SkyCard


Peroleh lebih banyak ganjaran dan rasai pengalaman lebih baik di Resorts World Genting dengan SkyCard, program keahlian berorientasikan gaya hidup kita. 

Peroleh dan tebus Mata Ganjaran apabila anda makan, membeli-belah dan bermain di Resorts World Genting. Rasai dunia penuh keistimewaan untuk ahli sahaja apabila anda mendaftar secara percuma.

Jenis KeahlianPeringkat Mata (TP)
SkyClassic0
SkySilver100
SkyGold300

Genting Rewards


Alami dunia penuh ganjaran yang lebih baik dengan program keahlian Genting Rewards yang dinaik taraf, dicipta secara unik untuk pelanggan permainan kami. 

Program Genting Rewards yang telah diubahsuai kini datang dengan faedah yang lebih baik untuk pengalaman yang lebih eksklusif di resort kami.

Jenis KeahlianPeringkat Mata (TP)
Classic0
Silver100
Gold300
Platinum (Melalui Jemputan)10,000

 

eBrosur      

 

TERMA & SYARAT

1. Umum

  • Semua faedah dan keistimewaan Keahlian adalah khas kepada Ahli sahaja dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Ahli mestilah hadir dan tunjuk kad Keahlian mereka yang sah apabila menebus sebarang faedah atau keistimewaan di bawah Keahlian.
  • Semua tiket berdiskaun dan atau percuma dan atau pas masuk sama sekali tidak boleh dijual semula. Sebarang tiket yang dijual semula akan dibatalkan dan tiada bayaran balik atau penggantian akan diberikan untuk tiket yang dibatalkan tersebut.
  • Penyalahgunaan faedah keahlian tetapi tidak terhad kepada penjualan semula tiket diskaun atau percuma dan/atau pas masuk. Ia akan tertakluk kepada penggantungan manfaat keahlian atau penamatan keahlian tanpa notis awal mengikut budi bicara GENM.
  • GENM berhak untuk, mengikut budi bicaranya sendiri, menambah, menyingkir atau mengubah sebarang keistimewaan yang tersedia di bawah Keahlian tanpa sebarang notis awal kepada Ahli. Untuk mengelak keraguan, Ahli tidak berhak mendapat apa-apa pampasan berkenaan dengan penambahan, penyingkiran atau pengubahan tersebut (mengikut mana-mana yang berkenaan).
  • Mana-mana Ahli Program ini akan terikat dengan Terma dan Syarat Program Kesetiaan Genting Rewards dan mana-mana versi Terma dan Syarat yang dikemas kini seperti yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, yang mana versi sedemikian akan tersedia di https://www. rwgenting.com/gentingrewards.
  • GENM berhak untuk membatal, meminda atau mengubah suai Terma dan Syarat ini (seperti yang mungkin disemak oleh GENM dari semasa ke semasa) mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu kepada Ahli.
  • Ahli hendaklah memastikan GENM dilindungi sepenuhnya daripada dan terhadap semua kerugian dan kerosakan, penderitaan yang ditanggung oleh GENM, secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Kad Keahlian oleh Ahli dan/atau pelanggaran Terma dan Syarat ini.
  • Polisi, terma dan syarat lain yang berkaitan dengan keistimewaan tertakluk, termasuk tetapi tidak terhad kepada peraturan dan undang-undang taman tema SkyWorlds, dan dasar piawai yang berkaitan dengan Kelab, kawasan VIP dan ruang istirahat.

2. Hotel

  • Kadar bilik eksklusif khas untuk ahli  dan naik taraf bilik secara percuma adalah tertakluk pada ketersediaan. Tarikh black-out mungkin dikenakan. Setiap ahli mendapat maksimum dua bilik setiap malam. Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh log masuk ke laman web rasmi Resort World Genting (RWG) https://www.rwgenting.com/Hotels/, muat turun aplikasi mudah alih RWG atau hubungi talian hotline Perkhidmatan Pelanggan +603-27181118.
  • Ahli Platinum dan Gold/Sky Gold dikehendaki menyentuh kad keahlian mereka di pembaca kad gantri pintu masuk tempat letak kereta untuk menikmati tempat letak kenderaan percuma sepanjang hari secara automatik. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan caj lazim tempat letak kereta.
  • Tempat letak kenderaan percuma sepanjang hari adalah sah untuk 1 kenderaan bagi setiap ahli sahaja; tidak termasuk caj letak kenderaan valet.

3. F&B

  • Keutamaan tempahan untuk pemandangan premium atau menu istimewa adalah tertakluk pada ketersediaan.
  • Ahli Platinum dan Gold/Sky Gold akan diberi keutamaan untuk mendapatkan tempat duduk yang tersedia.
  • Akses ke ruang makan peribadi adalah tertakluk pada ketersediaan dan tempahan mestilah sekurang-kurangnya 1 hari lebih awal. Ruang makan peribadi di restoran yang berbeza mungkin tertakluk kepada  perbelanjaan minimum di restoran masing-masing.
  • Akses ke ruang makan peribadi adalah tertakluk pada ketersediaan dan tempahan mestilah sekurang-kurangnya 1 hari lebih awal.
  • Ahli Platinum dan Gold/Sky Gold terpilih akan menerima jemputan melalui e-news atau pemberitahuan SMS daripada GENM atau hos.

4. Membeli-belah & Bermain

  • Mata ganjaran berganda apabila membelip-belah semasa "Hari Ahli" berdasarkan promosi dan atau kempen.
  • Personal shopper tertakluk kepada pengaturan yang dibuat terlebih dahulu melalui hos.
  • Ahli yang terpilih untuk program keahlian, pesta & acara akan menerima jemputan melalui e-news atau pemberitahuan SMS daripada GENM.
  • Kemasukan percuma ke pelbagai tarikan di resort adalah tertakluk pada ketersediaan dan tidak terpakai pada acara khas, majlis dan cuti umum. Tawaran mungkin berbeza untuk Ahli setiap acara setiap setahun:
    -    Platinum: 6 tiket maksimum
  • -    Gold/Sky Gold: 4 tiket maksimum
    -    Silver/Sky Silver: 4 tiket maksimum
    -    Classic/Sky Classic: 2 tiket maksimum

5. Faedah Ahli Sahaja

  • Penggantian segera kad 24 jam hanya terpakai di kaunter Perkhidmatan Tetamu yang terletak di Genting Highland Resorts, Malaysia. Penalti akan dikenakan oleh GENM untuk menggantikan kad Genting Rewards yang hilang atau dicuri. Penalti tersebut boleh dibayar secara tunai atau dengan menolak Mata Ganjaran daripada akaun Ahli.
  • Peroleh 5x Mata Peringkat (TP) daripada perbelanjaan di kawasan bukan permainan (kedai dalaman sahaja) mengikut promosi dan atau kempen.
  • Ahli Platinum dan Gold/Sky Gold boleh menebus sehingga maksimum 4 tiket percuma SkyWay setiap bulan; Ahli Silver/Sky Silver boleh menebus sehingga maksimum 2 tiket percuma SkyWay setiap bulan, dan ahli Classic/Sky Classic boleh menebus 1 tiket percuma SkyWay setiap bulan. Penggunaan kelayakan hanya boleh diguna pakai pada hari Isnin hingga Khamis, kecuali malam Cuti Umum dan Cuti Umum.
  • Ahli Platinum, Gold/Sky Gold dan Silver/Sky Silver boleh menikmati akses lorong keutamaan di SkyWay, keutamaan akses lorong di SkyWay mungkin berbeza untuk Ahli, caj tiket SkyWay mungkin dikenakan.
  • -    Platinum: 8 tetamu maksimum
    -    Gold/Sky Gold: 4 tetamu maksimum
    -    Silver/Sky Silver: 2 tetamu maksimum
  • Gondola persendirian untuk SkyWay adalah tertakluk pada ketersediaan gondola dan mengikut tempoh tidak sibuk.