Ramen Ikonik Jepun, Diperbaharui untuk Dinikmati Semua

Di Taiko Ramen, resipi tradisional kami telah dirumus semula dengan penuh teliti, mengekalkan keaslian, tradisi dan rasa yang menjadi identiti setiap hidangan. Sama ada  kuah pekat berkrim yang diinspirasikan oleh ramen Kyushu, ramen Hokkaido yang mengenyangkan, atau mazemen tanpa kuah, pasti ada hidangan yang sesuai dengan cita rasa anda. 

Lengkapkan hidangan anda dengan pilihan menu baharu, iaitu sushi temaki yang hanya disediakan mengikut pesanan.


Lebih Daripada Ramen: Sushi & Temaki

Lengkapkan hidangan anda dengan pilihan menu baharu kami, iaitu sushi temaki yang segar dan hanya disediakan mengikut pesanan untuk menikmati hidangan Jepun yang benar-benar istimewa.

Lokasi: Tingkat 1, SkyAvenue

Ahad – Khamis: 10 pagi – 10 malam
Jumaat, Sabtu & Malam Cuti Umum: 10 pagi – 12 tengah malam

Kod pakaian: Kasual