Notis Penting: 
 

Penggunaan logo dan nama Genting Malaysia Berhad yang tidak mendapat kebenaran untuk aktiviti perjudian atas talian
 

Kami telah dimaklumkan bahawa terdapat individu atau organisasi yang menggunakan nama dan logo Genting Malaysia Berhad dan Resorts World Genting untuk mempromosi aktiviti perjudian atas talian. Buat masa ini, perjudian atas talian tidah sah atau dibenarkan di Malaysia. Oleh itu, kami tidak menawarkan atau menyokong sebarang perjudian atas talian di Malaysia.

Kami menasihatkan orang awam untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka terhadap sebarang penggunaan nama dan logo Genting Malaysia Berhad yang tidak dibenarkan berkaitan aktiviti perjudian atas talian. Jika anda terjumpa sebarang laman web, iklan, promosi atau penyiaran atas talian yang seakan-akan platform perjudian atas talian Genting Malaysia, jangan langgan atau sebarkannya.

Kami juga ingin menasihatkan orang awam untuk layari laman web kami, www.gentingmalaysia.com atau www.rwgenting.com untuk mendapatkan sebarang pengesahan maklumat berkaitan Genting Malaysia Berhad atau Resorts World Genting.

Terima kasih.