Lembaran Baharu untuk Kesetiaan Anda

 

Sah sehingga 31.12.2026

Pada tahun ini, anda tidak perlu risau jika status keahlian anda tidak setaraf berbanding sebelum ini. 

Raih minimum 0.5 Tier Points atau tebus 1 Genting Points dan anda boleh dapatkan 5 Tier Points setiap hari. Ini adalah cara terbaharu untuk meningkatkan lagi pengalaman anda bersama Genting Rewards.

Tandakan kalendar anda pada Hari Ahli (18 haribulan setiap bulan) di mana anda boleh meraih sehingga 8x Tier Points dan juga tarikh istimewa Hari Dua Digit (2.2, 3.3, 4.4, 5.5, 6.6, 7.7, 8.8, 9.9, 10.10, 11.11) untuk meraih mata dengan lebih cepat.

Jenis Keahlian
(pada Januari 2026)
Naik Taraf Keahlian
Classic

Raih 100TP untuk naik taraf kepada Silver

Silver

Raih 300TP untuk naik taraf kepada Gold

Gold 

Raih 10,000TP untuk mendapatkan jemputan menyertai Platinum(*Tertakluk kepada kriteria pra-kelayakan)


Apakah Faedah Yang Boleh Saya Nikmati Sebagai Ahli?

Memang seronok apabila diberi ganjaran, dan sebagai ahli Genting Rewards, banyak yang kami sediakan untuk anda. Baca jadual ini untuk mengetahui apa yang menanti anda.


Adakah saya perlu menggantikan kad saya jika keahlian saya diturunkan?
Tidak semestinya! Penukaran kad fizikal adalah pilihan anda sendiri. 

Tahap keahlian terbaru anda akan dikemas kini secara automatik di dalam sistem kami. Kami mengesyorkan anda menggunakan keahlian digital dengan memuat turun Aplikasi RWG. Melalui aplikasi ini, anda boleh menyemak status terkini dan menggunakan kad keahlian maya untuk menikmati segala faedah dan keistimewaan anda. Jika anda masih mahu mengemas kini kad fizikal, anda boleh mengunjungi mana-mana Kiosk Genting Rewards atau kaunter Khidmat Pelanggan pada bila-bila masa untuk memohon penggantian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keahlian Digital, klik di sini

Untuk maklumat lanjut mengenai kiosk Genting Rewards, klik di sini.

Bolehkah saya menaik taraf keahlian saya pada tahun 2026?
Sudah tentu!  Keahlian anda akan dinaik taraf secara automatik sebaik sahaja anda mencapai keperluan Mata Ganjaran (Tier Points) bagi tahap yang berkaitan. Ini hanya terpakai untuk penaiktarafan ke peringkat Silver dan Gold. 

Saya sudah bersedia untuk naik taraf. Adakah saya memerlukan kad baharu?
Tahniah atas kenaikan taraf anda! 

Anda boleh mula menikmati faedah tahap baharu anda serta-merta dengan menggunakan kad keahlian maya di dalam Aplikasi RWG — tiada penukaran kad fizikal diperlukan. Jika anda mahukan kad fizikal yang memaparkan tahap keahlian baharu anda, sila kunjungi mana-mana Kiosk Genting Rewards atau kaunter Khidmat Pelanggan mengikut keselesaan anda.

  1. Ahli masih perlu meraih Tier Points pada tahun 2026 untuk mematuhi struktur keahlian untuk tahun berikutnya.
  2. Had peringkat keahlian kekal tidak berubah iaitu 100 Tier Points untuk Silver, 300 Tier Points untuk Gold dan 10,000 Tier Points untuk Platinum (jemputan sahaja).
  3. Penggantian kad yang hilang akan dikenakan caj sama ada dalam bentuk potongan Genting Points atau pembayaran tunai.
  4. Genting Points mempunyai tempoh hayat tiga (03) tahun dari tarikh perolehan mata. Jika tiada aktiviti perolehan mata direkodkan dalam tempoh tiga tahun, baki mata yang terkumpul akan tamat tempoh secara automatik pada hari ke-28 bulan kelahiran ahli.
  5. Manfaat yang diberikan kepada ahli tidak boleh dipindah milik dan ahli mesti hadir bersama kad Genting Rewards atau kod QR keahlian di Aplikasi RWG untuk menikmati manfaat tersebut.
  6. Hari Ahli Genting Rewards adalah sah pada 18 haribulan setiap bulan dari Januari hingga Disember 2026, serta pada tarikh istimewa berikut: 02.02, 03.03, 04.04, 05.05, 06.06, 07.07, 08.08, 09.09, 10.10 dan 11.11.
  7. Sepanjang Hari Ahli Genting Rewards, ahli berpeluang memperoleh sehingga 8X Tier Points (TP) bagi setiap RM1 perbelanjaan menggunakan tunai, kad kredit/debit atau e-dompet di outlet yang mengambil bahagian (tidak termasuk hotel), termasuk outlet di Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) dan Johor Premium Outlets (JPO).
  8. Genting Points tambahan dan Tier Points yang diperoleh daripada tiket Taman Tema Genting SkyWorlds, Taman Tema Indoor Skytropolis dan Awana SkyWay adalah berdasarkan tarikh penggunaan, dan bukan tarikh pembelian.
  9. Promosi ini tertakluk kepada status operasi setiap cawangan. Sekiranya cawangan yang mengambil bahagian ditutup sepanjang tempoh promosi, ahli tidak layak menikmati tawaran di cawangan tersebut.
  10. Ahli perlu hadir semasa pembayaran bersama kad Genting Rewards yang sah atau kod QR keahlian melalui Aplikasi RWG bagi melayakkan diri untuk Tier Points dan/atau Genting Points tambahan. Permohonan kredit atau tuntutan secara retroaktif tidak akan dilayan.
  11. Kelayakan “Bilik Percuma Bulanan” adalah berdasarkan tahap keahlian dan status aktiviti ahli, tertakluk kepada ketersediaan bilik serta kriteria kelayakan lain. Ahli yang tidak aktif mungkin tidak layak menerima manfaat ini. Setiap ahli terhad kepada maksimum satu (01) bilik percuma bagi setiap tarikh penginapan, dan pihak pengurusan berhak menentukan kelayakan mengikut budi bicara mutlaknya.
  12. Ahli perlu menebus e-baucar “Akses Percuma ke Genting Lounge di GHPO, JPO dan JKTPO” melalui Aplikasi Resorts World Genting untuk kemasukan. Kelayakan ini terhad kepada maksimum dua (02) baucar sehari bagi setiap ahli, dan maksimum 24 baucar setahun merangkumi semua lokasi Genting Lounge di GHPO, JPO dan Jakarta Premium Outlets (JKTPO).
  13. Ahli juga perlu menebus e-baucar “Akses Percuma ke Lounge Lapangan Terbang” melalui Aplikasi Resorts World Genting untuk kemasukan. Kelayakan ini hanya sah di lounge lapangan terbang terpilih, terhad kepada maksimum dua (02) baucar sehari, dengan had tahunan 24 baucar bagi setiap tahun kalendar.
  14. Semua manfaat diskaun dan/atau percuma adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dijual semula. Sebarang cubaan untuk menjual semula manfaat ini akan menyebabkan kelayakan terbatal, dan tiada bayaran balik atau penggantian akan diberikan.
  15. Sebarang penyalahgunaan manfaat keahlian, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjualan semula manfaat diskaun atau percuma, boleh mengakibatkan penggantungan manfaat atau penamatan keahlian tanpa notis awal, mengikut budi bicara mutlak GENM.
  16. GENM berhak, mengikut budi bicaranya, untuk menambah, menghapus atau mengubah mana-mana keistimewaan atau manfaat keahlian tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, ahli tidak berhak menuntut sebarang pampasan akibat sebarang penambahan, penghapusan atau perubahan tersebut.
  17. Ahli-ahli Program terikat dengan Terma dan Syarat Program Keahlian Genting Rewards, termasuk sebarang versi terkini yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, yang boleh dirujuk di laman web rasmi https://www.rwgenting.com/gentingrewards.
  18. Genting Malaysia Berhad (GENM) berhak untuk membatalkan, meminda atau mengubah mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini (sebagaimana yang mungkin disemak semula oleh GENM dari semasa ke semasa) mengikut budi bicaranya yang mutlak tanpa notis terlebih dahulu kepada ahli.