Tawaran MotoGP
30.10 – 01.11.2026

Teruskan debaran MotoGP dengan percutian yang mengujakan di Resorts World Genting! Nikmati tawaran eksklusif hotel, promosi tarikan dan berpeluang mendapatkan topi edisi terhad Hakim Danish
Tersedia untuk masa terhad, sementara stok masih ada.

Tawaran Hebat Menanti Anda
Tawaran Eksklusif Hotel

Jenis Hotel
Kadar 

Genting SkyWorlds Hotel
Genting SkyWorlds Hotel
Bilik Quads

RM199
Ahad – Khamis

 

 

RM380
Jumaat, Sabtu, Ambang Cuti, Cuti Sekolah


 TEMPAH SEKARANG

Resorts World Awana
Resorts World Awana
Bilik Superior Deluxe

RM189
Ahad – Khamis

 

 

RM300
Jumaat, Sabtu, Ambang Cuti, Cuti Sekolah


 TEMPAH SEKARANG
  1. Pengesahan pakej adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik.
  2. Tawaran ini sah pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
  3. Tetamu dikehendaki memilih dan mengesahkan tarikh daftar masuk semasa membuat tempahan.
  4. Bayaran penuh diperlukan semasa tempahan. Bayaran tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik.
  5. Ketersediaan bilik adalah terhad dan tertakluk kepada perubahan. Kadar diskaun mungkin tidak tersedia untuk semua jenis bilik atau tarikh. Tarikh sekatan mungkin dikenakan.
  6. Pengubahsuaian pada tempahan, seperti perubahan tarikh, jenis bilik dan lain lain tidak dibenarkan. Pembatalan akan mengakibatkan kehilangan keseluruhan pembayaran yang telah dibuat.
  7. Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat-syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu
  8. Terma dan Syarat operasi lain mungkin terpakai.

Genting SkyWorlds Theme Park
Tempoh Sah Tiket: 02.11.2026 – 31.12.2026

Bersiap sedia untuk pengembaraan hebat dengan pakej Juara Penuh Gaya pada RM99 sahaja. Pakej eksklusif ini merangkumi satu (01) Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds serta Topi Hakim Danish Edisi Terhad. Nikmati tarikan bertaraf dunia dan miliki cenderahati istimewa yang meraikan salah seorang bakat sukan permotoran Malaysia yang sedang meningkat naik.

Warganegara MalaysiaBukan Warganegara Malaysia

RM99

• Satu (01) Tiket Standard 1-Hari Taman Tema Genting SkyWorlds
• Tiga (03) Tempahan Virtual Queue
• Topi Eksklusif Hakim Danish
BELI TIKET

RM270

• Dua (02) Tiket Standard 1-Hari Taman Tema Genting SkyWorlds
• Tiga (03) Tempahan Virtual Queue
• Baucar Cenderahati RM10

BELI TIKET
  1. Topi Hakim Danish Edisi Terhad mesti ditebus di Freedom Shop, Taman Tema Genting SkyWorlds, antara jam 10 pagi hingga 6 petang.
  2. Tetamu mesti menunjukkan kod QR e-baucar asal melalui aplikasi Genting SkyWorlds semasa penebusan. Tangkapan skrin, salinan fotostat atau versi pendua e-baucar tidak akan diterima.
  3. Kod QR e-baucar hanya sah pada tarikh lawatan tetamu ke Taman Tema Genting SkyWorlds.
  4. Barangan yang ditebus tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, produk lain atau perkhidmatan lain.
  5. Tiada penggantian atau pampasan akan diberikan bagi barangan yang hilang, dicuri atau rosak.
  6. Barangan mesti ditebus sebagai satu set lengkap. Penebusan separa adalah tidak dibenarkan.
  7. Pihak pengurusan berhak menggantikan mana-mana item barangan dengan item lain yang mempunyai nilai setara tanpa notis terlebih dahulu.


Eufloria Gardens & Sculpture Park

Rumah Kaca Bunga Terbesar di Malaysia

Terletak di kawasan pertengahan bukit Genting Highlands, Eufloria Gardens & Sculpture Park menawarkan destinasi istimewa yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi melalui pelbagai pameran flora yang memukau. Ruang-ruang yang direka khas di sini bertujuan untuk mencetuskan rasa ingin tahu, mengajak pengunjung meneroka hubungan yang unik dan saling berkait antara tumbuh-tumbuhan, ekosistem serta manusia.

Warganegara MalaysiaBukan Warganegara Malaysia

RM20

Satu (01) Tiket Masuk
BELI TIKET

RM40

Satu (01) Tiket Masuk

BELI TIKET
  1. Tiket ini dikeluarkan tanpa tarikh tetap (open-date) dan sah untuk kemasukan satu (1) hari sahaja dari 02.11.2026 hingga 31.12.2026, kecuali pada hari taman ditutup setiap Rabu dan Khamis, tidak termasuk Cuti Umum Malaysia dan Cuti Sekolah.
  2. Setiap tiket sah untuk seorang pengunjung sahaja dan hanya membenarkan satu kali kemasukan.
  3. Semua pemegang tiket hendaklah mengemukakan bukti pembelian yang sah seperti e-mel pengesahan yang mengandungi kod QR semasa ketibaan untuk penebusan tiket masuk. Kegagalan mengemukakan e-mel pengesahan bersama kod QR apabila diminta akan menyebabkan kemasukan ditolak tanpa sebarang pemulangan wang.
  4. Tiket tidak boleh dipulangkan, dipindah milik atau dijual semula kecuali dengan kebenaran jelas daripada pihak penganjur.
  5. Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat ini, atau menarik balik pakej ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.