Jungle Adventure


09.08 - 08.09.2024
Kimhua Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue

Selamat datang ke Jungle Adventure di Kimhua Atrium, sebuah acara menarik yang direka khas yang membawakan kegembiraan hidupan liar di pusat membeli-belah.

Masuk ke dunia eksotik dikelilingi kanopi hutan dan bunyi hidupan liar sekaligus menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Acara ini mengalu-alukan kedatangan para keluarga dan pengunjung pusat beli-belah untuk meneroka dunia yang penuh dengan pengembaraan dan hiburan

Sertai kami dalam acara yang menggabungkan alam semula jadi dengan keseronokan di setiap sudut.

HIASAN

Ayuh melangkah ke dalam hutan yang diterangi warna kehidupan, dikelilingi oleh flora dan fauna eksotik dan bunyi hidupan liar. Hiasan bertemakan Jungle Adventure semestinya akan memeriahkan lagi pengalaman membeli-belah dengan gabungan pengembaraan, penerokaan, dan keindahan semula jadi menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


BELANJA DAN KEMBARA BERSAMA

Mulakan perjalanan anda di Jungle Adventure dengan cabaran “Belanja dan Kembara Bersama” kami di Jungle Adventure!

Para pembeli boleh merasai dunia keseronokan dengan menyertai aktiviti menarik seperti Cabaran Wooden Stake, Cabaran Mendaki, dan Cabaran Pitch Pot. Hanya dengan berbelanja RM200 (ahli Genting Rewards) dalam satu resit di kedai-kedai yang mengambil bahagian untuk dapatkan satu (01) penyertaan.

Selesaikan ketiga-tiga cabaran dan menangi hadiah istimewa! Dengan bilangan penebusan yang terhad setiap hari, pastikan anda turut serta dan dapatkannya. Jadikan lawatan anda ke SkyAvenue satu pengembaraan yang tidak akan dilupakan!

Perbelanjaan Minimum
Ahli Genting Rewards: RM200
Bukan Ahli Genting Rewards: RM250

ATAU

Beli slot permainan dengan harga RM30 seorang.

jungel adventure

 Cabaran Wooden Stake

Cabaran MendakiCabaran Pitch Pot
Uji Keseimbangan Anda: Takluki Wooden Stakes!
Capai Ketinggian Baru: Sahut Cabaran Mendaki!
Tepat Pada Sasaran: Kuasai Cabaran Pitch Pot!
jungel adventure

Menang Hadiah Istimewa

termasuk Jam Haiwan DIY atau baucar eksklusif.

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:

  • Terhad kepada SATU (01) penebusan sahaja bagi setiap pelanggan setiap hari setiap resit.
  • Terhad kepada maksimum 65 penebusan setiap hari.
  • Penebusan mesti dibuat oleh pelanggan yang sama dan pada hari yang sama pembelian dilakukan.
  • Hanya terpakai untuk pembelian asal yang dibuat di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di Resorts World Genting, tidak termasuk Konsert/Persembahan, Hotel, Genting Highlands Premium Outlets, mata Genting Rewards, pembayaran bil, kad tambah nilai, sebarang bentuk kad/baucar hadiah, penukaran wang, bank, dan perkhidmatan.

 

Sesi Meet & Greet Genting’s Highlands Heroes

Setiap Hari Jumaat dan Sabtu dari 09.08 – 08.09.2024
⁠2.30 petang & 5.30 petang (2 sesi setiap hari)


Jungle Adventure kami tidak akan lengkap tanpa kemunculan istimewa dari Genting’s Highland Heroes! Jangan lepaskan peluang untuk menyapa dan bergambar dengan mereka!

  1. Jungle Adventure (“Kempen”) ini dianjurkan oleh SkyAvenue (“Pihak Pengurusan”). Semua orang awam layak untuk menyertai peraduan ini kecuali pekerja internal, penyewa dan promoter yang bekerja di Resorts World Genting.
  2. Kempen ini terpakai bagi semua cawangan di SkyAvenue, First World Plaza, Awana SkyCentral, Genting Grand Complex, dan cawangan di tempat yang lain di bawah naungan Resorts World Genting.
  3. Hanya sah untuk pembelian yang dibuat di mana-mana cawangan yang menyertai di Resorts World Genting, kecuali Konsert/Persembahan, Kasino, Hotel, Genting Highlands Premium Outlets (GHPO), mata Genting Rewards, pembayaran bil, kad prabayar, sebarang bentuk kad/baucar hadiah, pengurup wang, bank dan perkhidmatan.
  4. Sah untuk pembelian yang dibuat di kereta tolak, kios, vendor sementara kecuali Penyerahan resit mesti dibuat pada hari yang sama pembelian dibuat di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, Zouk Atrium, SkyAvenue, dari 10 pagi hingga 10 malam. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peserta hilang kelayakan.
  5. Visual yang digunakan di dalam pengiklanan dan promosi penebusan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan rupa dan kuantiti produk/ hadiah yang sebenar.
  6. Dengan menyertai Jungle Adventure , peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini serta keputusan pihak pengurusan.
  7. Pihak Pengurusan berhak untuk meminda tempoh kempen, menukar mekanisme kempen, dan menarik atau menamatkan kempen pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak tanpa notis awal kepada mana-mana pihak.
  8. Pihak Pengurusan berhak untuk menambah, meminda atau memadam syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  9. Dengan mengambil bahagian dalam Karnival Jualan Mega, anda akui bahawa anda telah membaca, memahami dan secara sukarela tanpa paksaan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam Penyata Pemprosesan Data Peribadi, yang boleh diakses melalui https://www.rwgenting.com/PrivacyPolicy/ dan memberi kebenaran untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penyimpanan Data Peribadi (termasuk sebarang maklumat sensitif dan peribadi) mengikut cara yang diterangkan dalam Penyata Pemprosesan Data Peribadi.
  10. Tertakluk pada terma dan syarat lain.