KETIK, BUKA KUNCI & LERAIKAN DENGAN KEKUNCI DIGITAL

Ucapkan selamat tinggal kepada kehilangan kunci bilik anda dan hello kepada cara baharu yang mudah untuk membuka kunci bilik anda dengan Kunci Digital melalui aplikasi mudah alih Resorts World Genting!

Perancang percutian sebelum ketibaan anda


Tempah penginapan anda

Buka kunci kadar bilik eksklusif keahlian apabila anda log masuk dan menempah melalui aplikasi Resorts World Genting


Melihat butiran perjalanan anda yang akan datang

Semak butiran tempahan anda secara mudah dan sesuaikan penginapan anda dengan hanya beberapa ketikan


Daftar masuk dengan Kunci Digital

Dengan Kunci Digital, anda tidak akan kehilangan kunci bilik. Ia adalah selamat dan mudah!

Teman resort anda semasa penginapan
 


Buka kunci pintu anda dengan Kunci Digital

Aktifkan Kunci Digital anda di kiosk layan diri hotel semasa mendaftar masuk dan gunakannya untuk memasuki bilik anda


Tempah pengalaman-pengalaman unik

Beli tiket taman tema, tempah pengalaman menjamu selera yang istimewa, dapatkan tiket konsert dan banyak lagi semasa anda berada di sini!


Daftar keluar dengan mudah

Tidak perlu beratur untuk daftar keluar - gunakan aplikasi Resorts World Genting untuk pengalaman daftar keluar yang pantas dan tanpa sentuhan


 

Daftar Masuk & Keluar dengan Aplikasi


Cara daftar masuk & keluar dengan aplikasi Resorts World Genting
 

Daftar masuk ke salah satu daripada enam hotel terbaik kami kini semakin mudah. Tiada giliran dan tiada barisan, hanya daftar masuk dengan aplikasi Resorts World Genting untuk dapatkan kunci digital dan untuk masa yang menyeronokkan di Resorts World Genting.

  1. Pastikan anda memuat turun aplikasi Resorts World Genting daripada Google Play storeApple App Store, atau Huawei Apps gallery.
  2. Pada Halaman Utama, ketik Kunci Digital
  3. Daftar masuk bilik anda pada aplikasi

Cara mengaktifkan Kunci Digital anda di Kios layan diri

1. Pastikan anda memuat turun aplikasi Resorts World Genting daripada Google Play storeApple App Store, atau Huawei Apps gallery.
2. Pada halaman Utama, ketik Kunci Digital
3. Daftar masuk bilik anda pada aplikasi
4. Setelah selesai, pergi ke kiosk daftar masuk dan ikut arahan yang tertera
5. Imbas kod QR dengan pengimbas kod QR dalam tab "Profil"
6. Masukkan/imbas kad pengenalan MyKad/pasport untuk verifikasi
7. Jika berjaya, anda akan menerima notifikasi Kunci Digital anda sudah sedia
8. Gunakan kunci digital anda pada aplikasi untuk mengakses tingkat yang betul untuk hotel anda
9. Kunci digital juga diperlukan untuk membuka kunci bilik anda


Cara mengaktifkan Kunci Digital anda di Kaunter Daftar Masuk

1. Pastikan anda memuat turun aplikasi Resorts World Genting daripada Google Play storeApple App Store, atau Huawei Apps gallery.
2. Pergi ke mana-mana kaunter daftar masuk dan tunjukkan maklumat tempahan anda pada aplikasi
3. Kakitanga mesra kami akan melengkapkan pendaftaran Kunci Digital untuk anda dengan pengesahan kad pengenalan/pasport
4. Gunakan kunci digital anda pada aplikasi untuk mengakses tingkat yang betul untuk hotel anda
5. Kunci digital juga diperlukan untuk membuka kunci bilik anda

1. Dari halaman kunci digital, ketik Daftar Keluar
2. Masukkan kod yang tertera
3. Dan anda sudah selesai! Kami harap anda menikmati penginapan anda


Aplikasi Resorts World Genting kini lebih berkuasa. Temui acara, tempah konsert dan naiki Awana SkyWay dan segalanya melalui aplikasi. Muat turun sekarang!


 

Soalan Lazim


 

Kunci Digital membolehkan anda mengakses tingkat bilik menerusi lif dan membuka pintu terus menggunakan aplikasi mudah alih Resorts World Genting di telefon pintar anda.

Anda perlu melakukan cek masuk dengan aplikasi mudah alih Resorts World Genting antara jam 6pg hingga 11mlm pada hari lawatan anda. Apabila anda bersedia untuk ke bilik, tunjukkan cek masuk berjaya di meja depan hotel untuk mengaktifkan Kunci Digital anda. Kunci Digital akan terdapat pada aplikasi mudah alih sehingga anda cek keluar.

Pasangkan fungsi Bluetooth pada telefon pintar apabila berdekatan dengan kunci pintu. Tap pada butang "Unlock" di aplikasi mudah alih dan pintu akan terbuka dengan otomatik.

Kunci Digital boleh digunakan pada iPhone, Android dan peranti Huawei, selagi semua peranti dilengkapi dengan versi terkini aplikasi mudah alih Resorts World Genting, Bluetooth dan akses Internet.

Kunci Digital dikhaskan hanya untuk peranti yang digunakan untk cek masuk. Jika anda memerlukan Kunci Digital kedua untuk rakan sebilik, sila berikan maklumat rakan sebilik semasa cek masuk. Rakan sebilik anda juga harus menggunakan versi terkini aplikasi Resorts World Genting pada peranti untuk mendapatkan Kunci Digital.

Ketika cek masuk mudah alih, anda dikehendaki butir-butir tetamu untuk bilik masing-masing. Sila pastikan semua tetamu di setiap bilik mempunyai aplikasi mudah alih terkini Resorts World Genting pada peranti, supaya mereka akan menerima Kunci Digital untuk bilik.

Ya. Anda boleh nyatakan permintaan sewaktu cek masuk mudah alih. Kami akan pastikan untuk memenuhi permintaan anda, harap maklum yang semua permintaan akan tertakluk kepada ketersediaan dan mungkin dikenakan surcaj.

Ya. Hanya ahli Genting Rewards sahaja boleh melakukan cek masuk mudah alih dan menerima Kunci Digital. Bukan ahli boleh memasuki bilik mereka menggunakan kad kunci RFID yang diberikan oleh meja depan hotel semasa proses cek masuk.

Sila jangan kongsi Kunci Digital anda dengan orang lain.

Sila beritahu meja depan hotel serta-merta, supaya kami boleh nyahaktif Kunci Digital untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran ke bilik anda.

Sila ke meja depan hotel untuk bantuan.

Ya, sudah pasti. Sila beritahu meja depan hotel jika anda ingin menggunakan kad kunci RFID untuk bilik anda.