Beli-Belah & Nikmati Lebih Banyak Ganjaran

01.07 – 30.09.2026

Selama 3 bulan sahaja, Genting Rewards memberikan anda ganjaran dengan setiap transaksi beli-belah anda di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets. Dapatkan tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds, Taman Tema Indoor Skytropolis atau Eufloria Gardens & Sculpture Park.

Hanya kumpul 2GP hingga 6GP dalam satu hari untuk menebusnya. Penebusan perlu dibuat melalui Aplikasi Resorts World Genting (RWG) sebaik sahaja syarat perolehan GP dipenuhi.

Kriteria PerolehanGanjaranHad Penebusan
Raih 2GP dalam satu hari di Genting Highlands Premium Outlets atau Johor Premium OutletsTebus dua (02) tiket ke Eufloria Gardens & Sculpture Park

 


Sehingga tiga (03) penebusan setiap ahli untuk setiap jenis ganjaran

Raih 3GP dalam satu hari di Genting Highlands Premium Outlets atau Johor Premium OutletsTebus satu (01) tiket ke Taman Tema Indoor Skytropolis
Raih 6GP dalam satu hari di Genting Highlands Premium Outlets atau Johor Premium OutletsTebus satu (01) tiket standard ke Taman Tema Genting SkyWorlds

Nota:

  • Ahli perlu membuat tiga (03) penebusan berasingan untuk mendapatkan sama ada tiga (03) tiket Taman Tema Genting SkyWorlds, tiga (03) tiket Taman Tema Indoor Skytropolis, atau tiga (03) set dengan dua (02) tiket ke Eufloria Gardens & Sculpture Park tertakluk kepada syarat penebusan.
  • Kemasukan ke taman tema dan Eufloria tertakluk kepada waktu operasi:
    • Eufloria Gardens & Sculpture Park
      10 pagi – 6 petang
      (Tutup setiap hari Rabu & Khamis, kecuali pada Cuti Umum Malaysia dan Cuti Sekolah Malaysia)
    • Taman Tema Genting SkyWorlds
      10 pagi – 6 petang
      (Tutup setiap hari Selasa kecuali pada Cuti Umum Malaysia dan Cuti Sekolah Malaysia)
    • Taman Tema Indoor Skytropolis
      11 pagi – 9 malam (setiap hari)
      Dilanjutkan hingga 10 malam pada hari Sabtu, Cuti Sekolah Malaysia dan Cuti Umum dengan hujung minggu yang panjang
  1. Ahli mesti menebus e-baucar melalui Aplikasi RWG pada hari transaksi yang sama apabila kriteria GP dipenuhi.
  2. Penebusan dihadkan kepada tiga (3) baucar bagi setiap ahli untuk setiap jenis ganjaran sepanjang tempoh promosi.
  3. Setiap e-baucar sah digunakan selama 60 hari dari tarikh pengeluaran.
  4. Penebusan tertakluk kepada ketersediaan dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
  5. Setelah baucar ditebus melalui aplikasi RWG, pembatalan tidak dibenarkan.
  6. Untuk Taman Tema Genting SkyWorlds, ahli perlu memaparkan e-baucar dalam aplikasi rasmi dan mengimbas kod QR di pintu masuk taman tema untuk kemasukan.
  7. Untuk Taman Tema Indoor Skytropolis, ahli perlu menunjukkan e-baucar bersama kad Genting Rewards atau kod keahlian dalam aplikasi RWG di kaunter tiket untuk mendapatkan gelang tangan taman tema.
  8. Untuk Eufloria Gardens & Sculpture Park, ahli perlu menunjukkan e-baucar bersama kad Genting Rewards atau kod keahlian dalam aplikasi RWG di Kaunter Tiket Eufloria, Tingkat 1, Gohtong Sentral untuk mendapatkan tiket masuk.
  9. Baucar tiket standard 1-Hari Taman Tema Genting SkyWorlds hanya sah untuk kemasukan ke Taman Tema Genting SkyWorlds dan tertakluk kepada waktu operasi taman.
  10. Baucar 1-Hari Tanpa Had Taman Tema Indoor Skytropolis hanya sah untuk kemasukan ke Taman Tema Indoor Skytropolis dan tertakluk kepada waktu operasi taman tema.
  11. Baucar Eufloria hanya sah untuk kemasukan ke Eufloria Gardens & Sculpture Park dan tertakluk kepada waktu operasi taman.
  12. Ahli Genting Rewards mesti hadir sendiri semasa pembayaran dan menunjukkan kad Genting Rewards atau kod keahlian dalam aplikasi RWG untuk melayakkan perolehan GP di kedai yang mengambil bahagian di Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) dan Johor Premium Outlets (JPO).
  13. Tawaran ini tidak sah bersama promosi lain. Baucar tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dan tiada lanjutan tempoh sah akan diberikan.
  14. Genting Malaysia Berhad berhak untuk membatalkan, mengubah atau meminda kempen, promosi, tawaran dan terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.