Terletak berdekatan dengan taman tema dengan pemandangan yang memukau, FUHU merupakan salah satu restoran bufet antarabangsa terbaik yang diterajui oleh Lorenz Hoja, cef yang telah mengumpul 13 bintang Michelin sepanjang kariernya.
Suasana yang tenang, rekaan dalaman dan pencahayaan yang indah menjemput para tetamu untuk ‘menyerlahkan jiwa FUHU’ mereka dengan tawaran terbaharu, Bufet Antarabangsa yang menawarkan sehingga 68 hidangan segar. Restoran berkonsepkan al fresco ini menyajikan pelbagai menu Asia dan juga makanan laut yang segar sebagai menu utama, disediakan rapi dengan menggunakan bahan-bahan segar dan bermusim. Juga terdapat pelbagai masakan antarabangsa dan tempatan untuk melengkapi bufet ini.
Tambahan: Nikmati kelazatan lobster segar kami yang dimasak dengan sempurna secara à la minute pada RM130 seekor.
| Dewasa | Kanak-kanak | |||
| Kaunter | Harga dalam talian | Kaunter | Harga dalam talian | |
| Isnin – Khamis | RM 118 | RM 98 | RM59 | RM 49 |
| Jumaat – Ahad | RM 128 | RM 98 | RM64 | RM 49 |
Lokasi & Waktu:
Lokasi:
Zouk Atrium, SkyAvenue (di tingkat bawah Burger & Lobster)
Waktu:
Isnin hingga Ahad
Makan Malam: 5.30 petang – 7 malam | 7.15 malam – 8.45 malam | 8.50 malam – 10 malam
*Makan Lewat Malam (supper): 10 malam – 1 pagi
*Makan lewat malam (supper) hanya tersedia dari menu
ala carte.