Hot Deals

Parkir percuma untuk tetamu Crockfords

 

Tetamu Crockfords boleh menikmati parkir percuma di parkir awam di SkyAvenue, Aras B2. Sila ke kaunter penyambut tetamu untuk mengesahkan kad Touch ‘n Go sebelum keluar. Anda dikehendaki keluar 30 minit dari waktu pengesahan dibuat. Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan valet juga tersedia dengan bayaran.

Nota: 

 Tempahan bilik yang telah disahkan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetamu tidak dibenarkan mendaftar masuk bagi pihak orang lain. Kegagalan untuk mendaftar masuk akan dianggap sebagai tidak hadir dan bayaran penalti akan dikenakan.

Daftar masuk: 3pm
Daftar keluar: 12pm

Crockfords Café

Nikmati suasana pagi dengan hidangan sarapan lazat, diikuti dengan sajian tengah hari yang memuaskan, dan bersantai dengan minum petang yang nyaman.

Penutupan sementara untuk kerja naik taraf berkuat kuasa 15.07.2024. Sementara itu, sarapan pagi dan minum petang akan dihidangkan di Crockfords Club.

Lokasi: Crockfords Club
Waktu Operasi Sarapan Pagi: 7 pagi - 10:30 pagi, berkuat kuasa pada 20.12.2024.
Waktu Operasi Minum Petang: 12 tengah hari – 6 petang

Maklumat Lanjut

M Spa & Fitness

Tetamu Crockfords boleh menggunakan semuanya secara percuma, nikmati bukan sahaja penginapan yang mewah tetapi juga kesihatan tubuh badan.

Lokasi: Aras Lobi, Genting Grand
Waktu Fitness Centre: Setiap Hari dari 7 pagi – 10 malam
Nota: Perkhidmatan Shuttle tersedia bagi tetamu dari Crockfords ke Genting Grand

Maklumat Lanjut

hh


Kolam renang

Penggunaan kolam renang hanya dikhaskan untuk tetamu Crockfords.

Lokasi: Tingkat 18, Hotel Highlands
Waktu operasi: Setiap hari dari 10 pagi - 6 petang

Nota: Perkhidmatan Shuttle tersedia bagi tetamu dari Crockfords ke Genting Grand

  1. Tiada anggota penyelamat bertugas. Tetamu yang menggunakan kolam renang sedar akan risiko dan tidak akan membabitkan Resorts World Genting bagi sebarang kemalangan atau kecederaan yang mungkin berlaku.
  2. Dilarang melompat atau terjun ke dalam kolam.
  3. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu ditemani oleh orang dewasa setiap masa. 
  4. Tetamu di bawah pengaruh alkohol atau selepas makan dinasihatkan untuk tidak menggunakan kolam renang. 
  5. Tetamu yang mempunyai masalah kesihatan yang dinyatakan di bawah dinasihatkan supaya tidak menggunakan kolam renang:
    • Hamil
    • Warga emas
    • Imunokompromi
    • Menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau rendah
    • Menggunakan antikoagulan, vasokonstriktor, perangsang, hipnotik, narkotik, atau penenang
  6. Sila awasi had masa aktiviti di kolam renang bagi mengelakkan loya, pening, atau pengsan.
  7. Makanan atau minuman tidak dibenarkan ke dalam kolam renang. 
  8. Sila gunakan rel tangan untuk masuk dan keluar dari/ke kolam renang.