Raih Genting Points dengan Semua Penginapan Anda!

Tempoh Promosi: 15.08 – 31.10.2026

Anda menginap di hotel-hotel berhampiran Resorts World Genting? Jangan buang resit bilik anda kerana anda boleh menukarkannya kepada Genting Points. Nikmati lebih banyak ganjaran dan bercuti dengan lebih seronok di puncak. 

Cara Meraih Mata Anda: 

E-melkan maklumat-maklumat di bawah dalam tempoh 14 hari dari tarikh daftar keluar, dan kami akan mengkreditkan Genting Points terus ke akaun Genting Rewards anda:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan (IC) / Nombor Pasport (bagi warga asing)
  • ID Genting Rewards
  • Pengesahan Tempahan
  • Resit Pembayaran

E-melkan maklumat dan dokumen sokongan kepada: grloyalty@rwgenting.com

Nota Penting:
Alamat e-mel grloyalty@rwgenting.com adalah khas untuk kempen ini. Bagi memastikan sokongan yang lebih cekap, hanya e-mel dan pertanyaan yang berkaitan dengan kempen ini akan diberikan perhatian.

  1. Promosi ini sah dari 15 Ogos hingga 31 Oktober 2026.
  2. Promosi ini terbuka kepada semua ahli Genting Rewards yang sah, termasuk Ahli Sky, yang menginap di hotel sekitar Genting Highlands dan bukan milik Resorts World Genting.
  3. Genting Points akan diberikan pada kadar 0.5% daripada jumlah bayaran bersih bilik (contohnya, 5 GP bagi setiap RM1,000 yang dibelanjakan). Mata akan diberikan berdasarkan jumlah tepat dalam Ringgit Malaysia (RM) bagi perbelanjaan bilik bersih yang layak.
  4. Tier Points (TP) akan diberikan dalam jumlah yang sama dengan Genting Points (GP) yang diterima oleh ahli bagi penginapan yang layak.
  5. Tiada Genting Points (GP) dan Tier Points (TP) tambahan akan diberikan pada Hari Ahli Genting Rewards dan Hari Berganda (18/8, 9/9, 18/9, 10/10 dan 18/10/2026).
  6. Nama tetamu hotel utama yang berdaftar pada invois atau bukti penginapan yang dikemukakan mestilah sepadan dengan nama ahli Genting Rewards yang membuat tuntutan. Penginapan yang didaftarkan di bawah nama yang berbeza adalah tidak layak sama sekali untuk tuntutan Mata.
  7. Ahli dikehendaki menghantar e-mel kepada grloyalty@rwgenting.com berserta dokumen sokongan, termasuk nama, nombor IC/nombor Pasport (bagi warga asing), ID Genting Rewards, pengesahan tempahan dan resit pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh daftar keluar yang dinyatakan pada invois.
  8. Resit pembayaran yang diterima termasuk slip transaksi tunai, slip transaksi kad, rekod pembayaran melalui bank dan resit e-dompet.
  9. Tempahan hotel yang dibuat melalui mana-mana platform tempahan adalah sah, dengan syarat semua dokumen sokongan yang diperlukan dapat dikemukakan.
  10. Semua resit dan dokumen sokongan yang dikemukakan mestilah jelas, lengkap dan sahih. Semua tuntutan tertakluk kepada proses pengesahan. Tuntutan yang tidak lengkap atau tidak sah tidak akan diterima atau diproses.
  11. Sebarang tuntutan yang mengandungi resit hotel atau bukti pembayaran yang mencurigakan, palsu, diubah suai atau tidak sah tidak akan diterima dan akan hilang kelayakan untuk menerima Genting Points (GP) di bawah promosi ini.
  12. Mata yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun ahli dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pengesahan berjaya dilakukan.
  13. Semua perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan bilik—termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Pelancongan (TTx), Cukai Perkhidmatan (SST), caj perkhidmatan, deposit keselamatan yang boleh dikembalikan, makanan & minuman serta pembelian runcit—adalah dikecualikan daripada ganjaran Mata.
  14. Bagi penginapan yang merangkumi tempoh kempen, hanya malam yang layak dalam tempoh promosi akan dikira untuk Genting Points (GP). Contohnya, penginapan dari 31 Oktober 2026 hingga 2 November 2026 hanya layak untuk malam 31 Oktober 2026. Sekiranya invois hotel tidak menyatakan kadar bilik bagi setiap malam, jumlah perbelanjaan yang layak akan ditentukan berdasarkan kadar purata semalam, yang dikira daripada jumlah caj penginapan.
  15. Alamat e-mel grloyalty@rwgenting.com ditetapkan secara eksklusif untuk kempen ini. Sebarang e-mel atau pertanyaan yang tidak berkaitan dengan kempen yang dihantar ke alamat e-mel ini tidak akan dilayan.
  16. Promosi ini tidak sah digabungkan dengan mana-mana promosi lain serta tidak boleh dipindah milik, ditukar kepada wang tunai atau dilanjutkan.
  17. Dengan menyertai kempen ini dan mengemukakan maklumat yang diperlukan, peserta dengan ini secara sukarela dan rela memberikan persetujuan kepada Genting Malaysia Berhad untuk mengumpul, menggunakan, menyimpan dan memproses data peribadi mereka bagi tujuan mengesahkan tuntutan, mentadbir kempen dan memberikan Mata, jika berkenaan.
  18. Pemberian Mata adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak dan pengesahan akhir Genting Malaysia Berhad (GENM). GENM berhak sepenuhnya untuk menolak, membatalkan kelayakan atau membatalkan sebarang tuntutan atau pelarasan Mata sekiranya transaksi didapati tidak lengkap, telah diubah suai, tidak sepadan atau tidak memenuhi kriteria kempen. Keputusan GENM dalam semua perkara adalah muktamad, mengikat dan konklusif; sebarang surat-menyurat atau rayuan selanjutnya tidak akan dilayan.