Makluman Perjalanan: 27 & 28 Jun 2025

Menjelang cuti umum Awal Muharram dan hujung minggu panjang, para pengunjung disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal serta memanfaatkan pilihan pengangkutan yang disyorkan bagi memastikan perjalanan yang lebih teratur dan selesa di Resorts World Genting.

Perkhidmatan Kereta Kabel Genting Gohtong Jaya akan beroperasi dari jam 12:00 tengah hari hingga 8:00 malam pada 27 dan 28 Jun 2025. Perkhidmatan percuma bas ulang-alik antara Terminal Bas Gohtong Jaya dan Terminal Bas Awana SkyCentral turut disediakan dari jam 12:30 tengah hari hingga 9:00 malam.

Harap maklum:
Perkhidmatan Kereta Kabel Genting Gohtong Jaya tidak berhenti di Kuil Gua Chin Swee.

Perkhidmatan Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets akan beroperasi seperti biasa, dari jam 7:00 pagi hingga 11:00 malam.

Maklumat Tiket:
Tiket dalam talian (tidak termasuk gondola lantai kaca) adalah sah untuk digunakan di kedua-dua laluan perkhidmatan kereta kabel. Pembelian tiket fizikal turut tersedia di stesen kereta kabel masing-masing.

Makluman Akses:
Para pengunjung yang tidak menginap di resort disarankan untuk menggunakan perkhidmatan Kereta Kabel Genting Gohtong Jaya sebagai pilihan pengangkutan utama ke resort.

Pihak kami merakamkan penghargaan atas perhatian yang diberikan dan mengalu-alukan kedatangan anda ke Resorts World Genting. Sila layari laman web rasmi kami dan ikuti saluran media sosial Resorts World Genting untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sekian, 
Resorts World Genting