Undilah Kami di Putra Brand Awards! 

Terima kasih atas sokongan berterusan anda, kami kembali dengan pencalonan yang berprestij daripada Putra Brand Awards! Resorts World Genting kini tercalon dalam kategori Pengangkutan, Pengembaraan & Pelancongan (Transportation, Travel & Tourism), manakala Taman Tema Genting SkyWorlds termasuk di dalam kategori Hiburan & Rekreasi (Entertainment & Leisure). Berikan sokongan anda untuk kami membawa pulang kemenangan ini. Setiap undian anda amatlah bermakna.

Cara Mengundi

Proses mengundi adalah sangat mudah dan pantas:

Langkah 1Layari Laman Pengundian Putra Brand Award
Langkah 2Isi maklumat peribadi anda
Langkah 3

Sila pilih “Entertainment & Leisure” dan “Transportation, Travel & Tourism”, serta satu lagi kategori pilihan anda

Langkah 4Lengkapkan borang dan hantar

Undi Sekarang

Dengan melayari laman web berikut, anda bersetuju bahawa data anda mungkin akan dikumpulkan dan diproses oleh pihak ketiga.