Game-On:
Raikan 60 tahun & Menangi Hadiah Mega!


18.06 – 13.07.2025
Kimhua Atrium, SkyAvenue, Tingkat 1

Sertai keseronokan sambutan ulang tahun ke-60 bersama kami! Dengan setiap pembelian RM200 dan ke atas (ahli Genting Rewards) dan RM250 dan ke atas (bukan ahli) di kedai/ cawangan di Resorts World Genting, anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah misteri!

Cara penyertaan:

  1. Bermain di lima (05) stesen permainan berlainan.
  2. Cuba nasib anda di mesin Gachapon untuk memenangi hadiah misteri yang bernilai sehingga RM88,888.00!!

Maklumat Penebusan:
Tunjukkan resit anda pada hari yang sama di KimHua Atrium pada waktu operasi pusat beli-belah untuk menebus hadiah anda.

Hadiah tersedia atas dasar siapa cepat, dia dapat. Sementara stok masih ada.

Langkah-langkah seperti di bawah

Langkah 1:
Ahli Genting Rewards/ Pemegang Kad Visa/ Program Tourist Privilege: Pembelian minimum RM200 dan ke atas dalam dua (02) resit

Bukan ahli: Pembelian minimum RM250 dan ke atas dalam dua (02) resit

Langkah 2: 
Daftarkan penyertaan di Kimhua Atrium untuk menerima satu (01) cap sebagai permulaan.

Langkah 3:
Lawati kelima-lima stesen, selesaikan permainan, dan kumpulkan semua cap yang ada!

Web

GT Challenge

Rasai perlumbaan impian anda – kereta lagenda, aksi berkelajuan tinggi dan debaran litar Sepang yang mencabar kemampuan anda. Pastikan anda melintasi garisan penamat dan kumpulkan cop anda!

Setiap peserta dengan markah tertinggi mingguan akan dijemput untuk kembali menyertai Grand Finale pada 12.07.2025, dari jam 10 pagi hingga 1:30 petang di lokasi yang sama, untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Maklumat lanjut mengenai Grand Finale akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh acara. Nantikan pengumuman rasmi!

 
Terdapat juga permainan lain untuk dimainkan!
Web


Foosball Game

Jaringkan tiga (03) gol menentang lawan dalam had masa yang ditetapkan untuk mendapatkan cop.

Web


Toss a ball

Lontar 10 bola dan kenakan lima (05) sasaran atau lebih untuk mendapatkan cop.

Web


Let’s Bowl

Golekkan bola dan jatuhkan tujuh (07) pin atau lebih untuk mendapatkan cop. Anda diberi dua (02) peluang untuk membaling!

Web

Snap & Share
 
  • AMBIL gambar hiasan di Kimhua Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue.
  • IKUTI profil SkyAvenue di Instagram @skyavenue_official.
  • MUAT NAIK gambar di Instagram anda! (Pastikan profil anda dalam tetapan umum).
  • TAG @skyavenue_official
Web

 

 

 

 

Peserta yang telah melengkapkan kelima-lima stesen boleh bermain mesin Gachapon untuk menerima hadiah misteri.

Uji Kehebatan Pemanduan anda di Game On Finale!


12.07.2025
10 pagi – 2 petang

Peserta Jemputan Rasmi
Hanya peserta yang menerima jemputan rasmi melalui panggilan telefon atau e-mel layak untuk menyertai peringkat akhir. Papan pendahulu akan ditutup pada 08.07.2025.

Peringkat Kelayakan
Semua peserta jemputan akan bersaing dalam pusingan kelayakan. Hanya peserta dengan markah tertinggi akan mara ke Peringkat Akhir.

Peringkat Akhir
Peserta yang layak akan bersaing untuk merebut tiga tempat teratas dan membawa pulang hadiah terkumpul bernilai sehingga RM7,500.

Pusingan Juara
Pemenang tempat pertama akan menerima peluang eksklusif untuk bermain perlawanan persahabatan bersama ikon permotoran Leona Chin!

Hadiah Saguhati
Peserta yang tidak mara ke peringkat akhir akan menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan.

Bawa pulang Hadiah Utama!
Tempat Pertama — Bernilai sehingga RM3,000
Tempat Kedua — Bernilai sehingga RM2,500
Tempat Ketiga — Bernilai sehingga RM2,000


 

  1. Kempen ini terbuka kepada semua ahli Genting Rewards, bukan ahli, Pemegang Kad Visa dan Tourist Privilege.
  2. Pelancong antarabangsa boleh menyertai acara ini dengan mendaftar dalam Program Keistimewaan Pelancong di Kaunter Maklumat yang terletak di Zouk Atrium, Aras 1, SkyAvenue.
  3. Terhad kepada satu (01) penebusan sahaja bagi setiap pembeli dalam sehari.
  4. Terhad kepada 80 penebusan sehari berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.
  5. Penebusan boleh dibuat di Kimhua Atrium, Tingkat 1, SkyAvenue, dalam waktu operasi pusat beli-belah, iaitu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  6. Resit pembelian mesti dihantar pada hari yang sama dengan tarikh pembelian.
  7. Pembeli mesti mengemukakan bukti pembelian di Kimhua Atrium untuk menebus.
  8. Resit yang telah dicap “Redeemed” tidak sah untuk penebusan.
  9. Tiga (03) pemenang teratas bagi stesen Raceroom akan memenangi hadiah misteri pada hari akhir acara dan pemenang akan dihubungi melalui media sosial rasmi kami.
  10. Sah hanya untuk pembelian asal yang dibuat di mana-mana outlet dalam Resorts World Genting, Taman Tema Genting SkyWorlds dan Taman Tema Indoor Skytropolis, kecuali: Konsert/Persembahan, Kasino, Hotel, Genting Highlands Premium Outlets (GHPO), pembayaran menggunakan mata Genting Rewards, pembayaran bil, tambah nilai kad, sebarang bentuk baucar/kad hadiah, pengurup wang, bank dan perkhidmatan lain.
  11. Sah untuk pembelian di outlet, tidak termasuk reruai, kios, vendor sementara dan promosi jalanan (roadshow).
  12. Hadiah yang ditebus adalah tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
  13. Pihak pengurusan berhak untuk menambah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  14. Keputusan pihak pengurusan adalah muktamad, dan sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  15. Dengan menyertai kempen ini, peserta dianggap bersetuju dengan semua Terma & Syarat serta keputusan pihak pengurusan.
  16. Tertakluk pada terma dan syarat lain.