Tempat Letak Kereta


Tempat letak kereta boleh didapati di pelbagai lokasi di sekitar resort.

 

Peta Lokasi

Parkir kami kini menawarkan pilihan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya. Bayaran parkir untuk 30 minit pertama adalah percuma di semua parkir yang disenaraikan di bawah. Khidmat joki kereta boleh didapati di Genting Grand, Highlands Hotel dan Crockfords. 

Cara Pembayaran

 Touch N’ Go
 (tiada baki minimum diperlukan untuk kad yang sah) 
 Visa, Mastercard & MyDebit  Kemasukan Bertiket 
 First World Hotel 
 Resort Hotel 
 Highlands Hotel 
 Genting Grand 
 Crockfords 
 Resorts World Awana 
 SkyAvenue 
 Awana SkyCentral 
 Genting Highlands Premium Outlets 

 

Kadar Parkir (berkuat kuasa 17.02.2025)

  • Resort Hotel, Highlands Hotel, Genting Grand, First World Hotel, SkyAvenue

 Tempoh

 Isnin – Jumaat  Hujung minggu, Cuti umum dan Cuti sekolah 
 2 jam pertama atau sebahagiannya 
RM3
RM5 
 3 jam atau sehingga kadar maksimum harian  RM11 
 RM17 

 

  • Genting Highland Premium Outlet (Parkir Awam)
  Tempoh Isnin - Jumaat  Hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah 
 3 jam pertama atau sebahagiannya 
RM7
RM10
 4 jam atau sehingga kadar maksimum harian  RM15 
 RM21 

 

  • Genting Highlands Premium Outlets (Parkir Premium)  
 Tempoh  Isnin – Jumaat  Hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah 
 Jam pertama  RM13  RM14 
 Jam berikutnya  RM3  RM4 
                   Kadar maksimum harian                    RM28  RM34 

Bagaimana untuk saya parkir secara percuma?
Parkir adalah percuma untuk ahli Genting Rewards Platinum, Gold dan SkyGold sahaja. Untuk menikmati parkir percuma, leret atau ketik kad Genting Rewards Platinum, Gold atau SkyGold yang sah di pintu masuk dan keluar tempat parkir. Anda tidak perlu untuk mengambil tiket parkir.

Apakah tempoh masa untuk keluar daripada tempat parkir?
Selepas anda mengesahkan tiket parkir anda, sila ambil kenderaan dan keluar dari tempat parkir dalam masa 30 minit.

Saya kehilangan kad Touch N’ Go/ Visa/ Mastercard/ MyDebit yang saya gunakan untuk memasuki tempat parkir. Apa perlu saya buat?
Denda sebanyak RM100 akan dikenakan. Kami juga menasihatkan untuk anda membuat laporan pembatalan/kehilangan kad dengan segera kepada bank/ Touch N’ Go anda.

Adakah servis valet tersedia?
Servis berbayar ini ada tersedia di Genting Grand, Hotel Highlands, Genting SkyWorlds dan Crockfords.

 

Langkah 1: Sentuh kad anda di bawah pembaca skrin. Skrin akan bertukar biru apabila disahkan.

Langkah 2: Gantri parkir akan dibuka. Sila letakkan kereta dan pastikan anda telah mengambil barang-barang anda.

Langkah 3: Gunakan kad yang sama dan sentuh ketika hendak keluar. Skrin akan bertukar biru apabila diterima.

Langkah 4: Gantri parkir akan dibuka. Sila keluar dan pandu dengan selamat.