NASIHAT PERJALANAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2024


Tatkala kami bersedia untuk menerima kehadiran sejumlah besar pengunjung ke Resorts World Genting sempena cuti Tahun Baru Cina, kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan percutian yang menyeronokkan dan bebas tekanan untuk anda dan keluarga anda di Resort kami.

Harap maklum bahawa kami akan mengerahkan anggota keselamatan kami untuk menjalankan pemantauan trafik sepanjang masa di darat dan melalui dron dari 9 hingga 18 Februari.

Pengunjung yang menaiki kereta akan diarahkan ke tempat letak kereta yang tersedia di puncak atau tengah bukit. Tempat letak kereta tambahan juga akan disediakan di sekitar Resort dengan papan tanda arah.

Sila ambil perhatian bahawa dari 9 hingga 18 Februari, perkhidmatan Awana Skyway akan tersedia dengan waktu lanjutan dari jam 7 pagi hingga 1 pagi, manakala Stesen Chin Swee akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Sementara itu, perkidmatan Genting Skyway akan tersedia dari 10 hingga 18 Februari dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam. Perkhidmatan bas ulang alik akan disediakan selepas jam 8 malam dari Awana SkyCentral ke Stesen Gohtong Jaya.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan semasa berada di Resort, anda boleh menghubungi talian hotline 24 jam kami di bawah: 03-6105 9999 / 9899

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua dan perjalanan yang selamat ke Resorts World Genting.