Kemudahan kami yang anda mungkin berminat atau boleh mempengaruhi anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
(g) Untuk memasarkan dan mempromosikan Perkhidmatan & Kemudahan yang anda mungkin berminat dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
(h) Untuk Memproses dan menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan individu-individu yang lain (termasuk syarikat-syarikat);
(i) Tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan, untuk memantau, dan/atau menilai kecergasan, kelayakan dan kewajaran anda untuk memasuki, menyertai, membeli, mengambil bahagian, menikmati atau mengguna mana-mana Perkhidmatan & Kemudahan (sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung), termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan pada setiap masa yang berkaitan;
(j) Tertakluk kepada Perenggan 7 di sini, bagi tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian yang mungkin tersedia pada masa yang berkaitan;
(k) Bagi tujuan-tujuan lain yang difikirkan patut oleh Kumpulan dan/atau tujuan-tujuan lain yang akan disenaraikan dalam dokumen-dokumen berkaitan atau relevan kepada anda;
(l) Untuk membekalkan dan/atau mengesahkan Data Peribadi anda, menjalankan semakan keselamatan dan kewangan dan penilaian risiko dengan pengendali kasino yang lain, pembekal perkhidmatan, bank, pihak berkuasa, kehakiman dan pihak berkuatkuasa bagi tujuan memudahkan atau memproses sebarang transaksi kewangan anda;
(m) Bagi pencegahan, penyiasatan dan/atau pengesanan penipuan oleh personel yang diberi kuasa dalaman dan/atau luaran dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan;
(n) Untuk pengesanan, pencegahan dan/atau penyiasatan jenayah oleh personel yang diberi kuasa dalaman dan/atau luaran dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk tanpa batasan rakaman pengawasan imej anda;
(o) Untuk pelaporan dan/atau Pemprosesan dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(p) Bagi tujuan Kumpulan mematuhi dan menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang di Malaysia dan/atau luar Malaysia seperti keperluan pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLA”) dan Akta Pendaftaran Tetamu 1965;
(q) Kenalan dan menghadkan pergerakan semua individu keluar masuk premis hakmilik kami, termasuk tanpa batasan, anda, tetamu, pembekal, kontraktor dan penyewa kami, sekiranya terdapat individu atau kontak rapat yang diuji positif untuk sebarang penyakit berjangkit atau menular;
(r) Untuk memantau, menilai, mengakses dan/atau mengambil tindakan yang bersesuaian berkenaan dengan penyakit berjangkit dan/atau menular, termasuk tanpa batasan, rekod dan/atau status saringan COVID-19 dan/atau vaksinasi dan/atau keadaan kesihatan anda jika diperlukan oleh undang-undang atau mengikut keperluan yang mungkin ditetapkan oleh Kumpulan pada masa yang berkaitan;
(s) Membantu dan memberikan maklumat yang relevan kepada pihak berkuasa untuk menyokong usaha pengesanan kontak rapat untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit atau menular jika diperlukan oleh undang-undang;
(t) Untuk dikongsi dengan pihak berkuasa yang berkenaan jika diperlukan oleh undang-undang dari semasa ke semasa untuk intervensi perubatan dan pentadbiran; atau
(u) Untuk tujuan lain yang mungkin diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang di dalam dan di luar Malaysia, termasuk undang-undang yang berkaitan dengan keterangan.

4.2 Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Perenggan 4.1 (a) hingga Perenggan 4.1 (l) di atas adalah secara sukarela dan secara pilihan. Walau bagaimanapun, kegagalan memberi Data Peribadi yang diminta atau apa-apa yang mengehadkan Kumpulan untuk Memproses Data Peribadi itu boleh mengakibatkan Kumpulan (a) tidak dapat memproses permohonan/borang berkenaan; (b) tidak dapat menyediakan seluruh atau sebahagian Perkhidmatan & Kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan kepada anda secara berterusan; (c) tidak dapat menyediakan Perkhidmatan & Kemudahan setakat yang dinyatakan dalam bahan-bahan promosi Kumpulan; dan/atau (d) tidak dapat menyediakan mana-mana Perkhidmatan & Kemudahan baru yang mungkin dibekalkan, diperkenalkan, disediakan atau ditawarkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa; dan/atau (e) untuk menghentikan, membatalkan, menarik balik dan/atau menamatkan penyediaan Perkhidmatan & Kemudahan tanpa notis terlebih dahulu.

4.3 Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Perenggan 4.1 (m) hingga Perenggan 4.1 (t) di atas adalah mandatori dan kegagalan atau keengganan anda untuk memberi Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut boleh menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang dan/atau Kumpulan mungkin dengan serta-merta menghentikan hubungan atau menamatkan peruntukan atau pembekalan Perkhidmatan & Kemudahan kepada anda tanpa notis terlebih dahulu.

4.4 Sekiranya anda memutuskan untuk melawat mana-mana premis hakmilik kami dan tidak memberikan data bagi tujuan yang tersenarai dalam Perenggan 4.1 (q) hingga Perenggan 4.1 (t) di atas, kami berhak untuk menolak kemasukan anda ke premis hakmilik kami.

5. Penzahiran Data Peribadi

5.1 Bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam ini dan untuk memudahkan penyediaan pelbagai Perkhidmatan & Kemudahan kepada anda, Kumpulan mungkin berkongsi dengan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda kepada:-

(a) entiti-entiti lain di dalam Kumpulan;
(b) Personel Yang Diberi Kuasa Kumpulan;
(c) mana-mana orang di bawah kewajipan sulit kepada Kumpulan;
(d) mana-mana penerima serah hak sebenar atau yang dicadangkan, penerima hakmilik, calon, peserta atau sub-peserta kepada Kumpulan yang mungkin diwujudkan menurut apa-apa transaksi, urus niaga, kontrak dan/atau perjanjian yang mungkin dimasukkan oleh Kumpulan dari semasa ke semasa (sama ada secara bertulis atau tidak);
(e) ahli-ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada Kumpulan dari semasa ke semasa dan/atau hubungan sedemikian yang dikekalkan, disimpan atau tersedia dalam rekod Kumpulan pada masa yang berkaitan; dan
(f) pengawalselia dan pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan/atau kerajaan; termasuk tanpa batasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) atau orang-orang yang diberi kuasa termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai diberi kuasa seperti yang ditaksirkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, hospital, klinik kesihatan, pusat vaksinasi dan/atau pegawai-pegawai kesihatan untuk tujuan pelaporan.

5.2 Kumpulan juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda seperti yang diwajibkan oleh undang-undang atau jika penzahiran adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau mahkamah.

6. Pemindahan, Pemprosesan dan/atau Penyimpanan Data Peribadi di Bidangkuasa Lain

6.1 Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, dan/atau Diproses dalam mana-mana bidangkuasa selain Malaysia oleh Kumpulan dan/atau Personel yang diberi kuasa untuk tujuan yang ditetapkan dalam Perenggan 4 di sini.

6.2 Tertakluk kepada Perenggan 4.2 dan Perenggan 4.3 di sini, anda boleh meminta untuk mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi anda dalam bidang kuasa di luar Malaysia.

7. Hak untuk Mengehadkan Pemprosesan dan Hak untuk Menghalang Pemprosesan untuk Pemasaran Langsung

7.1 Tertakluk kepada Perenggan 4.2 dan Perenggan 4.3 di sini, sekiranya anda:

(a) ingin mengubah dan/atau mengehadkan cara di mana Kumpulan dibenarkan Memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini;
(b) menarik balik persetujuan anda untuk Kumpulan Memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini;
(c) tidak ingin menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada Kumpulan; atau
(d) ingin Kumpulan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau sebarang tujuan pemasaran langsung; atau

anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis kepada alamat atau alamat emel seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 11 di bawah.

7.2 Apabila anda melawat mana-mana laman-laman web dan/atau aplikasi-aplikasi Kumpulan untuk apa-apa tujuan, beberapa maklumat mengenai komputer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web, dan laman-laman web yang dirujuki akan dikumpulkan secara automatik. Maklumat itu hanya digunakan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan untuk mengenal pasti bahagian yang perlu ditambah baik dalam laman web dan/atau aplikasi-aplikasi Kumpulan.

7.3 Sebagai pelawat ke laman web Kumpulan, anda mungkin diperuntukan satu fail cookie kekal pada pemacu cakera keras komputer anda. Anda berhak memilih untuk tidak menerima fail cookie dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak cookie atau memberi isyarat sebelum menerima cookie. Dengan tidak menerima cookie, anda mungkin tidak dapat mengakses perkhidmatan dan peralatan tertentu yang ditawarkan di laman web.

8. Integriti, Akses dan Pembetulan Data Peribadi

8.1 Kumpulan mengambil langkah-langkah untuk memastikan Data Peribadi anda Diproseskan mengikut butiran yang telah atau mungkin diberikan, dikemas kini, diubahsuai dan/atau dibetulkan oleh anda dari semasa ke semasa.

8.2 Anda boleh memohon untuk mengakses, membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kumpulan di alamat atau alamat emel yang tercatat dalam Perenggan 11 di bawah.

8.3 Berkenaan hak anda untuk mengakses, membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda, Kumpulan mempunyai hak untuk:-

(a) menolak permintaan anda untuk mengakses, membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda mengikut cara yang diperuntukan dalam Akta, seperti perbelanjaan untuk permintaan sedemikian tidak setimpal dengan risiko kepada privasi anda, atau hak pihak lain juga akan tergugat, antara sebab lain.
(b) menolak permintaan anda untuk mengakses, membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah Akta, termasuk di mana Data Peribadi anda diproses oleh Kumpulan untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan dan menyediakan akses kepada anda dan/atau hak untuk membetulkan dan/atau mengemas kini terhadap Data Peribadi anda mungkin memprejudiskan pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut oleh Kumpulan;
(c) mengenakan fi yang dibenarkan di bawah Akta bagi memproses permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda; dan
(d) Walaupun akses diberikan kepada anda atau sebarang pembetulan/pengemaskinian yang dilakukan terhadap Data Peribadi anda, PPDP ini hendaklah terus menjadi sah dan berkesan pada setiap masa.

9. Keselamatan Data Peribadi

Kawalan-kawalan, cara-cara dan langkah-langkah diambil oleh Kumpulan untuk melindungi Data Peribadi yang Diproseskan oleh Kumpulan dan/atau Personel Yang Diberi Kuasa (termasuk pemindahan Data Peribadi keluar dari Malaysia) dimana kawalan-kawalan, cara-cara dan langkah-langkah tersebut tertakluk kepada semakan semula dari semasa ke semasa.

10. Penyimpanan Data Peribadi

10.1 Data Peribadi anda akan disimpan oleh Kumpulan selagi ianya diperlukan dan suai manfaat untuk memenuhi mana-mana satu atau lebih Tujuan-Tujuan seperti yang dinyatakan di sini seperti yang diperlukan (sama ada secara tersirat atau nyata) bagi keperluan pengawalseliaan, keperluan undang-undang dan perakaunan dan/atau dasar-dasar dan prosedur-prosedur Kumpulan.

10.2 Di mana-mana yang berkenaan, tempoh penyimpanan akan bermula dari tarikh permintaan anda untuk menarik balik dan/atau mengehadkan Proses Data Peribadi anda mengikut PPDP yang diterima dan diuruskan oleh Kumpulan.

10.3 Kumpulan akan, dalam masa yang munasabah, mengambil langkah-langkah sedemikian dan proses untuk mengeluarkan, memadam, memusnahkan dan/atau membatalkan Data Peribadi anda apabila tamat tempoh penyimpanan yang berkenaan.

11. Pertanyaan dan Cara Hubung
Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda boleh meminta untuk (1) mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi anda; (2) menarik balik persetujuan anda untuk Memproses Data Peribadi anda; (3) mengakses, membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda atau (4) membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi kakitangan berikut:-

Ketua Jabatan
Jabatan Pematuhan, Genting Malaysia Berhad
Resorts World Genting,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.

No. Tel: +603-61059439
E-mel: pdp@rwgenting.com

Waktu Bekerja Jabatan Pematuhan
Isnin hingga Jumaat: 9:00pagi hingga 6:00petang
Tutup pada Hujung Minggu, Cuti Umum Kebangsaan dan Negeri Pahang (Termasuk Cuti Umum Gantian)

Dikemaskini dan berkuatkuasa pada 9 Januari 2024

 

Syarat-Syarat Tambahan:

(1) Kumpulan berhak untuk meminda PPDP ini dari semasa ke semasa atas sebab perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan anda dianggap telah bersetuju terhadap pemindaan tersebut sekiranya anda masih mengekalkan perhubungan dengan Kumpulan tanpa sebarang bantahan.

Anda dialu-alukan untuk mendapatkan versi terbaru PPDP ini dari laman web Kumpulan atau dari kaunter perkhidmatan pelanggan kami.

(2) Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan lain untuk PPDP ini, maka versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan terpakai.

(3) Sila ambil perhatian bahawa alamat e-mel yang ditetapkan di atas adalah khusus untuk perkara berkaitan data peribadi. Untuk sebarang pertanyaan yang lain, sila merujuk ke laman web www.rwgenting.com.