Kad Genting Rewards anda bukanlah sekadar kad biasa – ia adalah kunci kepada pelbagai ganjaran, mata, dan pengalaman istimewa di Resorts World Genting. Jaga kad anda dan maklumat peribadi dengan baik untuk elakkan penyalahgunaan akaun.
Kami sentiasa berusaha untuk melindungi maklumat anda, tetapi langkah keselamatan anda adalah lapisan penjagaan dan pertahanan yang paling penting. Baca tip penting ini untuk pastikan PIN dan log masuk mudah alih anda kekal rahsia sepenuhnya:
✅ SEMAKAN KESELAMATAN:
🚫 ELAKKAN PERKARA INI:
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA KAD ANDA TERDEDAH KEPADA BAHAYA
Jika anda mengesyaki Kad/Akaun Genting Rewards anda hilang atau telah disalahgunakan, BERTINDAK SEGERA untuk melindungi akaun anda. Hubungi kami melalui salah satu saluran berikut:
Atau, lindungi akaun anda dengan segera menggunakan ciri Kill Switch. Kini anda boleh menyekat Kad Genting Rewards anda buat sementara waktu pada bila-bila masa melalui Laman Web RWG atau Aplikasi RWG dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Laman Web RWG
Langkah 1: Log masuk ke Laman Web Resorts World Genting (RWG) di sini dan klik ikon Akaun.
Langkah 2: Pilih "Kill Switch" di bawah Butiran Akaun.
Langkah 3: Baca Soalan Lazim (FAQ) untuk memahami cara Kill Switch berfungsi. Pilih sebab anda ingin menyekat kad keahlian, kemudian klik "Seterusnya" (Next).
Langkah 4: Semak mesej Pengesahan Sekatan Kad. Jika anda ingin meneruskan, klik "Ya, Sekat Kad" (Yes, Block Card). Untuk membatalkan permintaan, klik "Batal" (“Cancel”).
Langkah 5: Mesej pengesahan akan dipaparkan bagi memaklumkan bahawa kad keahlian anda telah berjaya disekat berserta sebab sekatan dibuat, alamat e-mel berdaftar dan nombor telefon bimbit anda.
Aplikasi RWG
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi RWG dan ketik "Kill Switch" pada halaman utama. Sebagai alternatif, pergi ke Profil > Tetapan (Settings) > Kill Switch.
Langkah 2: Baca Soalan Lazim (FAQ) untuk memahami cara ciri Kill Switch berfungsi. Pilih sebab anda ingin menyekat kad keahlian, kemudian ketik "Seterusnya" (Next).
Langkah 3: Semak mesej Pengesahan Sekatan Kad (Block Card Confirmation). Jika anda ingin meneruskan, ketik "Ya, Sekat Kad" (“Yes, Block Card”). Untuk membatalkan permintaan, ketik "Batal" (“Cancel”).
Langkah 4: Mesej pengesahan akan dipaparkan bagi memaklumkan bahawa kad keahlian anda telah berjaya disekat berserta sebab sekatan dibuat, alamat e-mel berdaftar dan nombor telefon bimbit anda.
Apa Yang Akan Berlaku Selepas Anda Mengaktifkan Kill Switch?
Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Bertindak segera untuk melindungi akaun, ganjaran dan ketenangan fikiran anda.
Q1
Apakah itu Kill Switch?
Kill Switch ialah ciri keselamatan yang membolehkan anda menyekat sementara Kad Keahlian Genting Rewards sekiranya anda mengesyaki berlaku penyalahgunaan, transaksi tanpa kebenaran atau kad anda hilang.
Q2
Dimanakah saya boleh mengaktifkan Kill Switch?
Anda boleh mengakses Kill Switch melalui:
Q3
Adakah saya perlu menghubungi khidmat tetamu untuk mengaktifkan Kill Switch?
Tidak. Anda boleh mengaktifkan Kill Switch pada bila-bila masa terus melalui Aplikasi RWG atau Laman Web RWG.
Q4
Bilakah saya perlu mengaktifkan Kill Switch?
Anda disarankan mengaktifkan Kill Switch sekiranya:
Q5
Apakah yang terjadi sekiranya saya mengaktifkan Kill Switch?
Selepas diaktifkan:
Q6
Apakah faedah-faedah yang akan disekat?
Perkhidmatan berikut akan digantung sementara:
Q7
Adakah saya masih boleh menggunakan kad Genting Rewards selepas mengaktifkan Kill Switch?
Tidak. Semua penggunaan kad dan manfaat keahlian akan digantung sehingga kad diaktifkan semula.
Q8
Berapa lamakah kad keahlian saya akan disekat?
Kad anda akan kekal disekat sehingga anda mengaktifkannya semula secara fizikal di Kiosk Genting Rewards atau Kaunter Khidmat Tetamu Genting Rewards
Q9
Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan semula kad keahlian saya?
Untuk mengaktifkan semula kad anda:
Q10
Bolehkah saya mengaktifkan semula kad saya menggunakan aplikasi?
Tidak. Demi keselamatan, pengaktifan semula hanya boleh dilakukan secara bersemuka.
Q11
Adakah Genting Points, eCash, atau faedah yang telah diperoleh akan hilang?
Tidak. Semua Genting Points (GP), eCash dan manfaat anda akan kekal dalam akaun walaupun Kill Switch diaktifkan dan kad keahlian disekat sementara.
Ahli dinasihatkan supaya mengaktifkan Kill Switch dengan segera sekiranya kad atau akaun disyaki telah dikompromi. Sebarang transaksi atau penebusan yang dilakukan sebelum Kill Switch diaktifkan tidak boleh dibatalkan atau dikembalikan.
Semua GP, eCash dan manfaat kekal tertakluk kepada tempoh sah masing-masing. Tiada lanjutan tempoh sah akan diberikan akibat pengaktifan Kill Switch
Q12
Adakah terdapat sebarang caj untuk menggunakan Kill Switch?
Tidak. Ciri Kill Switch disediakan secara percuma.
Q13
Adakah Kill Switch membantu menghalang penggunaan tanpa kebenaran?
Ya. Kill Switch bertindak sebagai langkah keselamatan dengan menghentikan penggunaan ganjaran selepas ia diaktifkan apabila disyaki berlaku aktiviti tanpa kebenaran atau tidak normal. Ia membantu mengehadkan potensi kerugian, namun tidak akan membatalkan atau menjejaskan sebarang transaksi yang telah berlaku sebelum pengaktifannya.
Q14
Bagaimanakah Kill Switch meningkatkan pengalaman saya?
Kill Switch memberi anda kawalan yang lebih baik terhadap keselamatan akaun serta ketenangan fikiran kerana ganjaran dan manfaat keahlian anda sentiasa dilindungi.
Untuk keselamatan dan kemudahan ahli Genting Rewards, kami memerlukan anda untuk memasukkan PIN bagi semua transaksi penebusan mata di cawangan yang mengambil bahagian.
Untuk proses penebusan yang lebih lancar, anda dikehendaki mengaktifkan PIN secara segera sebelum penggunaan.
Apa yang anda perlu lakukan jika:
Pengguna PIN Kali Pertama: Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan nombor PIN anda
A. Aplikasi Resorts World Genting
B. Kunjungi Kaunter Perkhidmatan: Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)
Lupa nombor PIN: Berikut merupakan cara yang anda boleh lakukan untuk set semula nombor PIN
A.iKiosks
B. Aplikasi Resorts World Genting
C. Kios Layan Diri Genting Rewards
D. Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)
Kemas Kini PIN dari 4 digit sehingga minimum 6 digit: Sila lawati mana-mana kemudahan di bawah untuk kemas kini PIN (minimum 6 digit) anda secara langsung
A. Mesin Slot
B. Mesin Permainan Meja Elekronik (ETG)
C. iKiosk
D. Aplikasi Resorts World Genting
E. Kunjungi Kaunter Perkhidmatan: Kunjungi Pusat Genting Rewards (Dibuka 24 jam)
Tentang PIN
PIN ialah kod rahsia yang anda pilih untuk membuktikan anda adalah pemegang sah akaun di bawah kad Genting Rewards. PIN anda mesti sentiasa dirahsiakan dan tidak pernah dicatatkan di mana-mana.
Apakah kegunaan PIN?
Anda memerlukan PIN untuk mengesahkan transaksi atau aktiviti tertentu di resort, seperti pengeluaran, penebusan baucar, transaksi penebusan mata dan banyak lagi.
Bagaimanakah transaksi penebusan mata berasaskan PIN berfungsi di tempat jualan?
LANGKAH 1:
LANGKAH 2: