Nikmati Selera dan Ganjaran yang Lebih Besar di SOULed OUT

SkyAvenue, Tingkat 4
Tempoh Kempen: Sekarang hingga 31.12.2026

Rasai hidangan yang lazat, pemandangan menakjubkan dan suasana hidangan yang meriah di SOULed OUT. Ahli Genting Rewards boleh menikmati 3X Genting Points dan 2X Tier Points untuk setiap RM1 yang dibelanjakan!

*Nota: Restoran ini bebas daging babi tetapi menghidangkan alkohol.

  1. Ahli berhak memperoleh tiga kali ganda (3X) Genting Points dan dua kali ganda (2X) Tier Points apabila berbelanja di cawangan SOULed OUT, SkyAvenue sahaja.
  2. Promosi ini sah untuk semua ahli Genting Rewards dari 06.03 – 31.12.2026.
  3. Bagi melayakkan pengumpulan mata, ahli perlu mengemukakan kad Genting Rewards atau kod QR keahlian melalui Aplikasi RWG semasa membuat bayaran di premis yang mengambil bahagian.
  4. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, perolehan Tier Points (TP) ditetapkan pada 2x TP, kecuali pada Hari Ahli Genting Rewards – 18 hari bulan setiap bulan dan Hari Berganda (kecuali 12/12/26, TP akan diberikan sebanyak 8x TP dan bukannya 2x TP).
  5. Promosi ini tidak sah untuk digabungkan dengan sebarang promosi lain atau barangan diskaun.
  6. Tawaran ini tidak boleh dilanjutkan, dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
  7. SOULed OUT berhak untuk menamatkan promosi ini atau meminda terma dan syarat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  8. Genting Malaysia Berhad berhak sepenuhnya untuk:
    (a) mengubah, meminda, memadam dan/atau menambah syarat ini atau menarik balik faedah pada bila-bila masa tanpa notis awal;
    (b) menukar dan/atau menggantikan sebarang keistimewaan tanpa notis awal;
    (c) membatalkan, menamatkan, mengubah atau menggantung promosi ini tanpa notis awal atau liabiliti serta tanpa memberi sebarang sebab.
    (d) menghubungi ahli bagi menyiasat kewujudan akaun ahli dengan lebih lanjut.