KEJADIAN TANAH RUNTUH DI JALAN ION DELEMEN

17 January 2025

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di luar kawasan Resorts World Genting (“RWG”) di Jalan Ion Delemen kira-kira jam 2.30 pagi hari ini, Jumaat, 17 Januari 2025.

Pasukan tindak balas kecemasan kami telah segera digerakkan untuk memberikan bantuan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menguruskan situasi ini serta memastikan tindak balas yang terkoordinasi. Keselamatan dan kesejahteraan semua individu yang terlibat kekal menjadi keutamaan utama kami.

Kami ingin memberi jaminan bahawa para pengunjung dan kakitangan di RWG berada dalam keadaan selamat, dan operasi di RWG tidak terjejas. Akses ke RWG melalui Jalan Utama Genting kekal terbuka sepenuhnya.

Terima kasih.