Print
  • Semua permohonan biasiswa dan dokumen sokongan mesti dihantar melalui sistem penyerahan dalam talian sebelum tarikh tutup.
  • Semua maklumat yang diperlukan (contohnya butiran peribadi, maklumat tentang kursus yang dipohon, butiran ibu bapa/penjaga, latar belakang pendidikan, dll.) mesti dilengkapkan. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Pemohon mesti menghantar dokumen sokongan berikut bersama-sama borang permohonan mereka:
    • Gambar berukuran pasport
    • Sijil pendidikan (sijil STPM/A-Level dan/atau Diploma, surat penerimaan/tawaran universiti, dll.)
    • Resume terkini - termasuk aktiviti kokurikulum/ekstra kurikulum pemohon, pencapaian dan sijil pencapaian
    • Borang J Cukai Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga
    • Ringkasan PowerPoint satu (01) halaman mengenai diri anda, menggambarkan profil peribadi, aspirasi, latar belakang akademik, dan sebarang fakta berkaitan lain.
  • Jumlah saiz untuk semua dokumen yang dilampirkan tidak boleh melebihi 6MB dan saiz setiap lampiran tidak boleh melebihi 500KB. Sila pastikan anda memenuhi spesifikasi saiz sebelum penyerahan kerana anda tidak akan dapat menghantar permohonan jika tidak mematuhi saiz yang ditetapkan.
  • Pilihan: Pemohon digalakkan untuk menghantar Vsume yang dimuat naik ke Youtube (>60 saat) sebagai kelebihan tambahan.

 

Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk temuduga.