| Waktu operasi: | Lokasi: |
|---|---|
| 11 pagi – 9 malam | Aras 1, Taman Tema Tertutup Skytropolis |
Waktu Operasi Taman:
Waktu luar puncak : 11 pagi – 9 malam
Waktu puncak : 11 pagi – 10 malam
(Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah)
Klik sini untuk melihat kalendar.
Berkeluasan lebih 400,000 kaki persegi, Taman Tema Indoor Skytropolis menjanjikan keseronokan yang tiada kesudahan untuk anda sekeluarga!
Alamilah lebih daripada 20 jenis permainan baharu yang terteletak di First World Plaza dan bersebelahan dengan SkyAvenue.
| Permainan | Jadual |
|---|---|
| Jumping Spurs | Ditutup Sementara |
| Skyscraper | Ditutup Sementara |
| Power Surge | Ditutup Sementara |
Pas Permainan 1-Hari Tanpa Had
| Pas Permainan 1-Hari Tanpa Had Taman Tema Indoor Skytropolis | ||
|---|---|---|
| Kadar Warganegara Malaysia | Dari RM 60 (JIMAT RM21) | RM81 |
| Kadar Bukan Warganegara Malaysia | Dari RM 84 (JIMAT RM13) | RM97 |
Harga Tiket Mengikut Permainan
| Kategori Permainan | Harga | |
|---|---|---|
| Sekeluarga | RM16 | |
| Mendebarkan | RM16 | |
| Mencabar | RM22 |
Kombo Adventure
| Kadar Warganegara Malaysia | Kadar Bukan Warganegara Malaysia | |
|---|---|---|
RM102 | From RM116 |
Pemegang MyKad/ Kadar Untuk Rakyat Pahang
| Harga Biasa | Kadar Untuk Warga Pahang |
|---|---|
| RM81 | RM49 (JIMAT RM32) |
Jumping Spurs
Menara lompatan mini dengan kejatuhan dan kenaikan sederhana untuk kanak-kanak. Pengawasan ibu bapa diperlukan pada setiap masa. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 92cm hingga 122cm.
Boo Boo Bump
Permainan kereta bumper mini yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Pengawasan ibu bapa diperlukan pada setiap masa. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 105cm hingga 140cm.
Ride ‘Em Round
Merry-go-round klasik untuk kanak-kanak dengan tempat duduk yang bergerak ke atas dan ke bawah. Pengawasan ibu bapa diperlukan pada setiap masa. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 90cm hingga 122cm.
Copper Express
Pengalaman kereta api tanpa bumbung mesra keluarga. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak dibenarkan naik. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 90cm hingga 122cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Tea Cups
Permainan cawan teh bersaiz oversized mesra keluarga dengan pelbagai gerakan berputar dan berpusing. Tetamu di bawah ketinggian 105cm tidak dibenarkan naik. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 105cm hingga 130cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Chariot Cruise
Pelayaran terbang mesra keluarga yang berputar di sekitar taman. Tetamu di bawah 110cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 110cm hingga 122cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Loop de Loop
Perjalanan trek miniatur dengan lengkung dan cerun yang lembut untuk kanak-kanak. Pengawasan ibu bapa diperlukan pada setiap masa. Tinggi tetamu mestilah antara 90cm dan 122cm untuk menunggang.
Balloon Race
Menaiki belon mesra keluarga dengan pelbagai gerakan pantas dan berputar. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Royal Carousel
Karusel dua tingkat mesra keluarga yang dihiasi dengan ukiran kuda dan kereta kuda yang berputar-putar. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Space Cadets
Permainan mesra keluarga dengan gerakan kapal terbang yang boleh dikawal. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Soaring Ships
Permainan Soaring Ships menawarkan pemandangan udara taman yang sesuai untuk seisi keluarga. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh menunggang. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Sky Towers
Tunggangan menara jatuh yang menjunam pada kelajuan yang menentang graviti. Tetamu di bawah ketinggian 105cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak berketinggian antara 105sm dan 122sm mesti ditemani oleh rakan penyelia berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Skyscraper
Ferris Wheel dengan gondola warna warni yang menawarkan pemandangan indah taman yang sesuai untuk seisi keluarga. Tetamu di bawah ketinggian 90cm tidak boleh menunggang. Kanak-kanak yang tingginya antara 90sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Disko!
Putaran cakera gergasi yang bergerak dengan halaju yang semakin meningkat, berayun ke depan dan ke belakang dan berputar dengan pantas. Tetamu di bawah ketinggian 122cm tidak dibenarkan naik.
Spin Crazy
Bandul berputar raksasa dengan putaran 360 darjah di udara. Para tetamu di bawah 130cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik.
Super Glider
Coaster baring yang digantung dengan selekoh yang tajam, pembelokkan dan penurunan mendadak kurang sesuai bagi mereka yang lemah semangat. Tetamu di bawah ketinggian 135cm tidak dibenarkan naik.
Bumper Boss
Serlahkan jiwa pelumba dalaman kanak-kanak anda dengan permainan kereta bumper. Tetamu di bawah ketinggian 120cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak berketinggian antara 120sm dan 130sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Power Surge
Tunggangan terbang tinggi yang sengit dengan gerakan berputar liar dan terbalik. Tetamu di bawah ketinggian 122cm tidak dibenarkan bermain.
Music Express
Lonjakan, berpusing dan berputar pada tunggangan bergelora berputar pantas ini dengan cerun mengejut dan gerakan ke belakang. Tetamu di bawah ketinggian 130cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak yang tingginya antara 130sm dan 140sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Temui barangan eksklusif, khazanah klasik dan koleksi yang jarang ditemui di mana-mana.
Lokasi: SkyHanger, Tingkat 1, Taman Tema Indoor Skytropolis
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
SkyArcade, yang terletak di dalam Taman Tema Indoor Skytropolis, ialah arked indoor yang menampilkan gabungan permainan klasik dan moden. Pemain boleh menikmati segala-galanya daripada simulator perlumbaan hingga ke mesin cakar semuanya menggunakan sistem kad “Tap & Play” yang mudah.
Maklumat Penting: Pusat Permainan SkyArcade adalah pusat permainan tanpa tunai. Kami hanya menerima kaedah pembayaran tanpa sentuh seperti Kad Debit dan Kredit, QR Pay, e-wallet dan Genting Points di kaunter tiket atau kiosk tiket layan diri.
Peta Taman Tema Tertutup Skytropolis boleh dimuat turun di sini.
Di manakah boleh saya membeli tiket untuk Taman Tema Indoor Skytropolis?
Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan tiket secara dalam talian di www.rwgenting.com. Untuk alternatif, anda juga boleh membeli di kaunter tiket Taman Tema Indoor Skytropolis atau mana-mana kiosk Tiket Layan Diri di sini.
Apakah itu Pay-per-Ride?
Pay-per-ride ialah pas perjalanan tunggal yang membolehkan anda menikmati tarikan mengikut kategori pilihan anda. Pas boleh didapati di kaunter tiket, kiosk Tiket Layan Diri, atau di www.rwgenting.com.
Di manakah boleh saya dapatkan kereta sorong atau kerusi roda?
Anda boleh mendapatkan kereta sorong atau kerusi roda di kaunter Perkhidmatan Pelanggan yang terletak di SkyAvenue, Aras 1. Bayaran berasingan akan dikenakan.
Bagaimanakah cara untuk saya ke Taman Tema Indoor Skytropolis dari Terminal Genting Highlands Premium Outlets?
Ambil Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets ke Stesen SkyAvenue dan pergi ke Aras 1.
Adakah terdapat sekatan ketinggian untuk mana-mana tunggangan?
Untuk keselamatan anda, beberapa tunggangan di Taman Tema Indoor Skytropolis mensyaratkan had ketinggian tertentu atau lebih tinggi. Anda boleh merujuk kepada papan tanda di hadapan setiap tunggangan pilihan anda.
Adakah terdapat mana-mana tunggangan yang sesuai untuk kanak-kanak?
Ya, terdapat 3 kategori tunggangan yang tersedia: Keluarga, Pengembaraan dan Keseronokan. Untuk butiran lanjut, sila rujuk kepada panduan had ketinggian .