Resorts World Genting kini di WhatsApp!

Memperkenalkan cara yang baharu dan lebih lancar untuk menghubungi kami.

Seiring dengan misi kami untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan mesra kepada tetamu dan pengunjung kami, kini anda boleh menghubungi kami secara terus pada bila-bila masa, di mana jua hanya dengan satu pesanan mesej.

Cara untuk Mengenal Pasti Akaun WhatsApp Rasmi Resorts World Genting

  • Nombor Urusan Rasmi : +603 2333 3144
  • Nama Akaun Yang Sah: Resorts World Genting dengan lencana disahkan (verified badge) bersebelahan nama akaun, sebagai bukti bahawa ini adalah akaun rasmi yang sah.
  • Terma Penafian: Anda akan melihat mesej “Sembang ini adalah dengan akaun disahkan Resorts World Genting. Ketahui lebih lanjut”

Hubungi kami pada bila-bila masa, di mana jua.

  • Apakah jenis-jenis mesej yang saya akan terima?
    Anda akan menerima pesanan mesej seperti peringatan penting, kemas kini terkini, promosi terkini Resotrs World Genting dan jawapan kepada soalan-soalan anda.
  • Adakah terdapat bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini?
    Tiada sebarang pembayaran dikenakan untuk menerima mesej dari Resorts World Genting.
  • Bagaimana saya boleh pastikan ia adalah mesej rasmi daripada Resorts World Genting melalui WhatsApp?
    Akaun WhatsApp rasmi Resorts World Genting mempunyai lencana disahkan (verified badge) bersebelahan nama akaun “Resorts World Genting”. Juga memaparkan “Akaun perniagaan Meta Verified” atau “Akaun perniagaan biasa” pada profil akaun. Nombor perniagaan rasmi kami adalah 03 2333 3144. Jangan berikan sebarang respon kepada mesej daripada akaun WhatsApp yang tidak disahkan.
  • Adakah WhatsApp Messaging selamat?
    Ya, maklumat yang diberikan melalui WhatsApp dijamin selamat dengan penyulitan hujung ke hujung.
  • Adakah perkhidmatan WhatsApp Messaging ini beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu?
    WhatsApp Messaging kami menggabungkan perkhidmatan G.I.V.A., Pembantu Maya AI Generatif Resorts World Genting, tersedia 24 jam sehari untuk membantu anda.
  • Adakah saya akan menerima mesej secara kerap daripada Resorts World Genting, dan bolehkah saya batalkan langganan?
    Ahli Resorts World Genting yang terpilih berdasarkan kempen pemasaran tertentu akan menerima peringatan, kemas kini, dan maklumat tepat pada masanya daripada Resorts World Genting melalui WhatsApp. Jika anda tidak mahu menerima mesej ini, anda boleh batalkan langganan dengan membalas <Unsubscribe> kepada akaun WhatsApp rasmi kami.