Grand Lounge

 

Pilihan hidangan sepanjang hari untuk tetamu istimewa kami

Grand Lounge hadir dengan wajah baharu, menjemput semua tetamu Suite Genting Grand dan Highlands Hotel serta ahli Kad Genting Rewards Platinum untuk menikmati menu-menu baharu yang istimewa. Bufet sarapan kini disediakan mengikut pesanan dengan layanan di meja, dan menu hidangan sepanjang hari kami memenuhi keperluan anda dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Lokasi: Lobi Genting Grand Hotel

Waktu Operasi: 
7 pagi - 10.30 pagi Sarapan
11 pagi - 10 malam Menu Sepanjang Hari

Kod pakaian: Smart kasual (tiada baju tanpa lengan, selipar)

Sarapan Istimewa. Disediakan Khas untuk Pagi Anda​.
 

Nikmati sarapan yang lebih eksklusif di Grand Lounge. Rasai pelbagai sarapan pagi daripada bar bufet yang segar dan dihidangkan terus ke meja anda. Segalanya dibawakan kepada anda dengan penuh teliti bagi keselesaan dan kualiti yang terbaik di pagi yang indah.​

Harga
Kategori ​
Eksklusif untuk Tetamu Hotel & Pembelian Dalam Talian ​Tetamu Walk-in ​ 
Dewasa ​RM55 net ​RM68 net ​
Kanak-kanak
​(3 – 11 tahun) 
​RM28 net​RM35 net
  1. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat atau pakej tidak digunakan.
  2. Pengesahan tempahan akan dihantar melalui e-mel. Tetamu perlu mengemukakan e-mel pengesahan semasa ketibaan (bagi tempahan dalam talian).
  3. Dengan membuat tempahan meja, anda dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan. Sebarang pertikaian selepas itu tidak akan dilayan.
  4. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah, menambah atau membatalkan tawaran ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.