Siapa yang boleh memohon Biasiswa Genting Malaysia?
Mana-mana warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda, asalkan mereka memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam terma dan syarat.

Apakah kriteria untuk memohon Biasiswa Genting Malaysia?
Semua pemohon mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 23 tahun dan ke bawah.
  • Sedang menunggu kemasukan untuk melanjutkan kursus ijazah sepenuh masa atau sedang belajar di universiti tempatan atau luar negara.
  • Mesti memiliki kelayakan pra-universiti yang diperlukan:
    • STPM: sekurang-kurangnya 3A, ATAU
    • Diploma: CGPA 3.0 atau ke atas, ATAU
    • A-Level:sekurang-kurangnya 3A, ATAU 
    • Australian TER: sekurang-kurangnya 90.0, ATAU
    • Asas yang diiktiraf/Diploma: setaraf dengan CGPA 3.0 atau ke atas, ATAU 
    • International  Baccalaureate: sekurang-kurangnya 36.0, ATAU
  • Kemahiran kepimpinan yang kukuh yang ditunjukkan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  • Tidak memegang biasiswa atau pinjaman pelajaran lain pada masa ini.
  • Untuk bidang pilihan dan universiti yang diluluskan, sila rujuk Soalan Lazim.

Adakah saya perlu diterima oleh universiti untuk memohon?
Ya, pemohon mesti mendapatkan tawaran tanpa syarat atau surat penerimaan daripada universiti tempatan atau luar negara sebelum menerima anugerah biasiswa. Walau bagaimanapun, pemohon yang sedang menunggu kemasukan/penerimaan ke universiti juga boleh memohon. Biasiswa hanya akan diberikan setelah pemohon diterima masuk ke universiti.。

Apakah universiti tempatan yang diutamakan / diterima oleh Genting Malaysia Berhad?
Genting Malaysia Berhad menerima:

  • Universiti awam tempatan yang disenaraikan di SINI, politeknik tempatan yang disenaraikan di SINI dan universiti swasta tempatan yang disenaraikan di SINI
  • Universiti luar negara seperti yang disenaraikan dalam Top 100 QS World University Rankings by Subject

Bagaimana saya tahu jika kursus saya diiktiraf atau diterima sebagai layak untuk biasiswa?
Anda boleh mengesahkan sama ada kursus anda diiktiraf melalui pautan berikut:

Nota: Kursus yang disenaraikan dalam pautan di atas hanya diiktiraf oleh negara Malaysia

Bagaimanakah saya beoleh memohon Biasiswa Genting Malaysia?
Semua permohonan mesti dikemukakan secara dalam talian melalui www.rwgenting.com/GENMscholarship Lengkapkan borang dengan mengisi semua ruang yang berkaitan. Borang yang tidak lengkap akan ditolak. Lampirkan salinan imbasan dokumen berikut bersama permohonan anda:

  • Borang J atau Borang EA/EC Cukai Pendapatan Ibu/Bapa atau Penjaga dan
  • Sijil pendidikan (sijil STPM/A-Level dan/atau Diploma, surat penerimaan/tawaran universiti, dll.)
  • Gambar berukuran pasport
  • Resume Terkini - termasuk aktiviti kokurikulum / ko-kurikulum, pencapaian dan sijil, kelayakan profesional, dan sebagainya
  • Satu (01) halaman PowerPoint ringkasan tentang diri anda, menggambarkan profil peribadi, aspirasi, latar belakang akademik, dan fakta lain yang berkaitan

Jumlah saiz fail dokumen yang dilampirkan tidak boleh melebihi 6MB dan setiap lampiran dihadkan kepada 500KB. Anda tidak akan dapat mengemukakan permohonan anda jika jumlah saiz fail melebihi 6MB atau jika mana-mana lampiran melebihi 500KB.

Bagaimana saya tahu bahawa Genting Malaysia Berhad telah menerima permohonan saya?
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk penilaian dan/atau temuduga lanjut. Oleh itu, sila pastikan semua butiran hubungan yang diberikan dalam borang permohonan adalah tepat.

Bagaimana saya tahu sama ada saya disenarai pendek?
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk penilaian dan/atau temuduga lanjut. Oleh itu, sila pastikan semua butiran hubungan yang diberikan dalam borang permohonan adalah tepat.

Bolehkah saya membuat rayuan jika saya tidak disenarai pendek?
Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Apakah liputan Biasiswa Genting Malaysia?
Biasiswa Genting Malaysia menawarkan penempatan di dalam:

  • Universiti Awam Tempatan   
  • Universiti Swasta Tempatan
  • Universiti Luar Negara

Semua biasiswa merangkumi yuran pengajian penuh + elaun sara hidup + yuran tambahan + 1 tiket penerbangan pergi balik (sehingga 4 tahun & mana yang berkenaan)

Jika saya tidak menyelesaikan program ini atau gagal memperoleh ijazah sarjana muda, adakah saya perlu membayar balik kepada Genting Malaysia Berhad?
Ya, anda perlu membayar balik jumlah keseluruhan yang telah dikeluarkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Adakah saya perlu menyediakan penjamin untuk biasiswa ini?
Ya, semua pemohon yang berjaya perlu menyediakan dua (2) penjamin. Penjamin mestilah sama ada bekerja atau bekerja sendiri. Ahli keluarga anda boleh menjadi penjamin, tetapi hanya seorang daripada ibu bapa anda boleh mengisi peranan ini. Penjamin kedua mesti orang lain selain daripada ibu bapa anda.

Adakah saya akan terikat dengan Genting Malaysia Berhad selepas tamat pengajian?
Ya, anda perlu menjalani Tempoh Perkhidmatan Wajib (CSP) dengan Genting Malaysia Berhad selepas tamat pengajian, yang menawarkan anda peluang untuk mempelajari operasi perniagaan kami dan membina kerjaya bersama kami.

Apakah tanggungjawab penerima biasiswa?
Penerima biasiswa Genting Malaysia Berhad dikehendaki untuk:

  • Menyelesaikan pengajian seperti yang dirancang
  • Mencapai skor minimum yang diperlukan
  • Menyelesaikan Tempoh Perkhidmatan Wajib (CSP) seperti yang dinyatakan  dalam Perjanjian Biasiswa (CSP)

Adakah anak-anak kakitangan Genting Malaysia Berhad boleh memohon biasiswa ini?
Ya, Biasiswa Genting Malaysia terbuka kepada semua termasuk anak-anak kakitangan selagi memenuhi kriteria yang diperlukan.

Apakah gred minimum yang perlu dikekalkan oleh pelajar sebagai penerima biasiswa Genting Malaysia Berhad?
Pelajar mesti mengekalkan CGPA minimum 3.0 dan ke atas ATAU Kelas Kedua Atas dan ke atas (untuk pelajar luar negara) ATAU yang setaraf dengannya dalam pencapaian akademik, dan juga mengekalkan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Untuk maklumat/pertanyaan/bantuan lanjut, anda boleh emel ke scholarship@rwgenting.com dan kami akan memberi maklum balas dalam masa dua (02) hari bekerja.