Lanjutan Status Peringkat Genting Rewards

 

Sah sehingga 31.12.2024     

 
Berita gembira untuk 2024! 
 
Kami mempunyai lagi satu tahun berbaki untuk tawaran Tiada Penurunan Peringkat & Tiada Tamat Tempoh bagi Genting Points.
 
Genting Points anda masih sah untuk tahun ini! Jangan risau tentang kehilangan peringkat atau tamat tempoh Genting Points, kerana anda boleh dapatkan serendah 1 GP dengan mudah bagi melanjutkan pengesahan selama tiga tahun lagi!
 
Bertindak sekarang, raih Tier Points yang diperlukan untuk kekalkan status keahlian sehingga tahun 2025!
Jenis Kad
(sewaktu 31 Disember 2023)
Status Keahlian
Classic/ SkyClassic
  • Status dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024
  • Ahli boleh menaik taraf ke Silver / SkySilver dengan mendapatkan 100TP
Silver/ SkySilver
  • Status dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024
  • Ahli boleh menaik taraf ke Silver / SkySilver dengan mendapatkan 300TP
Gold/ SkyGold
  • Status dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024

Saya perlu tukar kad saya untuk menikmati lanjutan ini?
Tidak. Anda boleh menikmati faedah di peringkat sekarang dengan menggunakan kad keahlian sedia ada.

Boleh saya menaik taraf keahlian saya pada 2023?
Ya! Anda akan dinaik taraf apabila anda mencapai tahap Tier Points bagi setiap peringkat. Perkara ini terpakai untuk penaiktarafan ke Status Silver dan Gold.

Saya sedia untuk menaik taraf peringkat.Adakah saya perlukan kad yang baharu?
Tahniah atas penaiktarafan anda! Ya, sila berhubung dengan staf Genting Rewards dan kami sdengan berbesar hati akan memberikan kad yang baharu berdasarkan status peringkat anda.

Adakah saya perlu mengumpul Tier Points pada 2024 untuk mengekalkan status keahlian bagi tahun berikut?
Ya. Perlanjutan ini hanya ditawarkan sekali sahaja dan sah sehingga 31 Disember 2024. Kajian Peringkat Tahunan bagi pengkelasan keahlian akan berlangsung semula pada tarikh ini. Jumlah Tier Points  anda pada tahun 2024 akan menentukan status anda pada tahun 2025.

  1. Pas percuma 1 tahun ini untuk mengekalkan status keahlian anda sehingga 31 Disember 2024 adalah terpakai kepada semua ahli Genting Rewards Silver/SkySilver, Gold/SkyGold dan Platinum.
  2. Ahli akan digalakkan untuk meraih Tier Points untuk tujuan penaiktarafan.
  3. Ahli masih perlu mendapatkan Tier Points pada tahun 2024 untuk mematuhi struktur keahlian bagi tahun berikutnya.
  4. Pembahagian Peringkat kekal sama pada 100TP bagi Silver/SkySilver, 300TP bagi Gold/SkyGold, dan 10,000TP bagi Platinum (melalui jemputan).
  5. Penggantian kad yang hilang akan dikenakan caj sama ada pemotongan GP atau pembayaran tunai.
  6. Genting Points akan kekal sah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perolehan mata sama ada melalui gaming atau non-gaming. Jika tiada aktiviti perolehan mata direkodkan dalam tempoh tiga (03) tahun, baki mata yang telah dikumpul akan tamat tempoh secara automatik pada hari ke-28 pada bulan kelahiran ahli. 
  7. Pada 2024, sistem tamat tempoh Genting Points akan diberhentikan buat sementara waktu; walaubagaimanapun ahli dikehendaki untuk meraih 1GP pada tahun tersebut bagi melanjutkan tempoh sah. Sistem tamat tempoh standard akan diteruskan pada tahun 2025. Sebagai peringatan, Genting Points mempunyai jangka hidup selama tiga tahun dari tempoh perolehan mata, sama ada melalui gaming atau non-gaming. Jika tiada aktiviti perolehan mata direkodkan dalam tempoh tiga (03) tahun, baki mata yang telah dikumpul akan tamat tempoh secara automatik pada hari ke-28 pada bulan kelahiran ahli.
  8. Faedah yang diberikan kepada ahli adalah tidak boleh dipindah milik dan mereka perlu hadirkan diri mereka bersama-sama dengan kad Genting Rewards untuk nikmati faedah-faedah berikut. 
  9. Genting Malaysia Berhad (GENM) berhak untuk membatalkan, meminda atau mengubah suai mana-mana kandungan terma dan syarat (seperti yang mungkin disemak oleh GENM dari semasa ke semasa) mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal kepada ahli.