Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan anda yang berterusan, kami menjemput anda untuk mendaftarkan kenderaan melalui pautan di bawah dan menikmati kemudahan Complimentary Drive to the Top di laluan LPR kami. Daftar lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar dan mudah.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kami — kami menantikan kehadiran anda tidak lama lagi!
Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di laman web RWG
Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun anda di laman web Resorts World Genting (RWG): klik di sini
Langkah 2: Pergi ke bahagian “Register for LPR Lanes”
Langkah 3: Masukkan nombor plat kenderaan anda
Langkah 4: Baca FAQ dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan T&S
Langkah 5: Masukkan semula nombor plat kenderaan untuk pengesahan
Langkah 6: Semak dan pastikan nombor plat adalah tepat sebelum dihantar
Langkah 7: Selepas dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan laluan LPR
Langkah 8: Kini anda boleh melihat nombor plat kenderaan yang didaftarkan di halanman profil anda
Nota: Pendaftaran atau kemas kini maklumat kenderaan baharu mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan di dalam sistem.
Panduan: Cara mendaftarkan Nombor Plat Kenderaan di Aplikasi RWG
Langkah 1: Pergi ke bahagian “Profile” selepas log masuk ke aplikasi.
Langkah 2: Tekan “LPR Lanes Registration”.
Langkah 3: Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
Langkah 4: Baca Soalan Lazim (FAQ) dan Terma & Syarat (T&S) untuk maklumat lanjut, kemudian tandakan kotak persetujuan.
Langkah 5: Masukkan semula nombor pendaftaran kenderaan untuk pengesahan.
Langkah 6: Semak dan pastikan nombor pendaftaran kenderaan adalah tepat sebelum menghantar permohonan
Langkah 7: Setelah dihantar, kenderaan anda akan didaftarkan untuk penggunaan laluan LPR
Langkah 8: Anda kini boleh melihat nombor pendaftaran kenderaan yang telah didaftarkan di halaman profil anda.
Nota: Pendaftaran atau kemas kini maklumat kenderaan baharu mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan di dalam Sistem Caj Jalan dan sistem Pengecaman Plat Lesen (LPR)